apakah pemenggalan suku kata yang betul untuk perkataan "rekreasi"? terima kasih. | Pemenggalan suku kata bagi perkataan rekreasi ialah KV-KKV-V-KV | Tatabahasa | 13.01.2019 |
Adakah perkataan rekreasi boleh dimasukkan dalam golongan kata nama tunggal | Kata nama tunggal ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja, dan perkataan yang demikian boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan lengkap dan menjadi inti pada frasa nama. Contohnya tudung, wanita, bumi dan lain-lain. Oleh itu, perkataan rekreasi adalah tergolong dalam kata nama tunggal. | Tatabahasa | 01.04.2010 |
Assalaamu'alaikum 1.Adakah ayat berikut betul? Murid-murid, saya harap kamu membuat bayaran untuk lawatan Taman Rekreasi Teruntum. 2.Saya ingin mengetahui adakah penggunaan perkataan 'membuat' dalam ayat tersebut tepat? 3.Apakah perbezaan dari segi maksud sekiranya saya gantikan dengan perkataan 'buat' sahaja. 4. Perlukah diletakkan perkataan 'ke' sebelum kata nama khas Taman Rekreasi Teruntum? Terima kasih atas maklum balas. Wassalam. | 1. Murid-murid, saya harap kamu dapat menjelaskan bayaran untuk lawatan ke Taman Rekreasi Teruntum. 2&3. Telah digantikan dengan perkataan menjelaskan. 4. Kata sendi nama "ke" hadir sebelum kata nama yang menunjukkan tempat.
| Tatabahasa | 05.04.2014 |
Apakah padanan kata "splash pad" dalam bahasa Melayu? "Splash pad" merupakan kawasan rekreasi dengan pancutan/semburan air (biasanya dari lantai) yang tidak bertakung yang sesuai untuk kanak-kanak bermain. Terima kasih. | Menurut data kami, tiada istilah khusus bagi "splash pad" dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, cadangan padanan yang sesuai bagi "splash pad" ialah "Kawasan percikan air rekreasi" | Istilah | 25.01.2017 |
1. Lalu lintas di kawasan rekreasi itu sesak kerana para pekerja sedang memperlebarkan jalan raya di kawasan itu. . 2. Walaupun tidur bertilamkan dengan surat khabar lama di kaki lima itu, namun pengemis itu kelihatan amat lena. 3. Selama tiga jam kami membincangkan tentang masalah itu di bilik mesyuarat utama. 4. Lukisan-lukisan yang sedang dipamerkan di galeri itu cantik-cantik belaka. 5. Dia senyum lebar kepada saya setelah mendengar berita yang menggembirakan itu. 6. Semasa bertemu dengan Mak Cik Salmah, kami ada bertanyakan tentang khabar Pak Cik Salleh. 7. Murid itu akan dikenakan denda kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberikan kepada guru pada semester baru-baru ini. 8. Semua murid-murid mesti berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. 9. Tuanku berkata,"Beta berharap agar rakyat di negara ini dapat mematuhi undang-undang yang dimaktubkan". 10. Walaupun ruang udara kita tidak diancam oleh jerebu, oleh itu kesedaran yang berterusan tentang kepentingan memelihara alam sekitar perlu terus dijadikan amalan. BOLEH TUAN MENYEMAK SAMA ADA AYAT DI ATAS ADALAH BETUL | 1. Lalu lintas di kawasan rekreasi itu sesak kerana kerja memperlebar jalan raya di kawasan itu sedang dijalankan. 2. Walaupun tidur bertilamkan surat khabar lama di kaki lima itu, namun pengemis itu kelihatan amat lena. 3. Selama tiga jam kami membincangkan masalah itu di dalam bilik mesyuarat utama. 4. Lukisan yang sedang dipamerkan di galeri itu cantik belaka. 5. Dia tersenyum lebar kepada saya setelah mendengar berita yang menggembirakan itu. 6. Semasa bertemu Mak Cik Salmah, kami ada bertanyakan habar Pak Cik Salleh. 7. Murid itu akan dikenakan denda kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru pada penggal ini. 8. Semua murid mesti berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. 9. Tuanku berkata,"Beta berharap rakyat di negara ini dapat mematuhi undang-undang yang termaktub". 10. Walaupun ruang udara kita tidak dicemari jerebu, amalan memelihara alam sekitar perlu diteruskan. | Tatabahasa | 07.05.2020 |
(i) Mereka bercucuk tanam di lembah bukit yang curam itu. (ii) Kawasan rekreasi itu terletak di lembah Gunung Korbu. Soalan: Mengikut jawaban buku, penggunaan perkataan "lembah" dalam kedua-dua ayat di atas adalah salah. Jadi apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan perkataan "lembah" dalam kedua-dua ayat itu. | Untuk makluman, lembah bermaksud: 1. Tanah rendah (di perkakian gunung atau bukit), tanah pamah (di kiri kanan sungai). 2. (Kiasan) jurang kehidupan, tempat yg paling rendah atau hina, berlembah ada atau terdapat lembah (berkenaan tanah). Berdasarkan maksud lembah tersebut, ayat yang tuan/puan kemukakan tidak ada kesalahan jika perkataan lembah digunakan. (i) Mereka bercucuk tanam di lembah bukit yang curam itu. (ii) Kawasan rekreasi itu terletak di lembah Gunung Korbu. | Makna | 02.11.2015 |
Adakah terjemahan bagi 'hill park' adalah 'taman bukit' atau 'bukit rekreasi'? | Terjemahan yang dicadangkan untuk "hill park" ialah taman bukit. | Istilah | 07.09.2016 |
Tolong betulkan ayat ini: Perspektif Perancangan yang ulung kali diterbitkan memberi pengetahuan daripada aspek asas konsep perancangan bandar dan perumahan sehinggalah kepada perkara-perkara yang lebih khusus seperti rekreasi, hutan bandar, taman bandar, pengangkutan, GIS sehinggalah kepada aspek hakisan tanah dan pemuliharaan bandar | Ayat yang betul ialah 'Perspektif Perancangan yang ulung kali diterbitkan memberikan pengetahuan mengenai aspek asas konsep perancangan bandar dan perumahan sehinggalah kepada perkara-perkara yang lebih khusus seperti rekreasi, hutan bandar, taman bandar, pengangkutan, GIS sehinggalah kepada aspek hakisan tanah dan pemuliharaan bandar.' | Tatabahasa | 13.09.2007 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya sama ada ayat-ayat di bawah terdapat kesilapan tatabahasa. 1. Beberapa orang wanita berbual-bual sambil duduk di atas kerusi. 2. Beberapa orang budak lelaki menunggang basikal di sekeliling taman rekreasi. 3. Aku juga berkenalan kawan-kawan lain. Terima kasih atas khidmat nasihat yang diberi. | 1. Beberapa orang wanita berbual-bual sambil duduk di atas kerusi. 2. Beberapa orang budak lelaki menunggang basikal di sekeliling taman rekreasi. 3. Aku juga berkenalan kawan-kawan lain. Ayat no. 1 dan no. 2 betul. Ayat no.3 : Aku berkenalan dengan kawan-kawan baru. | Tatabahasa | 28.04.2011 |
Brandon Chee Saya minta Maaf , saya ingin mencari balik Rakan Rakan expedisi yang mengikuti DBP pada tahun 1994, ini merupakan expedisi yang bersejarah untuk Mengiat rekreasi. Dari Chee Hon Loong - ecology researcher | Khidmat Nasihat DBP tidak mempunyai maklumat tentang perkara yang tersebut. | Lain-lain | 19.12.2016 |