| alan : Ayat mana yang betul ? a) Melalui penahapan kemahiran dan eksplorasi minda dalam menghasilkan rekaan berasaskan buah sena, pelbagai reka bentuk barang kemas yang unik dan eksklusif telah dapat dihasilkan. ATAU b)Penahapan kemahiran dan eksplorasi minda dalam menghasilkan rekaan berasaskan buah sena telah menjelmakan pelbagai reka bentuk barang kemas yang unik dan eksklusif. | Ayat yang betul. a) Melalui penahapan kemahiran dan eksplorasi minda dalam menghasilkan rekaan berasaskan buah sena, pelbagai reka bentuk barang kemas yang unik dan eksklusif dapat dihasilkan. | Tatabahasa | 25.08.2014 |
| Ayat mana yang betul ? a) Melalui pengtahapan kemahiran dan eksplorasi minda dalam menghasilkan rekaan berasaskan buah sena, pelbagai reka bentuk barang kemas yang unik dan eksklusif telah dapat dihasilkan. ATAU b)Pengtahapan kemahiran dan eksplorasi minda dalam menghasilkan rekaan berasaskan buah sena telah menjelmakan pelbagai reka bentuk barang kemas yang unik dan eksklusif. | Terdapat kesalahan ejaan (tiada perkataan tersebut dalam Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat) iaitu "pengtahapan". Sila betulkan perkataan tersebut terlebih dahulu supaya kami dapat memberi jawapan yang tepat. | Ejaan | 20.08.2014 |
| Ejaan 'KONVOKESYEN' untuk rekaan kulit buku boleh atau tidak di reka bentuk dengan perkataan 'Konvo' dan 'kesyen' dipisahkan dalam dua baris tanpa kata pemisah. Jika boleh kenapa? dan jika tidak boleh mengapa? | Ejaan yang betul ialah "Konvokesyen" dan itulah jawapannya. Jika ditulis dalam dua baris berbeza hendaklah ada tanda sempang yang memisahkannya. | Ejaan | 14.06.2011 |
| Apakah terjemahan untuk '...breathable design'? Adakah rekaan boleh nafas diterima? | Tidak ada maklumat tentang breathable design dalam pangkalan data kami. Design diterjemahkan kepada reka bentuk dan breathable ialah nafas/bernafas atau udara bergantung pada konsep penggunaannya. Sila maklumkan kepada kami konsep breathable design untuk kami mencadangkan terjemahan yang sesuai. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.10.2017 |