| Bolehkah rangkai kata "reciprocal arrangement" digantikan dengan rangkai kata "perkiraan timbal balik"? Rangkai kata di atas digunakan dalam konteks cukai di mana dua orang akan membuat peraturan yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Sekian, terima kasih. | Rangkai kata perkiraan timbal balik boleh digunakan sebagai padanan bahasa Melayu bagi rangkai kata reciprocal arrangement dalam bahasa Inggeris. | Istilah | 18.11.2008 |
| Salam tuan/puan, Bolehkah saya dapatkan terjemahan istilah berikut dalam konteks statistik? i) suppressor variable ii) reciprocal suppression iii) inconsistent mediation iv) bias-corrected confidence interval v) negative suppression vi) spurious relationship Terima kasih. | Dalam data rujukan kami, hanya perkataan spurious relationship mempunyai padanan bahasa Melayu, iaitu Perhubungan Palsu. Perkataan lain tiada dalam data rujukan kami. Mohon pihak tuan berikan cadangan bahasa Melayu terlebih dahulu bagi istilah tersebut supaya kami dapat membantu membetulkan istilah dalam bahasa Melayu tersebut mengikut konteks tuan. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.09.2017 |
| Merujuk kepada maklum balas pihak tuan bertarikh 4 Oktober 2017, bersama-sama ini disertakan cadangan dalam Bahasa Melayu bagi istilah Bahasa Inggeris yang berikut untuk perhatian tuan selanjutnya. i) suppressor variable : pemboleh ubah penekan (dalam konteks statistik, pemboleh ubah ini berfungsi untuk menekan (suppress) varians yang tidak berkaitan dalam pemboleh ubah tidak bersandar. Hasilnya, suatu perhubungan sifar atau menghampiri sifar dapat dilihat antara pemboleh ubah penekan dengan pemboleh ubah bersandar. Selain itu, pemboleh ubah penekan turut mempunyai hubungan linear dengan satu atau lebih pemboleh ubah tidak bersandar. Pemboleh ubah penekan ini turut tergolong dalam kelompok pemboleh ubah tidak bersandar dalam model regresi linear pelbagai. ii) reciprocal suppression : tekanan timbal-balik iii) inconsistent mediation : pengantaraan tidak konsisten iv) bias-corrected confidence interval : selang keyakinan pesongan-dibetulkan v) negative suppression: tekanan negatif Adalah diharapkan agar pihak tuan dapat membantu dalam terjemahan istilah tersebut. Bantuan dan kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. | Disampaikan maklumat yang dilampirkan untuk makluman dan perhatian tuan selanjutnya. Terima kasih. | Istilah | 06.10.2017 |