Salam, mohon penjelasan. Perkataan " reka bentuk" ditulis terpisah, jika perkataan ini dijadikan judul/tajuk bagaimana ia ditulis (capital letter keduanya atau tidak). Contohnya: 'Perancangan Reka Bentuk dan Pembangunan' atau 'Perancangan Reka bentuk dan Pembangunan'. TERIMA KASIH :) | Sekiranya perkataan reka bentuk dijadikan judul, kedua-dua huruf awal dieja dengan huruf besar seperti "Perancangan Reka Bentuk dan Pembangunan". | Tatabahasa | 29.10.2013 |
Saya ingin makluman mengenai status penerbitan manuskrip saya bertajuk 'reka bentuk perindustrian: Realisasi projek reka bentuk automotif secara praktikal' Rujukan DBP/428/100-1/1/1/90 K.11(123). | Salam tuan budiman, manuskrip bertajuk 'reka bentuk perindustrian: Realisasi projek reka bentuk automotif secara praktikal' telah selesai disunting, dan telah diemelkan kepada penulis untuk semakan dan pengesahan penulis. Sebarang pertanyaa berhubung perkara di atas, bolehlah menghubungi: Puan Raba’ah Jaffar, Penolong Editor, Bahagian Buku Umum melalui talian telefon 03-21479429 atau e-mel rabaah@dbp.gov.my | Lain-lain | 03.12.2019 |
Yang manakah antara 2 perkataan berikut merupakan ejaan yang betul:- Rekabentuk atau Reka Bentuk | Ejaan yang tepat ialah reka bentuk. | Lain-lain | 13.07.2010 |
Istilah DBP untuk Green Graphic Design atau Green Design | Istilah tersebut boleh diterjemah secara literal iaitu, Reka Bentuk Grafik Hijau dan Reka Bentuk Hijau | Penyemakan dan penterjemahan | 26.06.2018 |
Mohon kepastian ejaan perkataan berikut , mana yang betul : rekabentuk atau reka bentuk | Ejaan yang betul ialah reka bentuk. | Ejaan | 15.05.2012 |
hubungkait:sepatutnya hubung kait ke (2 patah perkataan)rekabentuk : reka bentuk tanggungjawab: tanggung-jawab? betul ke | Ejaan yang betul:1. hubung kait 2. reka bentuk 3. tanggungjawab | Ejaan | 22.11.2002 |
Apakah penggunaan yang betul dalam ayat di bawah? 1. Di antara bahagian yang akan mereka lawati ialah Bahagian Jawi, Majalah, dan Reka Bentuk. 2. Antara bahagian yang akan mereka lawati ialah Bahagian Jawi, Majalah, dan Reka Bentuk. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul ialah “ Antara bahagian yang akan mereka lawati ialah Bahagian Jawi, Majalah, dan Reka Bentuk.” | Tatabahasa | 25.03.2014 |
Reka bentuk, mempunyai jarak atau tidak? Bagaimana pula dengan mereka bentuk? tolong jelaskan dari aspek jarak ini. Saya musykil. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah reka bentuk, mereka bentuk. Perkataan yang mempunyai makna tersendiri hendaklah dieja jauh kecuali 15 kata majmuk yang telah mantap. Antaranya ialah seruhanjaya, setiausaha, olahraga, warganegara, antarabangsa, tanggungjawa, kakitangan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 29.04.2009 |
alan : Ayat mana yang betul ? a) Melalui penahapan kemahiran dan eksplorasi minda dalam menghasilkan rekaan berasaskan buah sena, pelbagai reka bentuk barang kemas yang unik dan eksklusif telah dapat dihasilkan. ATAU b)Penahapan kemahiran dan eksplorasi minda dalam menghasilkan rekaan berasaskan buah sena telah menjelmakan pelbagai reka bentuk barang kemas yang unik dan eksklusif. | Ayat yang betul. a) Melalui penahapan kemahiran dan eksplorasi minda dalam menghasilkan rekaan berasaskan buah sena, pelbagai reka bentuk barang kemas yang unik dan eksklusif dapat dihasilkan. | Tatabahasa | 25.08.2014 |
Bolehkah "artwork" dalam Bahasa Inggeris di terjemah sebagai "seni kerja" dalam Bahasa Malaysia? "Reka bentuk" dan "seni kerja" adakah perkataan tersebut dieja sebagai satu perkataan atau diasingkan? | 'art work' boleh diterjemahkan kepada seni kerja. Ejaan reka bentuk dan seni kerja ditulis dalam dua perkataan. | Tatabahasa | 15.01.2011 |