Soalan 1: Apakah istilah Bahasa Malaysia bagi istilah Bahasa Inggeris berikut: (1) inter-rater (2) intra-rater Jawapan Soalan 1: Sila kemukakan konteks penggunaan bagi istilah "inter-rater" dan"intra-rater" untuk pihak kami mencari padanan yang bersesuaian. Soalan 2: "inter-rater" dan "intra-rater" merujuk kepada "inter-rater reliability" dan "intra-rater reliability" dalam bidang statistik, di mana "reliability" ialah kebolehpercayaan. "inter-rater" adalah antara penilai, manakala "intra-rater" adalah "test-retest" pada penilai yang sama (sesama sendiri). | Cadangan awal padanan "intra-rater reliability" dan "inter-rater reliability" ialah "kebolehpercayaan penilai dalaman" dan "kebolehpercayaan penilai antara". Istilah ini akan diperhalusi dan jika ada maklumat terbaharu kami akan menghubungi tuan melalui e-mel yang didaftarkan. | Tatabahasa | 11.10.2018 |
Mencari alih bahasa sesuai untuk perkataan: 1. Corporate Service 2. Quality Assurance and reliability | 1. corporate service - perkhidmatan korporat 2. quality assurance and reliability - jaminan kualiti dan kebolehpercayaan | Istilah | 26.05.2011 |
Assalamulaikum Saya telah perkataan Composite Reliability di dalam bahasa Malaysia di carian kata, tetapi makna tersebut tiada di dalam arkib. Saya ingin memohon bantuan pihak DBP mencadangkan terjemahannya kedalam bahasa malaysia. Sekian Terima Kasih Sarina Ismail | Mengikut data DBP, perkataan composite diterjemahkan kepada komposit, manakala reliability pula diterjemahkan kepada ‘kebolehpercayaan’, maka kami mencadangkan terjemahan ‘kebolehpercayaan komposit’ . Sila berikan ayat penuh sekiranya cadangan terjemahan ini tidak sesuai konteks penggunaan yang puan perlukan. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.09.2014 |
Salam tuan, adakah 'kebolehpercayaan' suatu istilah yang diterimapakai? Boleh minta pencerahan? Saya dapati perkataan ini digunakan dengan berleluasa hatta dalam segmen berita di kaca televisyen sekalipun. | Perkataan kebolehpercayaan ialah padanan istilah reliability dan perkataan ini juga banyak digunakan dalam ungkapan umum. Untuk maklumat lanjut, layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kebolehpercayaan. | Tatabahasa | 15.09.2016 |