Kenapa perkataan yang betul ialah istirahat sedangkan perkataan asal diambil daripada rehat-berehat. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan istirahat berasal daripada kata Arab yang bermaksud rehat. Ia bukan terbit daripada kata dasar rehat dan tidak ada istilah istirehat dalam bahasa Melayu. | Ejaan | 28.04.2020 |
Kami meneruskan pendakian Gunung Kinabalu setelah sejam berhenti rehat. (i) Pendakian Gunung Kinabalu diteruskan setelah sejam kami berhenti rehat. (ii) Setelah sejam berehat kami teruskan pendakian Gunung Kinabalu. Tuan, ayat yang manakah betul setelah dipasifkan?Trm ksh. | Salam sejahtera, Ayat pasif bagi ayat di atas ialah: Pendakian Gunung Kinabalu kami teruskan setelah sejam berhenti rehat. Sila dapatkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 18.09.2017 |
Apakah tanda baca bagi ayat berikut? Ring...loceng rehat berbunyi. | Ring, loceng rehat berbunyi. | Lain-lain | 28.02.2007 |
Kami meneruskan pendakian Gunung Kinabalu setelah sejam berhenti rehat. (i) Pendakian Gunung Kinabalu diteruskan setelah sejam kami berhenti rehat. (ii) Setelah sejam berehat kami teruskan pendakian Gunung Kinabalu. Tuan, ayat yang manakah betul setelah dipasifkan?Trm ksh. |
| Tatabahasa | 08.09.2017 |
Dimaklumkan bahawa cuti rehat puan di luar negeri di Qatar telah diluluskan. Soalan-mohon baiki ayat ini. Tk | Ayat yang betul ialah cuti rehat puan telah diluluskan. | Lain-lain | 01.11.2010 |
Salam, apakah istilah yang betul bagi R & R? Adakah 'Rehat dan Rawat? Terima kasih. | R & R merupakan singkatan bagi Rehat dan Rawat. | Tatabahasa | 14.05.2013 |
Sila semak ayat berikut. Ayat yang manakah betul? *Sekarang tibalah masa untuk mereka rehat dan tidur. *Sekarang tiba masanya untuk mereka rehat dan tidur. | Menurut data kami, kedua-dua ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 13.01.2017 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mohon pencerahan tuan untuk menyemak ayat berikut yang mana lebih sesuai digunakan:- a)semakan mendapati, pegawai telah telah mengambil cuti rehat melebihi kelayakan atau b)semakan didapati, pegawai telah telah mengambil cuti rehat melebihi kelayakan | Ayat yang lebih sesuai dicadangkan, "Hasil daripada semakan, didapati pegawai telah mengambil cuti rehat melebihi kelayakan. | Tatabahasa | 26.04.2018 |
Elina menjual buah-buahan potong di kantin pada waktu rehat. Adakah perkataan buah-buahan potong itu salah? Apakah perkataan yang betul? | Salam sejahtera, Jawapan yang betul ialah Elina menjual buah-buahan yang dipotong-potong di kantin pada waktu rehat. | Tatabahasa | 14.05.2020 |
Assalamualaikum. 1. Dalam Kamus Dewan perkataan REHAT dan RAHAT boleh digunakan. Tetapi kenapa tidak boleh digunakan untuk perkataan ISTIREHAT dan yang disarankan ialah ISTIRAHAT. 2.Perkataan ISI PADU dijarakkan dan kenapa ISIRUNG dieja rapat? 3. Bagaimanakah untuk mengenal sesuatu perkataan itu dieja rapat atau jarak bagi dua kata dasar. Contohnya LALU LINTAS, JURUAZAN,JURUDALAM, TEMU BUAL, TEMU DUGA dan sebagainya. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan istirahat berasal daripada kata Arab yang bermaksud rehat. Ia bukan terbit daripada kata dasar rehat dan tidak ada istilah istirehat dalam bahasa Melayu. Kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna. Kata majmuk yang mantap sahaja dieja dua perkataan, iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan. Walau bagaimanapun, bagi perkataan yang tidak boleh berdiri sendiri (yang tidak mempunyai maksud) seperti rung dan juru, kata majmuk dieja rapat. | Tatabahasa | 08.07.2014 |