Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : in the ~, dlm keadaan debit: my account is in the ~ again, akaun saya dlm keadaan debit sekali lagi; out of the ~, dlm keadaan kredit; see ~, (colloq) naik berang: his rudeness made me see ~, sikap biadabnya membuat saya naik berang. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. having the colour red, merah: her ~ lips parted in a smile, bibirnya yg merah mengorak senyum; the sky was ~ in the east, langit merah di sebelah timur; the ~ light flashed, indicating danger, lampu merah menyala menandakan bahaya; 2. (of hair, fur) auburn, perang kemerah-merahan: it’s got a ~ coat and bushy tail, binatang itu mempunyai bulu yg perang kemerah-merahan dan ekor yg kembang; 3. (of face) flushed with embarrassment or anger, merah padam: Harriet went ~ in the face with anger, muka Harriet merah padam krn marah; 4. (of eyes) sore from crying, merah: Lorna’s eyes were ~ from crying, mata Lorna merah krn menangis; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. (colour), (warna) merah: he added a little ~ to the white paint, dia menambahkan sedikit cat warna merah ke dlm cat warna putih; the ~s and golds of autumn leaves, daun-daun pd musim luruh yg berwarna merah dan keemasan; 2. red clothes, pakaian berwarna merah: the men whistled as the lady in ~ walked by, orang-orang lelaki itu bersiul semasa wanita yg memakai pakaian berwarna merah lalu; 3. red wine, wain merah: a glass of ~ please, beri saya segelas wain merah; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata red


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat manakah yang betul? - Saya membeli kek red velvet di kedai yang berhampiran dengan rumah saya. - Saya membeli kek 'red velvet' di kedai yang berhampiran dengan rumah saya. - Saya membeli kek Red Velvet di kedai yang berhampiran dengan rumah saya. - Saya membeli kek 'Red Velvet' di kedai yang berhampiran dengan rumah saya.Ayat yang betul ialah:

