Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.wa.tan] | راوتن

Definisi : hasil merawat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.wa.tan] | راوتن

Definisi : jagaan atau usaha yg dilakukan ketika merawat: ~ di sini sungguh menyenangkan. ~ muka rawatan utk menjaga kesihatan dan kecantikan muka dgn mencuci, menyapukan krim, mengurut dsb. ~ rapi rawatan dan penjagaan yg sungguh-sungguh dan berterusan terhadap seseorang pesakit yg berada dlm keadaan tenat, biasanya ditempatkan dlm bilik khas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rawatan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
difinisi rawatanRawatan: hasil merawat;Makna17.05.2009
1)Pemanasan global yang berlaku adalah akibat daripada kekhilafan dan kesalahan manusia yang sangat begitu rakus sekali membaham segala-galanya kekayaan yang ada demi untuk memenuhi tuntutan duniawi. 2)senaman adalah salah satu daripada aspek yang termat penting sekali di dalam rawatan komprehensif sakit tulang belakang.Apa yang perlu kita tahu terdapat pelbagai rawatan-rawatan untuk kesakitan kronik itu seperti makan ubat,suntikan,tampalan,vitamin,fisioterapi dan terapi kogniti. 3)Bila menyentuh tentang kecantikan tentu sekali perkara yang paling dititikberatkan adalah kulit yang cantik dan sihat tanpa perlu menggunakan makeup untuk menutup kulit yang rosak yang sekaligus tidak diperlukan oleh kita menghabiskan banyak wang dan masa 4)guru sehahrusnya dapat mempamirkan sepenuhnya komitmen yang dengan seikhlas mungkin.murid-murid boleh menilai diri guru samada pengajaran yang guru lakukan hanya sekadar memenuhi masa mengajar dan menghabiskan sukatan pelajaran sahaja di samping mampu memberi bimbingan dan tanggungjawab dengan sepenuh hati.Berikut ayat yang telah disemak.

1)Pemanasan global yang berlaku merupakan kesan daripada kekhilafan manusia yang sangat rakus sekali membaham semua kekayaan yang ada demi memenuhi tuntutan duniawi.

2)Senaman ialah salah satu daripada aspek yang amat penting sekali dalam rawatan komprehensif sakit tulang belakang. Kita perlu mengetahui terdapat pelbagai rawatan untuk penyakit kronik itu seperti memakan ubat,suntikan,tampalan,vitamin,fisioterapi dan terapi kogniti.

3)Apabila  menyentuh mengenai kecantikan, tentu sekali perkara yang paling dititikberatkan ialah kulit yang cantik dan sihat tanpa perlu menggunakan mekap bagi menutup kulit yang rosak serta mengelakkan pembaziran banyak wang dan masa.
 
4) Guru seharusnya dapat mempamerkan sepenuh komitmen dengan ikhlas. Murid-murid boleh menilai guru sama ada pengajaran yang diberikan hanya sekadar memenuhi masa mengajar dan menghabiskan sukatan pelajaran sahaja atau mampu memberi bimbingan dan tanggungjawab dengan sepenuh hati.
Tatabahasa04.03.2013
saya nak Khidmat Nasihat Bahasa dalam banner tersebut... Banner ini hendak apply lesen iklan

Dalam iklan, teks bahasa Melayu hendaklah ditulis di sebelah atas dan hurufnya lebih besar, sementara teks bahasa Cina dan bahasa Inggeris di sebelah bawah dan hurufnya lebih kecil. Rawatan buah dada sepatutnya rawatan payudara dan rawatan pelangsing badan sepatutnya rawatan pelangsingan badan, iaitu Pusat Kecantikan dan Pelangsingan Badan. Sila fakskan iklan saudara ke 03-21422029 untuk mendapatkan pengesahan.

Lain-lain01.10.2009
Tuan/Puan, Antara berikut yang manakah betul? a) mendapat rawatan b) mendapatkan rawatan Jika carian kata dalam prpm dirujuk kedua-dua frasa digunakan? Apakah perbezaan tersebut? Tolong jelaskan. Ribuan terima kasih didahulukan.

