Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Rear Derailleur"? Terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "rear derailleur" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "rear" yang padanan bahasa Melayunya ialah belakang. Padanan bahasa Melayu untuk "derail" ialah tergelincir dan "derailment" ialah kegelinciran. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan penggelincir belakang. | Istilah | 15.08.2013 |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan. Apakah padanan yang sesuai untuk rear double biceps atau back double biceps? Terima kasih. | Waalaikumussalam, Istilah rear double biceps atau back double biceps masih belum ada dalam pangkalan data kami. Cadangan daripada pihak kami ialah biseps belakang berganda | Makna | 29.07.2019 |
1. Saya ingin mengetahui sama ada wujud terjemahan bagi teknik dan istilah dalam bidang sukan yang berkaitan dengan seni beladiri. Contohnya: knife-hand block, break-falls, back kick, side thrust-kick, rear-choke hold, palm-heel strike dan beberapa istilah lain. Adakah saya perlu mengekalkan istilah tersebut atau menukarnya mengikut kesesuaian? 2. Apakah terjemahan yang paling tepat untuk frasa 'Martial Arts for People with Disabilities'? Adakah' Seni Mempertahankan diri bagi golongan hilang upaya' atau 'Seni beladiri bagi golongan hilang upaya'? Terima kasih | 1. Cadangan bagi istilah yang berkenaan ialah "back kick - tendang balas". Namun begitu, bagi istilah lain yang dinyatakan, Saudara boleh mengeja secara garis miring. 2. Cadangan terjemahan bagi 'Martial Arts for People with Disabilities' ialah ? "Seni Mempertahankan Diri bagi Orang Kurang Upaya". | Penyemakan dan penterjemahan | 30.10.2015 |