penggunaan mana yang lebih tepat " sidang ridaksi"sidang editor" | Menurut Kamus Pelajar, redaksi ialah seluruh pengarang sesuatu majalah, surat khabar dll; sidang pengarang. Manakala editor ialah orang yang mengedit atau menyunting sesuatu karangan; pengedit. Daripada takrifan tersebut, kedua-dua istilah adalah tepat dan hendaklah bersesuaian dengan maksud yang hendak dinyatakan. | Tatabahasa | 09.12.2013 |
saya Sarina dari Kraftangan Malaysia.. saya sedang menyiapkan cadangan untuk melantik sidang editorial buletin. bolehkah saya mendapatkan bantuan dari DBP untuk mendapatkan penjelasan tentang fungsi dan peranan setiap anggota sidang redaksi (cth:ketua editor, editor grafik, editor teks dll). terima kasih atas segala maklumbalas.. sekian. | Dalam penerbitan buletin, struktur editorialnya merangkumi Ketua Editor, Editor, Pembantu Editor, dan Editor Pengeluaran. Fungsi umum sidang editor ini adalah seperti yang berikut: 1. Ketua Editor- Menjalankan tugas pengurusan penerbitan buletin secara keseluruhannya, seperti perancangan, pengorganisasian kerja, pengarahan, dan pengawalan. Perancangan penerbitan buletin merangkumi tugas seperti merancang strategi penerbitan buletin mengikut kehendak atau spesifikasi penerbit, dalam hal ini mengikut dasar penerbitan Kraftangan Malaysia. 2. Editor- Mengetuai operasi penerbitan buletin , seperti memastikan makalah siap mengikut tarikh yang dikehendaki; ertinya memastikan pengakuran kepada jadual penerbitan. Editor juga membantu Ketua Editor dalam hal pengurusan penerbitan buletin , seperti merancang strategi penerbitan, melantik penulis yang sesuai dan membuat penilaian makalah dan penyuntingan substantif pada makalah tersebut. 3. Pembantu Editor- Membuat kerja penyuntingan dari segi tatabahasa dan sebagainya termasuk menyemak pruf sebelum disahkan oleh Ketua Editor. 4. Editor Pengeluaran - Membuat kerja rekabentuk buletin seperti halaman pertama, , teks, dan sebagainya dan juga menguruskan atur huruf . | Lain-lain | 27.09.2010 |
Salam, Apakah yang dimaksudkan dengan "redaktur ahli" yang biasanya wujud dalam bibliografi bahasa Indonesia? Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, perkataan "redaktur ahli" tidak ada dalam pangkalan data DBP. Dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia, redaktur bermaksud 1. orang yang menangani bidang redaksi 2. pemimpin (ketua atau penerbit) surat khabar dan sebagainya. | Makna | 24.01.2014 |