Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata razi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, saya ingin kepastian berkenaan dengan penulisan kata nama dari Bahasa Arab yang betul? A. Ar-Razi B. ar-Razi C. Al-Razi D. al-Razi terima kasih atas bantuan tuan/puanWaalaikummussalam,

Ejaan yang betul ialah al-Razi.
Ejaan15.11.2018
Asalamualaiku dam salam satu malaysia, Saya sali muhammad razi bin saliturahim Soalan saya saya ingin bertanya tentang saluran untuk menghantar karya seperti puisi dan sajak untuk disiarkan. Bagaimana dan caranya. Seterusnya adakah ada program atau bengkel penulisan sastera seperti puisi dan sajak Cara atau format surat pengenalan untuk menghantar karya Sekian terima kasihWaalaikumsalan Encik Sali. Berhubung tentang penghantaran karya seperti puisi dan sebagainya, encik boleh menyalurkan kepada editor berkenaan menerusi e-mel. Jika puisi tersebut untuk majalah Dewan Sastera, maka sebaik-baiknya dihantar kepada editor berkenaan. Berhubung program atau bengkel penulisan pula, Encik Sali boleh menghubungi Akademi DBP menerusi talian 03-21470220.Lain-lain01.03.2018
Assalamualaikum...mohon bantuan pihak DBP menganalisis aspek morfologi dan sintaksis berdasarkan petikan Minda Pengarang Akhbar Berita Harian seperti lampiran

Encik Mat Razi,

Dalam konteks menganalisis aspek morfologi dan sintaksis dalam teks yang dikemukakan, saudara perlu mengenal pasti bentuk kata dan jenis ayat yang terdapat dalam teks tersebut.

Lain-lain16.10.2010
Merujuk Petikan daripada Minda Pengarang Akhbar Berita Harian bertarikh 04/03/2010 seperti lampiran,berikan analisis aspek morfologi dan sintaksis berdasarkan petikan tersebut

Encik Mat Razi,

Dalam proses menganalisis aspek morfologi dan sintaksis dalam teks yang dikemukakan, saudara perlu mengenal pasti bentuk kata dan jenis ayat dalam teks tersebut.

Lain-lain16.10.2010
Tuan, 1. Thailand berada dalam keadaan ___________kerana berlakunya pergaduhan dalam kalangan rakyatnya. yang mana jawapannya ? huru-hara atau porak-peranda 2. Ibu ________minuman dan makanan untuk tetamu yang datang. jawapannya ? menyediakan atau menghidangkan 3. Kamil hanya duduk dan berehat sedang adiknya Nita dan Razi sibuk membersihkan halaman rumah. Penggunaan sedang dalam ayat betul atau salah ? 4 Pasukan keselamatan sedang berusaha untuk jejak perompak yang melarikan diri ke dalam hutan tersebut. Penggunaan jejak dalam ayat betul atau salah ?


1.  Thailand berada dalam keadaan ______huru-hara_____kerana  berlakunya pergaduhan dalam kalangan rakyatnya.

2.  Ibu __menghidangkan______minuman dan makanan untuk tetamu yang datang.

3.   Kamil hanya duduk dan berehat sementara adiknya Nita dan Razi sibuk membersihkan halaman rumah.

4  Pasukan keselamatan sedang berusaha untuk menjejak perompak yang melarikan diri ke dalam hutan tersebut.

Tatabahasa24.05.2013
Berdasarkan penjelasan tuan (ADA di depan kata kerja) Adakah ini bermakna ayat ADA di bawah tidak sesuai? 1(a) Dia ADA pergi ke sekolah pagi tadi. 1(b) Dia TELAH pergi ke sekolah pagi tadi. 2(a) Saya ADA menerima surat daripadanya. 2(b) Saya TELAH menerima surat daripadanya. 3(a) Dia ADA menyemak senarai hitam. 3(b) Dia TELAH menyemak senarai hitam. 4(a) Surat pelantikan ADA difailkan. 4(b) Surat pelantikan TELAG difailkan.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Empat, terdapat beberapa makna ada, iaitu; 1. boleh didapati (ditemui, dilihat, dsb), bukan khayalan atau rekaan, wujud: ada orang yg mempercayai hantu itu ~ dan ada pula yg mengatakan ianya khayalan manusia; tidak ~ lagi binatang raksasa sekarang; 2. boleh diperoleh (didapati, dijumpai, dsb) di sesuatu tempat: gula dan kopi ~ di dlm almari itu; dia tidak ~ di rumahnya sewaktu kami sampai; 3. telah sedia, telah terkumpul dsb (utk diberi perhatian dsb): ~ banyak surat yg perlu ditandatangani; ~ kerja penting yg belum diurus lagi; 4. mempunyai: Razi ~ banyak barang mainan; tidak ~ cita-cita; 5. (masih) hidup, belum meninggal dunia: ibunya masih ~ tetapi ayahnya sudah meninggal; dia sudah tak ~ dia sudah meninggal dunia; 6. benar-benar, sungguh-sungguh, sesungguhnya (digunakan utk menguatkan kata kerja selepasnya): dia ~ pergi ke sekolah petang tadi; saya ~ menerima surat daripadanya; 7. hadir (digunakan sbg menjawab panggilan guru dll sewaktu memastikan kedatangan murid dll); 8. apakah (digunakan utk melembutkan pertanyaan): ~ encik melihat adik saya? ~ gula, ~ semut prb kalau orang kaya banyaklah kawannya; ~ air, ~ (adalah) ikan = ~ padang, ~ belalang = ~ batang, ~ cendawan tumbuh prb di mana pun kita duduk, ada rezeki;

Penggunaan perkataan ada dalam ayat yang dinyatakan boleh digunakan.
Tatabahasa16.08.2013

Kembali ke atas