| Salam DBP, saya merujuk kepada pantun dari buku Kurik Kundi Merah Saga Kumpulan Pantun Lisan Melayu Edisi Kedua (2005). Pantun bernombor 242: Apa sebab bergelang paun Bambawaran gelang di kaki Apa sebab ke teraun-raun Pembawaan sudahlah di hati Ingin memohon pencerahan kepada istilah 'Bambawaran' di dalam pantun ini. Sudah lama mencari tetapi tidak berjumpa. Terima kasih. | Berdasarkan semakan kami tidak ada maklumat tentang perkataan "bambawaran" dan hanya ditemukan dalam buku berkenaan. Carian di internet juga tidak menemukan sebarang maklumat. | Tatabahasa | 10.03.2017 |