makna perkataan rekayasa | Rekayasa bermaksud penerapan unsur-unsur ilmu, budaya, dsb dlm perancangan, mekanisme kerja, dll sbg asas melaksanakan sesuatu. | Istilah | 05.01.2009 |
Saya masih kurang jelas dengan erti perkataan 'rekayasa' dan tidak yakin untuk menggunakannya takut-takut berlaku "malapropism". Harap pihak tuan dapat memberikan beberapa contoh ayat yang menggunakan perkataan rekayasa. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, rekayasa ialah penerapan unsur-unsur ilmu, budaya, dan sebagainya dalam perancangan, mekanisme kerja, dan lain-lain sebagai asas melaksanakan sesuatu. Contoh ayat: DBP harus lebih serius merekayasa bahasa Melayu di semua sektor, terutama sektor swasta. | Makna | 16.06.2009 |
Apakah padanan rekayasa dalam bahasa Inggeris? | Padanan rekayasa dalam bahasa Inggeris ialah engineered. | Istilah | 02.05.2017 |
saya ingin mengetahui makna perkataan "perkayasaan" | Tiada perkataan perkayasaan tetapi perekayasaan yang bermaksud proses merekayasa. Rekayasa ialah penerapan unsur-unsur ilmu, budaya, dsb dlm perancangan, mekanisme kerja, dll sbg asas melaksanakan sesuatu. | Makna | 01.03.2007 |
apa maksud merekayasa dan bagaimana ianya digunakan untuk membuat ayat yang mudah difahami. terima kasih | Merekayasa bermaksud melakukan rekayasa, iaitu menerapkan unsur-unsur ilmu, budaya, dan sebagainya dalam perancangan, mekanisme kerja, dan lain-lain sebagai asas melaksanakan sesuatu. | Tatabahasa | 28.07.2011 |
mohon pertanyaan bagi maksud perkataan dan penggunaan ayat yang betul bagi perkataan Perekayasaan. | Rekayasa ialah penerapan unsur-unsur ilmu, budaya dan sebagainya dalam perancangan, mekanisme kerja sebagai asas melaksanakan sesuatu. Perekayasaan yang bermaksud proses menerapkan unsur-unsur ilmu, budaya dan sebagainya dalam perancangan, mekanisme kerja, sebagai asas melaksanakan sesuatu, contoh ayat DBP akan mengusahakan kegiatan kebahasaan melalui perekayasaan bahasa ilmiah dan kreatif serta penerbitan. | Istilah | 25.08.2014 |
Assalam.... saya cuba mencari terjemahan bagi perkataan 'marshaling' tapi tidak berjumpa. Maksud 'marshaling' adalah....... The marshaling phase involves assembling resources to bring the venture into existence. At the end of the planning phase, the business is only “on paper” or in the mind of the entrepreneur. To bring the business into existence, the entrepreneur gathers (marshals) necessary resources such as capital, labor, customers, and suppliers without which the venture cannot exist or sustain itself. Saya amat berharap pihak tuan dapat mencadangkan terjemahan yang sesuai untuk 'marshaling'. Terima kasih. | Menerusi pengamatan kami perkataan "marshalling" ada unsur maksud gabung, susun, atur dan ubah suai pelbagai faktor yang menghasilkan kejayaan atau keuntungan. Kami mencadangkan perkataan merekayasa yang mempunyai maksud hampir sama. Merekayasa bermaksud melakukan rekayasa, iaitu menerapkan unsur-unsur ilmu, budaya, dan sebagainya dalam perancangan, mekanisme kerja, dan lain-lain sebagai asas melaksanakan sesuatu. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.11.2015 |