REGULATORY | KAWAL SELIA | Istilah | 26.10.2010 |
Bolehkah perkataan/jawatan "Chief Regulatory Officer" diterjemahkan kepada "Ketua Pegawai Regulatori"? Pihak kami menggunakan padanan terjemahan "Kawal Selia" atau "Pengawalseliaan" selama ini untuk perkataan "Regulatory" atau "Regulation". | Terjemahan yang sesuai bagi perkataan/jawatan "Chief Regulatory Officer" ialah Ketua Pegawai Kawal Selia | Makna | 03.03.2017 |
Saya mohon penjelasa untuk maksud perkataan di bawah dalam Bahasa Melayu 1.Chief Regulatory Officer 2.Supervision Apakah maksud perkataan yang paling sesuai untuk Regulatory. Terima Kasih | Padanan yang dicadangkan untuk Chief Regulatory Officer ialah Ketua Pegawai Pengawal Seliaan. Maksud "supervision" ialah penyeliaan/pengawasan | Makna | 23.02.2017 |
Postal Regulatory Issue | Isu kawal selia pos | Lain-lain | 06.02.2007 |
Saya ingin mendapatkan perkataan Bahasa Malaysia untuk: a) regulatory convergence; b) energy layout; dan c) electric smart grids. Terima kasih | Padanan bagi frasa: a) regulatory convergence; b) energy layout; dan c) electric smart grids tidak ada dalam sumber rujukan kami. Agak sukar untuk kami memberikan cadangan terjemahan kerana tidak mengetahui bidang penggunaannya. Kami berusaha juga untuk menyuaipadankan dengan kata/istilah yang ada, malangnya tidak sesuai. Contohnya: energy layout - energy bermaksud tenaga, manakala terjemahan lay out ialah reka letak atau susun atur. Jika digandingkan kedua-dua terjemahan ini menjadi 'reka letak tenaga', tetapi frasa ini tidak membawa apa-apa maksud yang boleh difahami. Harap pihak saudara dapat menghubungi kami semula untuk perbincangan lanjut. | Istilah | 29.03.2011 |
Dalam dokumen rasmi kerajaan perlukah perkara berikut di-italic kan atau tidak? 1. Nama projek atau inisiatif dalam KKM : Online Healthcare Services Regulatory Lab 2. Nama dokumen garis panduan yang dikeluarkan oleh KKM : Guideline for Online Healthcare Services In the Ministry of Health Regulatory Lab 3. Nama dokumen seperti di (2) yang telah dipendekkan : OHS RegLab Guideline 4. Nama jawatankuasa atau majlis dalam KKM : Jawatankuasa Technical Working Group Online Healthcare Services, Malaysian Medical Council 5. Singkatan bagi nama khas, contohnya nama majlis dalam Bahasa Inggeris: a. MMC (iaitu kependekkan bagi Malaysian Medical Council). b. Nama dokumen, contohnya Dokumen Terma dan Syarat (terms and conditions): Dokumen T&C. Terima kasih | Merujuk Gaya Dewan halaman 83, terdapat beberapa keadaan yang membolehkan penggunaan italik. Antaranya, judul karya seni dan penerbitan, nama sains, karya undang-undang kata atau ayat dalam bahasa asing, singkatan judul katalog karya yang diterbitkan, kenyataan sambungan bahan penulisan, nama khas objek khusus dan arahan pentas atau drama. Penggunaan italik hanya digunakan apabila perkataan tersebut tiada terjemahkan dalam bahasa Melayu. Penggunaan bahasa asing yang mesti diitalikkan ialah jika dalam satu baris ayat itu terdapat percampuran penggunaan bahasa antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan bahasa lain. Dalam keadaan tertentu juga jika ada bahasa Melayunya maka hendaklah kita menggunakan bahasa Melayunya dan jangan pula diitalikkan perkataan bahasa asingnya tanpa terlebih dahulu berusaha mencari padanannya dalam bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.09.2022 |
Salam sejahtera, Bolehkah "Stock Exchange Regulatory Authority" diterjemahkan sebagai "Jawatankuasa Pengawalseliaan Bursa Saham"? Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih. | Cadangan terjemahan tersebut boleh digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.01.2018 |
Apakah perkataan Bahasa Malaysia yang terbaik untuk terjemahan perkataan "Statutory and regulatory requirements' yang terdapat didalam Malaysian Standard ISO9001:2008 | Cadangan terjemahan ialah "Keperluan undang-undang dan peraturan". | Penyemakan dan penterjemahan | 03.11.2015 |
Salam sejahtera, Bolehkah "Archer policy" diterjemahkan sebagai "Dasar Archer"? Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Contoh ayat: RSA ArcherĀ® Policy Program Management provides the framework to help organizations establish a scalable and flexible environment to manage corporate and regulatory policies and ensure alignment with compliance obligations. This includes documentation of policies and standards, assigning ownership and mapping policies to key business areas and objectives. Sumber: https://community.rsa.com/docs/DOC-32957 Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih. | Menurut carian kami, ARCHER merupakan kata nama khas yang mempunyai tanda R. Ejaan nama tersebut dikekalkan. Penggunaan Dasar Archer boleh digunakan bagi padanan Archer Policy. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.01.2018 |
Salam, Saya ingin bertanya bagaimana untuk alih bahasa bagi nama bahagian kami ke bahasa inggeris dengan betul dan tepat. BAHAGIAN KAWAL SELIA RADIASI PERUBATAN. Terima kasih | DBP tidak mempunyai khidmat terjemahan kepada bahasa Inggeris dan tidak boleh memberikan pengesahan untuk bahasa Inggeris. DBP hanya boleh membantu memberikan padanan istilah bahasa Inggeris untuk perkataan yang terdapat dalam pangkalan data istilah DBP. bahagian - division/section kawal selia - regulatory radiasi - radiation perubatan - medical
| Penyemakan dan penterjemahan | 13.08.2016 |