| Adakah terjemahan berikut sesuai? Globalizing real estate --> Mengglobalisasi industri hartanah | Terjemahan yang sesuai bagi Globalizing real estate ialah Hartanah Global | Makna | 05.12.2017 |
| Dalam laman web PRPM, terjemahan kepada Real Politics adalah hakikat politik. adakah ia tepat, atau seharusnya menggunakan istilah "Politik Sebenar"? atau Real politik? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah realpolitik ialah realpolitik. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 20.04.2024 |
| 1)Sila definasikan Kadar Pulangan dalam Bahasa Malysia yang berasal dari perkataan Rate of Return dalam konteks Real Estate terms. 2) Sila definasikan Hartanah Perdagangan dalam Konteks Real Estate, | Makna kadar pulangan secara umum ialah jumlah atau banyaknya bayaran yang dikenakan ke atas hasil drpd atau pendapatan penanaman modal (pekerjaan, pemberian, perkhidmatan, dll). Saudara perlu menyemak istilah tersebut dan istilah Harta Tanah Perdangan dalam bidang Harta Tanah (Real Estate) di IPTA/IPTS yang mengendalikan kursus dalam bidang tersebut. | Istilah | 19.11.2008 |
| Tuan/Puan, Apakah penterjemahan yang tepat untuk frasa "fixed-width real number" (bidang teknikal). Terima kasih. | Kami tiada maklumat yang lengkap tentang penggunaan perkataan ini. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan fixed-width real number diterjemahkan kepada saiz sebenar lebar tetap sekiranya sesuai dengan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.02.2023 |
| Tuan/Puan, TERJEMAHAN “REAL ESTATE NEGOTIATOR” DI DALAM BAHASA MALAYSIA Merujuk kepada perkara di atas dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta Malaysia (LPPEH) seperti dalam lampiran 1. 2. Kami dari Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM) ingin merujuk dan mendapatkan penjelasan daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) apakah maksud sebenar terma “Real Estate Negotiator” di dalam Bahasa Malaysia. Sebarang jawapan dan maklumbalas daripada pihak tuan didahuli dengan ucapan terima kasih. | Tuan, Terjemahan dalam bahasa Melayu untuk 'REAL ESTATE NEGOTIATOR' ialah 'PERUNDING HARTA TANAH'. Terima kasih. | Makna | 26.02.2021 |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanyakan perterjemahan perkataan dari Bahasa inggeris ke Bahasa melayu yang khusus dalam bidang ekonomi dan ekonometrik. Perkataan-perkataannya ialah: 1. Real Effective Exchange Rate 2. Error Correction Model 3. Vector Error Correction Model 4. General Autoregressive Conditional heteroskedasticity (GARCH) Terima kasih. | Terjemahan perkataan tersebut tiada dalam sumber rujukan kami. Cadangan kami: 1. Real Effective Exchange Rate - kadar pertukaran berkesan sebenar 2. Error Correction Model - model pembetulan ralat 3. Vector Error Correction Model - model pembetulan ralat vektor 4. General Autoregressive Conditional heteroskedasticity (GARCH) - heteroskedastisiti bersyarat autoregresif am Untuk makluman cadangan terjemaha ini dibuat dengan merujuk buku Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.12.2017 |
| Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "real time data"? 1) data masa nyata 2) data masa sebenar 3) pendapat DBP Terima kasih. | Istilah yang lebih tepat ialah data masa nyata. | Istilah | 03.10.2013 |
| Salam, boleh saya dapatkan terjemahan untuk perkataan-perkataan ini di dalam Bahasa Melayu. 1) On real time basis 2) opened with 3) Loan Risk Disclosure Statement 4) Once submitted 5) Add Favourite | Sila lampirkan ayat penuh atau dalam konteks apa frasa ini digunakan. Makna dan istilah mungkin berbeza mengikut konteks ayat. | Makna | 09.03.2020 |
| Boleh saya dapat terjemahan untuk perkataan-perkataan ini dalam Bahasa Melayu? 1) loop-mediated isothermal amplification 2) real-time PCR 3) strand displacement 4) PCR methods have been developed | Frasa yang tersebut tidak ada dalam pangkalan data kami. Kami mencadangkan puan, memberikan cadangan terjemahan terlebih dahulu berserta konsep penggunaannya untuk semakan kami bagi kesesuaian terjemahan tersebut | Penyemakan dan penterjemahan | 12.11.2015 |
| Istilah sesuai bagi Spatial computing. Penerangan "refers to human–computer interaction that is perceived by humans as taking place in the real world, in and around their bodies, instead of perceptually behind a computer screen." | Padanan bahasa Melayu bagi istilah spatial computing ialah pengkomputeran reruang. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 03.02.2024 |