Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adj 1. jobless, berlebihan: if the plan is enforced, it would make 20 workers ~, jika rancangan ini dilaksanakan, akan menyebabkan 20 orang pekerja yg berlebihan; 2. unnecesssary, tdk diperlukan: there’s too much ~ detail in your account, terlalu banyak keterangan yg tdk diperlukan dlm cerita kamu. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata redundant


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penjelasan tuan tentang "perdagangan" dan "pemerdaganan" bermaksud tidak ada bezanya penggunaan kedua-dua perkataan tersebut? Ia hanya kata terbitan yang redundant(tambahan ulangan)? Adakah ini bermakna perdagangan manusia atau pemerdagangan manusia sama sahaja maksudnya?Pemerdagangan ialah terjemahan bahasa Melayu bagi padanan bahasa Inggeris commercialization yang bermaksud perihal memperdagangkan atau menjadikan sesuatu barang, manusia dan lain-lain untuk dijual beli. Perdagangan ialah terjemahan bahasa Melayu perkataan bahasa Inggeris 'trade' yang bermaksud  perihal berdagang, urusan berniaga, perniagaan (biasanya antara negara). Walau bagaimanapun frasa pemerdagangan manusia atau perdagangan manusia, kedua-duanya adalah betul.Lain-lain10.04.2014
saya ingin bertanya dalam penulisan minit mesyuarat, apakah perkataan lain yang sesuai dgunakan selain "memaklumkan"? ini kerana saya merasakan perkataan "memaklumkan" berulang terlalu banyak dan menjadi redundant. sekian, terima kasih.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, definisi memaklumkan ialah 1. membuat maklum, men­jadikan maklum, memberitahukan, mengkha­barkan, menyatakan; 2. mengumumkan sesuatu (keputusan dll), menyatakan (perang dll), mengisytiharkan (kemerdekaan dll). Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua pula, definisi memaklumkan ialah memberitahukan; mengkhabarkan; menyatakan.

Oleh itu, sekiranya bersesuaian dengan konsep penulisan tuan, perkataan-perkataan ini boleh digunakan untuk menggantikan perkataan memaklumkan.

Lain-lain11.07.2019

Kembali ke atas