apakah ejaan lama bagi perkataan `empat ratus` sebelum 1972 ? Empat ratus atau empat ratos? | Jawapannya ialah empat ratus. | Lain-lain | 04.11.2010 |
beratus-ratus mangsa banjir telah dipindahkan ke kawasan yang selamat. adakah beratus-ratus perlu digantui dengan beberatus atau beratus-ratusan ? | Sdr. Teoh, .......beratus-ratus mangsa banjir telah dipindahkan ke kawasan yang selamat adalah betul . Jangan tukar kepada beberatus atau beratus-ratusan . Terima kasih | Tatabahasa | 01.04.2010 |
Yang mana ejaan yang betul:REMPAH RATUS atau REMPAH -RATUS? Kedua-dua bentuk ejaan ini terdapat dalam PRPM. Contoh dalam PRPM: Soalan dalam Khidmat Nasihat bertarikh 25.4 2011 (ada sempang) Pengesahan Bahasa bertarikh 29.8.2013 (tiada sempang) | Ejaan yang betul ialah rempah-ratus. Tuan boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Empat untuk carian ejaan yang betul. | Ejaan | 18.09.2013 |
As salam. Saya nak tanya. Betul ke istilah dalam bahasa kita sebut dua puluh lapan ratus atau tiga belas ratus? | Dalam bahasa Melayu, penulisan yang betul ialah dua ratus lima puluh ribu (250 000) dan tiga belas ribu (13 000). | Tatabahasa | 02.12.2013 |
bagaimana menyebut masa dalam sistem 24 jam, contoh: Jam oooo = "jam sifar" atau "jam sifar sifar ratus", Jam 1600 = "Jam enam belas" atau "jam enam belas ratus", Jam 0045 ="Jam sifar empat puluh lima" atau "Jam sifar sifar empat puluh lima", Jam 0300 = "Jam 3" atau "Jam sifar tiga" atau "Jam sifar tiga ratus". | Tidak ada maklumat yang berkaitan dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun pada lazimnya dalam bentuk jam digital penyebutannya mengikut jam dan minit [dipisahkan dengan (:) dan sifar pada minit lazimnya tidak disebut] 00:00 disebut pukul sifar; 16:00 disebut pukul enam belas; 00:45 disebut pukul sifar, empat puluh lima; 03: pukul tiga. | Tatabahasa | 16.06.2013 |
Bagaimana pula sekiranya, angka 1, 380 004= "one million three hundred eighty thousand and four', adakah ia diterjemahkan sebagai satu juta tiga ratus lapan puluh ribu dan empat ataupun satu juta tiga ratus lapan puluh ribu empat? terima kasih | Satu juta tiga ratus lapan puluh ribu empat. | Tatabahasa | 21.04.2010 |
1. dari 1000 atau daripada 1000 2. pada 1000 atau kepada 1000 3. dua ratus lima ringgit sahaja atau ringgit dua ratus lima sahaja 4. empat puluh sen sahaja atau sen empat puluh lima sahaja | Penggunaan yang betul ialah: 1. daripada 1000 2. pada 1000 3. dua ratus lima ringgit sahaja 4. empat puluh sen sahaja | Tatabahasa | 04.05.2011 |
Rempah-ratus yang sesuai diperlukan bagi menhasilkan ramuan yang baik untuk resipi ayam rendang.(Adakah ayat ini betul?) | Rempah-ratus yang sesuai diperlukan bagi menghasilkan ramuan yang baik untuk resipi rendang ayam. | Tatabahasa | 04.10.2013 |
Bilakah penggunaan tanda sempang? Kata ganda 'rempah ratus' perlu diberikan tanda sempang? | Ejaan yang betul ialah rempah-ratus. | Tatabahasa | 05.10.2013 |
Salam, Saya ingin bertanya yang mana adalah betul " beserta ' atau ' berserta' Contohnya ayat : Pemohon dikehendaki mengemukakan borang permohonan 'beserta/berserta' bayaran sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus. | Ejaan yang betul ialah berserta. Contoh ayat uang betul pula ialah pemohon dikehendaki mengemukakan borang permohonan berserta bayaran sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus. | Lain-lain | 02.02.2010 |