Selamat sejahtera, apakah maksud "refleks" menurut DBP? Mengapakah perkataan itu tiada entrinya dalam PRPM tetapi terdapat penggunaannya pada entri "sudut refleks"? Bolehkah perkataan "refleks" ini digunakan? Sekian, terima kasih. | Kata refleks ada terakam dalam Kamus Dewan Perdana (KDP) (DBP, 2020) dan penggunaannya adalah dalam bidang khusus terutamanya dalam bidang Perubatan (Pbt), dan olahannya adalah seperti yang berikut: refleks ريفليک س [re⋅fleks] Pbt n pergerakan yg tidak terkawal yg dicetuskan oleh sst rangsangan dr dalam atau pd permukaan tubuh, mis batuk, lutut tersentak apb diketuk, atau tangan ditarik apb terkena benda panas. | Lain-lain | 23.06.2021 |
Nombor matriks mahasiswa atau nombor matrik mahasiswa. | Frasa yang betul ialah 'kad matriks mahasiswa'. Ini kerana penulisan huruf gugus konsonan di akhir kata (atau akhir suku kata)bagi kata yang diterima gugus konsonan -x akan menjadi -ks, maka matrix akan menjadi matriks. Contoh lain seperti complex menjadi kompleks, reflex menjadi refleks dan duplex menjadi dupleks. | Istilah | 23.09.2014 |