 

  • mendapat

    1. beroleh, memperoleh: ~ keuntungan yg besar; ~ faedah drpd membaca buku-buku ilmu pengetahuan; 2. memperoleh, menerima, diberi: mereka masing-masing ~ hadiah; pekerja-pekerja itu ~ berbagai-bagai elaun selain gaji pokok; 3. menikmati (kemewahan, kesenangan, kebahagiaan, dll), mengalami (kesusahan, kecelakaan, dll), memperoleh: ~ rahmat drpd Allah; ~ kesenangan hidup; ~ penyakit; ~ nama buruk; 4. menerima (surat, berita, dll): dia kelihatan bermenung setelah ~ telegram drpd ayahnya; 5. menemui, menjumpai, memperoleh: ~ barang yg dicari; ~ penyelesaian yg sebaik-baiknya; ~ hati ki menerima atau memperoleh cinta (drpd seseorang); ~ khabar menerima (mendengar) khabar; ~ malu menanggung malu, diaibkan (oleh sesuatu kejadian dsb); ~ tempat diberikan perhatian (layanan, pengiktirafan, dsb), diterima (sbg berhak dsb); ~ sama berlaba, kehilangan sama merugi prb hidup yg seia sekata;

     

  • mendapatkan

  • 1. pergi bertemu atau berjumpa dgn, pergi atau datang kpd (seseorang): Wan Intan berlari ~ suaminya; 2. mendapat, memperoleh (menerusi usaha): kepentingan Pulau Pinang baru diinsafi manakala tidak berhasil percubaan Inggeris hendak ~ satu pangkalan lain; 3. sl mengunjungi, menziarahi: maka Sultan Malikul-Mansor pun singgah di darat ~ kubur Sidi Ali Hisamud-Din; 4. mengunjungi (sbg permulaan dlm surat), menjelang, menemui: ~ kekanda yg diingati;

    mendapat rawatan - tepat

  • Tatabahasa03.10.2012
    facialRawatan MukaIstilah10.12.2008
    Saya Siti Aminah Sarno mewakili pihak syarikat Medical Biotherapy Sdn Bhd ingin meminta jasa baik pihak Tuan untuk menyemak penggunaan bahasa pada papan iklan pusat rawatan kami di bawah. "Pusat Rawatan Luka Bioterapi" Jasa baik pihak Tuan amat kami hargai. Terima kasih.Frasa 'Pusat Rawatan Luka Bioterapi' boleh digunakan sebagai keterangan aktiviti syarikat.Tatabahasa06.12.2011
    Saya ingin bertanya mengenai susunan ayat dan bahasa yang digunakan bagi ayat berikut: Maklumat ini adalah petikan dari sejarah kompartmen iaitu mencatitkan tahun dan aktiviti bancian dan rawatan yang dijalankan bersama dengan sedikit penerangan mengenai pengeluaran dari tebangan akhir termasuk spesies, jenis dan keputusan bancian dan aktiviti rawatan. Jumlah perbelanjaan kos dan jenis guna tenaga iaitu secara kontrak atau jabatan juga boleh di masukkan sebagai catitan. Lain-lain aktiviti yang boleh juga dimasukkan ialah mengenai serangan oleh serangga perosak, penyakit dan rawatan. Sekian, terima kasih.

    Saudara,

    Dikemukakan teks yang dibaiki penggunaan bahasa Melayunya:

    Maklumat ini ialah petikan daripada sejarah kompartmen, iaitu mencatatan tahun dan aktiviti bancian dan rawatan yang dijalankan bersama-sama dengan sedikit penerangan mengenai pengeluaran daripada tebangan akhir termasuk spesies, jenis dan keputusan bancian dan aktiviti rawatan. Jumlah perbelanjaan kos dan jenis guna tenaga, iaitu secara kontrak atau jabatan juga boleh dimasukkan sebagai catatan. Aktiviti lain yang boleh juga dimasukkan adalah mengenai serangan  serangga perosak, penyakit dan rawatan

    Tatabahasa16.07.2009
    Mana yang betul: " PUSAT RAWATAN LUKA BIOTERAPI" atau " PUSAT BIOTERAPI RWATAN LUKA" sEKIAN. tERIMA KASIH.Frasa yang betul ialah PUSAT RAWATAN LUKA BIOTERAPI.Tatabahasa02.12.2011
    Mana satukah yang betul - 1)kos rawatan atau kos perawatan atau kos merawat? 2) kerja-kerja membaik pulih atau kerja-kerja pembaikpulihan? Terima kasih atas perhatian anda.

    Puan Junita,

    Ayat yang betul ialah 1. kos rawatan 2. kerja-kerja membaik pulih

    Ejaan06.10.2010
    saya perlukan maksud untuk perkataan adjunctive dalam bidang perubatan.. harap dapat di maklumkan secepat mungkinMaksud adjunctive dalam bidang perubatan ialah terapi penunjang, iaitu rawatan sokongan yang diberi bersama rawatan primer untuk membantu dalam perawatan pesakit. Ia terdiri daripada pelbagai bentuk seperti ubat, vitamin, makanan dan aktiviti sosial.Lain-lain19.05.2010
    123

    Kembali ke atas