Selamat pagi puan, Adakah ayat berikut ayat majmuk pancangan relative ? - Jefri murid yang rajin. Terima kasih. | Jefri murid yang rajin ialah ayat majmuk pancangan relatif yang ditandai dengan kata hubung "yang". | Tatabahasa | 09.04.2013 |
Klinik Kesihatan Kampung Labu, Jerantut, Pahang dalam ejaan jawi | Klinik Kesihatan Kampung Labu, Jerantut, Pahang. relative;"> کلينيک کصيحتن کامڤوڠ لابو, جرنتوت, ڤهڠ. | Ejaan | 15.01.2021 |
Perkataan "berlepak-lepak" ada maksud tak? | Perkataan "berlepak-lepak" ialah bahasa basahan/percakapan yang merujuk perbuatan menghabiskan masa dengan duduk-duduk tanpa melakukan kegiatan yang berfaedah. relative ; margin-top: -2px; margin-bottom: -2px; resize: none; font-family: inherit; overflow: hidden; width: 270px; white-space: pre-wrap; overflow-wrap: break-word; color: #202124;"> | Makna | 22.03.2022 |
Selamat pagi, tuan /puan. Saya ingin menanyakan tentang perkataan "dompet". Adakah wujud ejaan "beg dompet"? Mohon penjelasan pihak DBP. Terima kasih. | relative;"> Ya, ada. Definisi : /dompét/ bekas duit drpd kulit (plastik dll): Dia mengeluarkan duit dr ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) | | | Ejaan | 28.07.2020 |
1) Adakah penggunaan kata pemeri selepas "yang" dalam klausa relatif seperti yang berikut gramatis? a) Orang yang adalah pandai itu sedang membaca buku. b) Orang yang ialah pensyarah itu sedang membaca buku. 2) Adakah "merupakan" sejenis kata pemeri ataupun kata kerja? 3) Jika ia ialah kata pemeri, adakah binaan yang berikut gramatis? a) Dia yang merupakan pensyarah itu sedang membaca buku. 4) Kata pemeri yang manakah digunakan sebelum "bahawa", "yang" dan "untuk" dalam binaan yang berikut? a) Akuan beliau (ialah/adalah) yang ini. b) Akuan beliau (ialah/adalah) bahawa beliau bersalah. c) Akuan beliau (ialah/adalah) untuk orang ramai mengetahui. 5) Bolehkah "yang" digunakan dalam binaan yang berikut sebagai kata hubung pancangan komplemen seperti "bahawa" dan "untuk"? a) Beliau mengakui yang beliau bersalah. | 1. "Yang" ialah kata hubung relative dan penggunaannya dalam ayat tersebut tidak gramatis. Kata pemeri "ialah" dan "adalah", dan bukan kata lain seperti yang atau merupakan. 2. "Merupakan " ialah Kata kerja, dan binaan ayat tersebut tidak gramatis. 4. Ayat tersebut tidak gramatis dan boleh diubah menjadi: Beliau memperakukan perkara ini, Dia mengaku bersalah, dan ayat ketiga tidak jelas maksudnya, kami menganggap ayat tersebut sama seperti ayat pertama. 5. Ayat yang betul, Dia mengaku bersalah. Beliau ialah kata ganti nama diri ketiga untuk orang yang dihormati, dan pesalah bukanlah orang yang dihormati. Untuk membina ayat menggunakan kata hubung "bahawa" dan "yang", sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 01.12.2014 |
Boleh saya tahu macam mana untuk saya dapatkan bahan rujukan untuk dialek contoh seperti kamus dialek. Saya memerlukan untuk dialek kelantan | Salam sejahtera, Untuk makluman, buku terbitan DBP boleh dibeli di kedai buku, wakil penjual, ujana DBP dan melalui portal DBP. Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti berikut: •Anjung DBP – 03 2147 9597 / 03 2147 9598 •Kompleks DBP Hulu Kelang – 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp) •DBP Cawangan Sarawak – 082 227000 / 019 8768358 •DBP Cawangan Sabah – 088 439317 / 010 9425569 •DBP Wilayah Timur – 09 7414918 / 014 9180092 atau klik pautan ini : https://dbpniaga.my// untuk makluman, kamus dialek tersebut ada dalam stok seperti lampiran. Untuk rujukan, boleh disemak melalui capaian http://pustakav2.dbp.gov.my/ atau ke perpustakaan DBP, iaitu: Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3, Menara DBP, 50460 Kuala Lumpur. No. Tel.: 03-2147 9660 relative; transition: all 0.6s ease 0s; transform-style: preserve-3d; backface-visibility: hidden;"> | Lain-lain | 10.03.2020 |