adakah redha sama maksud dengan rela? | reda: (réda) bersedia dgn ikhlas hati (utk membuat sesuatu), rela: ada di dalamnya orang-orang yg ~ bersekutu bersama-sama sbg manusia; rela: (réla) 1. dgn hati yg ikhlas (menerima dll), berkenan, bersedia, sudi: maka ~lah aku pergi mengikut dia ke mana perginya; 2. izin, persetujuan, perkenanan: anakanda datang kerana hendak meminta ~ ayahanda dan bonda; 3. memberikan (dgn ikhlas hati), melepaskan (menyerahkan dll) dgn senang hati: ia sudah ~ akan perbuatan isterinya itu; dgn ~ hati dgn senang atau suka hati: keizinan hendaklah diberikan dgn ~ hati, bukan dgn paksaan atau ugutan; | Makna | 03.11.2009 |
Reda atau redha? | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1837): reda رضا kata kerja tak transitif 1 (berkenaan seseorang) menerima segala ketentuan takdir, kekurangan seseorang dan sebagainya, dengan penuh rasa keikhlasan dan tanpa ragu-ragu: Anda perlu reda atas apa yang terjadi kerana dengan keredaan itu anda akan mendapat ketenangan. Suami seharusnya reda dan sabar menghadapi kerenah isteri yang sedang hamil. kata nama 2 hal yang diterima oleh Allah segala perbuatan baik seseorang: Dia berusaha mencapai reda Allah. Kata terbitan daripada kata reda ini ialah kata meredai, reda-meredai, meredakan, keredaan, berkeredaan, sereda, sereda mungkin dan reda sereda-redanya. | Ejaan | 03.08.2023 |
Cikgu DBP, adakah selepas ejaan “Redha" bertukar menjadi "Reda” sebagai kata pinjaman bahasa Melayu, bunyi sebutan akan berubah juga? Dengan ini maksudnya saya asalnya "Redha" disebut dengan bunyi -dh itu, iaitu Re-dha, tetapi selepas penyesuaian ejaan berlaku, maka bunyi h digugurkan dan hanya bunyi -d disebut, iaitu Re-da? Atau cara sebutan kata pinjaman "Reda“ ini masih kekal sama seperti ejaan asalnya, iaitu "Redha" walaupun ejaannya telah berubah? | Ejaan yang betul ialah "Reda" berdasarkan pedoman ejaan bahasa Melayu. Kita masih menerima pakai buku istilah tersebut di samping Kamus Dewan Edisi Keempat dan Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi, Sebutan, Jawi). Berkenaan bunyi sebutan, tuan bebas menyebutnya dengan bunyi "dh" tidak ada salahnya. | Ejaan | 04.07.2014 |
Apakah rasional disebalik ejaan redha yg dimodenkan menjadi reda? Adakah terdapat sebarang peraturan tatabahasa yang menyebabkan ianya lebih baik dieja sebagai reda berbanding redha? | Sebarang ejaan bagi kata serapan daripada bahasa asing ke dalam bahasa Melayu telah dibincangkan dan diputuskan mengikut Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu sempena ulang tahun ke-20 MABBIM. Ejaan Rumi baharu yang huruf lamanya terkandung "dh" menjadi "d" juga dinyatakan dalam Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia (1975, 1987), Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia (1975, 1991) dan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981, 1988). Ejaan bagi kata "reda" juga terkandung dalam Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi - Sebutan - Jawi (2001, 2008) terbitan DBP. Semuanya bertujuan keselarasan ejaan bahasa Melayu, khususnya bagi kata serapan daripada bahasa Arab seperti dharab menjadi darab, kadhi menjadi kadi dan mudharat menjadi mudarat. Dengan peningkatan penguasaan ilmu, masyarakat telah dapat membezakan antara ejaan Rumi dengan ejaan Jawi serta sebutan dalam bahasa Arab dengan sebutan dalam bahasa Melayu bagi kata-kata tersebut. | Makna | 12.03.2024 |
Saya ingin tahu mengapa ejaan redha ditukar kepada reda dan mengapa ejaan Y.Bhg ditukar kepada YBhg. Saya ingin tahu alasannya. Terima kasih. | Proses penyerapan istilah asing mengutamakan bentuk visualnya, yakni bentuk ejaannya supaya sesuai dengan Sistem Ejaan Bahasa Melayu. Oleh itu, kata 'redha' dieja sebagai 'reda'. Sementara singkatan Y. Bhg. ditukarkan kepada YBhg kerana kependekan tidak perlu menggunakan titik dan untuk menyelaraskan penggunaan kependekan lain seperti YAB dan YB . | Tatabahasa | 25.09.2007 |
Selamat petang cikgu. Saya hendak menanyai cikgu tentang sebab ejaan perkataan "Ramadhan", "silaturrahim" dan "redha" perlu ditukar menjadi "Ramadan", "silaturahim" dan "reda" setelah penyerapan perkataan-perkataan ini ke dalam bahasa Melayu. Adakah pertukaran ejaan ini mempunyai sebab-sebab tertentu? Dan satu soalan lagi. Adakah pertukaran ejaan ini akan menjejaskan makna kata pinjaman itu? Contohnya, setelah "redha" ditukar ejaannya menjadi "reda", adakah maksud akan berubah? | Ejaan yang betul ialah "Ramadan, silaturahim, reda". Ketiga-tiga perkataan ini telah diserap ke dalam bahasa Melayu dengan penyesuaian ejaan. Walau bagaimanapun, maksud ketiga-tiga perkataan tersebut tidak berubah. | Ejaan | 28.06.2014 |
1)reda atau redha 2)-nya atau -Nya (Allah) | 1)reda 2)-Nya (Allah) | Ejaan | 01.11.2011 |
Istilah agama 1. utk ejaan redha (isitlah agama) yg betul. saya lihat di kamus dewan ejaannya reda. tapi kalau ikut istilah ejaan yg tepat ialah??? 2. ada tak buku istilah agama yg terbaru boleh sya perolehi? setakat ini yg saya ada dari dbp buku istilah agama tahun 1986 yg dah outdated...ada yg terbaru ka? | Ejaan yang betul ialah "Reda" berdasarkan pedoman ejaan bahasa Melayu. Kita masih menerima pakai buku istilah tersebut di samping Kamus Dewan Edisi Keempat dan Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi, Sebutan, Jawi). | Ejaan | 11.01.2012 |
1) Bulan Ramadan atau bulan Ramadhan? 2) Redha atau reda? | Ejaan yang betul ialah Ramadan dan reda. | Ejaan | 20.02.2012 |
antara perkataan berikut yang mana betul? hadis @ hadith? redha @ reda? Mekah @ Makkah? saidina@sayidina? | JAWAPAN BETUL HADIS, REDA, SAYIDINA, MEKAH @ MAKKAH-KEDUA-DUANYA BOLEH DIGUNAKAN. | Ejaan | 09.08.2012 |