Saya membeli kek red velvet di kedai yang berhampiran dengan rumah saya.
Tatabahasa09.11.2015
Salam sejahtera, Adakah "Red Flag" sesuai diterjemahkan kepada "Bendera Merah"? "Red Flag" bermaksud tanda masa tertentu yang memerlukan perhatian(atau perlu dibaiki). Sila berikan pendapat dan cadangan anda. Terima kasih DBP.Ya,"Red Flag" sesuai diterjemahkan kepada "Bendera Merah". Kami bersetuju dengan maksudnya iaitu tanda masa tertentu yang memerlukan perhatian atau dibaiki. Sebagai contohnya dalam bidang Meteorologi/Hidrometeorologi menggunakan bendera merah sebagai tanda amaran kedatangan taufan/hurikan. Begitu juga dalam bidang sukan bendera merah digunakan sebagai tanda amaran tertentu kepada pemain.Istilah22.11.2018
Hiasan Dalaman RED HOT Construction.Interior Design.Home Decor No sykt: NS1170086VSila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun sebagai pelanggan baharu untuk mendapatkan kata laluan. Klik daftar iklan dan pilih jenis iklan - Papan Premis Bayaran. Semua tatacara ada dimuatkan dalam laman web berkenaan.Lain-lain06.12.2017
kedai pameran red hot construction interior design home decor no sykt NS1170086V1. KEDAI PAMERAN tukar kepada KEDAI PERABOT atau PUSAT PAMERAN PERABOT
2. Terjemahkan Bahasa inggeris kepada Bahasa Melayu atau sediakan dalam dwibahasa (Melayu dan Inggeris)
Sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my, klik DAFTAR AKAUN dan pilih DAFTAR IKLAN. Pilih jenis iklan - PAPAN PREMIS dan buat bayaran sebanyak RM10.
Lain-lain28.11.2017
Adakah 'red velvet' itu kata nama khas?Red Velvet merupakan kata nama khas.Lain-lain05.11.2015
Adakah perkataan 'red velvet', 'hashtag' dan perkataan yang tidak terdapat dalam data DBP perlu diitalikkan dalam penulisan rasmi?Perkataan seperti red velvet dan Instagram dalam penulisan rasmi, tidak perlu dicondongkan kerana merupakan nama khas. Akan tetapi, bukannya semua perkataan yang tidak terdapat dalam pangkalan data DBP boleh menggunakan konsep yang sama. Ia bergantung kepada situasi dan konteks ayat. Jika ada terjemahan dalam bahasa Melayu, perlu diutamakan.Lain-lain28.10.2015
Apakah nama melayu bagi burung 'Red-billed tropicbird'? Terima kasihUntuk mendapatkan nama Melayu atau istilah yang tepat bagi nama burung "red-billed tropicbird", puan bolehlah menghubungi Bahagian Peristilahan dan Leksikologi di talian 03-21479166 atau melalui e-mel saidah@dbp.gov.my. Terima kasih.Istilah15.08.2014
Bagaimana menulis nama makanan yang diberi nama khusus, contohnya kek red velvet, mi bandung, dan sebagainya. Perlukah ditulis dengan huruf besar pada pangkalnya?Nama menu ditulis dengan huruf kecil seperti kek red velvet dan mi bandung.Ejaan06.11.2012
Tuan/Puan, Sila rujuk lampiran fail. Harap tuan/puan boleh menjawab seawal yang mungkin. Sekian terima kasih.1. Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif atau kata sifat sebagai kata intinya. Contoh FA: kacak sungguh. Contoh ayat FN + FA : Orang muda itu +  kacak sungguh.2. Burung pucung red">ialah burung yang tinggi, lemah-lembut dan panjang kakired">nya. Sebelum menangkap ikan ataupun katak dengan paruhred">nya yang panjang, burung pucung akan menunggu dengan sabar untuk haiwan itu berenang di depanred">nya.  Nya berfungsi sebagai pembenda. Contoh: ...perkataan yang mengikutinya; Ejaannya ialah...3. Ialah untuk kata nama.4. Dalam buku  Tatabahasa Dewan, ia ialah kata ganti nama orang ketiga. 5. Rusa itu berlari ke dalam hutan tetapi tanduk red">rusa tersangkut pada dahan-dahan pokok. red">Rusa bertambah takut apabila kedengaran salakan anjing semakin dekat. red">Rusa cuba melepaskan tanduknya  daripada dahan-dahan itu. Akhirnya, kaki red">rusa yang kuat itu dapat menolong red">rusa melepaskan diri.Rusa itu berlari ke dalam hutan tetapi tanduk red">rusa tersangkut pada dahan-dahan pokok. red">Rusa bertambah takut apabila kedengaran salakan anjing semakin dekat. red">Rusa cuba melepaskan tanduk‘red">nya’ daripada dahan-dahan itu. Akhirnya, kaki red">rusa yang kuat itu dapat menolong red">rusa melepaskan diri. 6.          Ya. 7.         Ayat yang betul adalah seperti berikut:(h) Budak itu pelukis yang handal. (i) Singa haiwan yang memakan daging.(j) Perkara itu menjadi buah mulut orang ramai. Tatabahasa30.07.2011
1) Perlu dicondongkan atau ditegakkan untuk perkataan seperti Facebook, Instagram dan sebagainya jika dalam penulisan rasmi? 2) 'Red velvet' dalam bahasa Melayu apa? 3) Terdapat atau tidak perkataan tersendiri untuk perkataan 'hashtag' (#) dalam bahasa Melayu? 4) Kali pertama atau pertama kali? Misalnya, inilah kali pertama kami ke sini ataupun inilah pertama kali kami ke sini. 5) Apakah perbezaan antara baharu dan baru?Jawapan:

1. Untuk perkataan seperti Facebook, Instagram dalam penulisan rasmi, tidak perlu dicondongkan kerana merupakan nama khas.
2. Setakat ini, perkataan red velvet dan hastag tidak ada dalam data DBP
3. Perkataan kali pertama merupakan padanan bagi perkataan bahasa Inggeris iaitu first time. Frasa 'kali pertama' dan 'pertama kali', kedua-duanya betul bergantung pada aspek yang ingin ditekankan atau didahulukan.
4. Menurut Kamus Dewan baru dan baharu sebagai kata adjektif kerap kita temui dalam ayat seperti rumah baru/baharu, kawan baru/baharu dan kereta baru/baharu. Walau bagaimanapun sebagai kata bantu perkataan baru sahaja digunakan seperti baru sampai dan baru sebentar tadi.
Tatabahasa27.10.2015
123

Kembali ke atas