Penggunaan perkataan 'realiti TV' atau 'TV realiti' | Yang betul ialah realiti TV. | Tatabahasa | 12.02.2007 |
apakah yang dimaksudkan dengan drama-drama absurd beserta contohnya | Drama absurd secara amnya ialah persembahan sama ada drama atau teater yang menggabungkan antara realiti dan bukan reliti (khayalan), contohnya teater Jangan Bunuh Rama-rama dan Tiang Seri Tegak Berlima. | Makna | 18.01.2011 |
huraikan secara terperinci apakah yang dimaksudkan dengan drama-drama absurd beserta contoh-contohnya... | Drama absurd secara amnya ialah persembahan sama ada drama atau teater yang menggabungkan antara realiti dan bukan reliti (khayalan), contohnya teater Jangan Bunuh Rama-rama dan Tiang Seri Tegak Berlima. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku atau makalah yang berkaitan. | Makna | 18.01.2011 |
Malaysia perlu berusaha menjadikan bidang pertanian berteknologi tinggi sebagai suatu agenda penting dalam pembangunan negara. Pertanian yang menggunakan teknologi tinggi adalah asas penting bagi mencorakkan pembangunan ekonomi negara maju di abad ke 21. Kemajuan dalam bidang pertanian yang negara kita miliki sepatutnya merintis perubahan ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara pertanian berteknologi tinggi. Untuk menjadikan suatu realiti memerlukan komitmen semua pihak. Soalan: Apakah kesalahan dalam bahasa dalam petikan di atas dan jika terdapat kesalahan apakah alasannya? | Ayat yang dibetulkan adalah seperti yang berikut: Malaysia perlu berusaha menjadikan bidang pertanian berteknologi tinggi sebagai suatu agenda penting dalam pembangunan negara. Pertanian yang menggunakan teknologi tinggi ialah asas penting bagi mencorakkan pembangunan ekonomi negara maju pada abad ke-21. Kemajuan dalam bidang pertanian di negara kita sepatutnya merintis perubahan ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara pertanian berteknologi tinggi. Untuk menjadikan suatu realiti memerlukan komitmen semua pihak. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Bab 9 Kata Tugas untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 09.09.2009 |
sejarah awal dunia pengiklanan | Sila rujuk bahan ini. Terima Kasih. : 1.Periklanan: suatu pengenalan Mohd Hamdan Adnan Dewan Bahasa dan Pustaka : 1997. 2. The language of advertising Goddard, Angela Routledge, 2002. 3. Iklan dan masyarakat oleh Mohamad Md. Yusoff Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1999. 4. Televisyen dan pengiklanan antara tanggungjawab dengan realiti oleh Azizul Halim Yahya Dewan Masyarakat. 01/11/2004 . | Lain-lain | 16.11.2007 |
Apakah maksud perkataan ironinya? Boleh jelaskan dengan terperinci. | Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, ironi bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya. Contoh penggunaan: Ironinya jika Dasar Belia Nasional ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri. Dalam bidang kesusasteraan, ironi didefinisikan sebagai: Mengucapkan sesuatu berlainan daripada realiti atau kenyataan sebenarnya. | Makna | 03.04.2012 |
Salam 1Bahasa, 1. Apakah maksud perkataan homosapisas? 2. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan ironi? Terima kasih. | 1. Untuk makluman tuan, perkataan homosapisas tiada dalam rujukan kami. 2. Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, ironi bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya. Contoh penggunaan: Ironinya jika Dasar Belia Nasional ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri. Dalam bidang kesusasteraan, ironi didefinisikan sebagai: Mengucapkan sesuatu berlainan daripada realiti atau kenyataan sebenarnya. | Tatabahasa | 12.11.2013 |
assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. saya ada 2 soalan. 1. adakah persoalan seperti perpaduan, kecemerlangan, kemiskinan dan kepincangan sosial dalam sajak boleh dimasukkan di bawah persoalan-persoalan tentang kehidupan? kerana dalam kajian perbandingan terdapat peraturan2 tertentu untuk mengklasifasikan persoalan2 dalam sajak. 2. untuk menggunakan teori semiotik, boleh tak guna untuk gaya bahasa lain selain lambang? | Walaikummussalam, Saudara, 1. Persoalan sedemikian boleh dimasukkan di bawah persoalan-persoalan tentang kehidupan kerana karya sastera bukan hanya berkaitan ilham atau khayalan semata-mata malah sebagai cerminan realiti kehidupan masyarakat dan persekitarannya dalam pelbagai sudut dan tafsiran. Sasterawan melalui mekanisme seninya mampu mengangkat pelbagai permasalahan tentang kehidupan yang berlaku dalam masyarakat. Namun jika dalan kajian tersebut memerlukan peraturan tertentu maka kebijaksanaan saudaralah menentukannya berdasarkan kehendak kajian. 2. Saudara disarankan mendalami dan memahami dengan merujuk buku-buku berkaitan teori semantik. sekian, terima kasih. | Sastera | 26.01.2011 |
bagaimanakah cara untuk saya jadi seorang penulis novel? | Ada pelbagai cara untuk menjadi seorang penulis novel. Antaranya saudara perlu banyak membaca novel karya orang lain terlebih dahulu mengikut tema yang menjadi minat saudara seperti kisah cinta, penyiasatan, sejarah, misteri dan sebagainya. Teliti cara penulis itu menulis karya mereka dari segi pengadunan plot, watak perwatakan, latar, gaya, bahasa, teknik seperti monolog, dialog, saspens, imbas muka, imbas kembali, pembahagian bab, dan unsur lain yang menjalin struktur sesebuah cerita. Selain itu, saudara perlu mempunyai ilmu bantu yang merentas bidang seperti teori sastera, budaya, sains, psikologi, falsafah, sosiologi dan sebagainya, kerana penulisan merupakan gambaran kehidupan, sama ada yang berlaku di alam realiti ataupun imaginasi semata-mata. Saudara juga disarankan agar memasuki mana-mana kursus atau bengkel penulisan yang banyak diadakan oleh badan-badan penerbit, akademi penulisn atau orang perseorangan yang boleh menjadi mentor saudara. Pada masa ini juga banyak buku panduan menulis boleh didapati di pasaran, yang dapat memberi banyak panduan untuk saudara menulis. Mungkin saudara boleh mulakan dahulu dengan menulis cerpen untuk memantapkan penulisan saudara. Dan akhir sekali, untuk menjadi penulis fiksyen yang baik, mahu tidak mahu ia bergantung juga kepada bakat semula jadi seseorang itu. Jika seseorang itu dianugerahi Allah bakat seni (kreatif) tanpa banyak belajar pun, dia akan menjadi penulis yang baik. Semoga saudara menjadi seorang penulis yang berjaya pada suatu hari nanti. | Lain-lain | 27.10.2010 |
salam. saya amat meminati dunia penulisan. saya pernah menghasilkan satu novel online. Tapi, daripada segi kualiti mungkin agak rendah kerana mungkin penggunaan struktur kata yang agak kurang bijak, tidak cukup puitis, kosa kata tidak meluas dan kadang-kadang pengakhiran cerita dapat diteka oleh pembaca. Saya betul-betul berminat untuk menjadi penulis dan menerbitkan buku. Saya berkehendakkan khidmat daripada DBP dalam memberi tunjuk ajar dan tips bagi menjadi seorang penulis. harap kepada respon. kerjasama tuan diucapkan terima kasih. | Salam. Tips untuk menjadi penulis, antara lain, saudara perlu banyak membaca karya orang lain terlebih dahulu. Jika saudara ingin menulis novel misalnya, maka bacalah novel yang temanya menjadi minat saudara, contohnya kisah cinta, penyiasatan, misteri dan sebagainya. Teliti cara penulis itu menulis karya mereka dari segi pengadunan plot, watak perwatakan, seting, gaya, bahasa, teknik seperti monolog, dialog, saspens; pembahagian bab, dan apa-apa sahaja yang menjalin sesebuah cerita. Selain itu, saudara perlu mempunyai ilmu bantu yang merentas bidang seperti teori sastera, psikologi, falsafah, sosiologi dan sebagainya, kerana penulisan merupakan gambaran kehidupan, sama ada yang berlaku di alam realiti ataupun imaginasi semata-mata. Saudara juga disarankan agar memasuki mana-mana kursus atau bengkel penulisan yang banyak diadakan oleh badan-badan penerbit, atau orang perseorangan yang boleh menjadi mentor saudara. Pada masa ini juga, banyak buku panduan menulis boleh didapati di pasaran, yang dapat memberi banyak tips untuk saudara menulis. Dan akhir sekali, untuk menjadi penulis yang baik, maka mahu tidak mahu, ia terpulang juga kepada bakat semula jadi seseorang itu. Jika seseorang itu dianugerahi Allah, bakat semula jadi (alami), tanpa banyak belajar pun, dia akan menjadi penulis yang baik. Moga saudara menjadi seorang penulis yang berjaya pada suatu hari nanti, insya-Allah. Wassalam. | Lain-lain | 05.05.2010 |