| Saudara, Tolong semak ejaan papan iklan saya yang akan letak di kedai saya. Remark: Bahasa Mandarin adalah terjemahan erti ayat melayu di atas Terima Kasih | 1. Besarkan saiz huruf: KEDAI BAHAN BAKERI 2. Sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila daftar akauan bagi pelanggan baharu untuk mendapatkan kata laluan. Klik Daftar iklan dan pilih jenis iklan - papan premis kedai. Rujuk tatacara seteresnya dalam laman web berkenaan. | Tatabahasa | 06.12.2017 |
| Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan khidmat nasihat pihak tuan/puan tentang beberapa padanan terjemahan berikut: (1) Caring for others is the top priority: Sifat penyayang terhadap orang lain diutamakan @ Sifat penyayang diberikan perhatian paling utama ? (2) “The Great Learning” (buku klasik konfusianisme tentang pemupukan nilai-nilai murni dsb) : Pengajian Agung @ Pengajian Besar @ Pembelajaran Agung? (3) A concrete embodiment of ancient Chinese philosopher’s concept : penjelmaan konkrit/kukuh konsep ahli falsafah China purba ? (4) A single remark makes a country prosper: Satu komen/teguran/sebuah ungkapan dapat membantu sesebuah negara berkembang maju ? (5) Influence others without preaching: Mempengaruhi orang lain tanpa bersyarah tentang ajaran? (memandangkan ‘berkhutbah’(preaching) hanya boleh digunakan dalam konteks agama Islam, bolehkah ‘preaching’ dalam ayat tersebut diterjemahkan menjadi “bersyarah tentang ajaran”? (6) has a complete image of the bamboo in his mind: wujudnya@timbulnya imejan yang lengkap tentang buluh dalam kepalanya@ fikirannya@ mindanya? (7) Parallel style: gaya sejajar @ selari (dalam konteks kesusasteraan) (8) Convey the spirit: menyebarkan semangat? Terima kasih. | Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk frasa yang dinyatakan: 1. Caring for others is the top priority: Sifat penyayang terhadap orang lain diutamakan 2. The Great Learning: Pengajian Agung/Pembelajaran Agung 3. A concrete embodiment of ancient Chinese philosopher’s concept: Penjelmaan kukuh konsep ahli falsafah China purba 4. A single remark makes a country prosper: Satu teguran kecil mampu mengubah kekayaan negara 5. Influence others without preaching: Mempengaruhi tanpa perlu berkata-kata 6. has a complete image of the bamboo in his mind: seseorang yang mempunyai strategi awal yang jelas dalam fikirannya Frasa ini merupakan simpulan bahasa (idiom). 7. Parallel style: Gaya sejajar/selari 8. Convey the spirit: Memberikan semangat Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Makna | 13.10.2021 |
| 1.MAKNA BARBED(RAZOR)2.MAKNA PICKLES DILLS.3.MAKNA VENTILATOR | Puan Suhaila terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Makna barbed - adj 1. berduri: ~ wire, /kawat, dawai/ berduri; 2. (fig.) tajam, pedas, menusuk hati: a ~ remark, kata-kata yg pedas. Makna pickles - adj 1. preserved in pickle, jeruk: ~ onion, bawang jeruk; 2. (colloq) drunk, mabuk: he would get ~ every night, dia mabuk setiap malam. Ventilator pula ialah - (alat) pengalih udara. | Makna | 10.12.2009 |
| Assalam. Apa beza makna "Happy" dan "Delighted" dalam Bahasa Melayu? Terima kasih membantu. | Dalam Kamus Inggeris- Melayu Dewan, happy bermaksud 1.(willing, glad), (berasa) gembira: we are ~ to be here, kami gembira berada di sini; we are ~ to be of service, kami gembira dapat menolong; (not reluctant) tidak keberatan: I'll be ~ to see you next Monday, saya tidak keberatan berjumpa dengan anda pada hari Isnin depan; 2. pleased, satisfied, puas hati: if you're not ~ with the present situation, why dont you do something about it, kalau kamu tidak puas hati dengan keadaan sekarang, mengapa kamu tidak membuat sesuatu tentangnya; 3. felicitous, kena pd tempatnya: that was not a very ~ remark, kata-kata itu tdk kena pd tempatnya; 4. (in greetings) selamat: H~ Birthday, Selamat Hari /Jadi, Lahir/; H~ New Year, Selamat Tahun Baru. Delighted pula bermaksud (berasa) gembira: the class was ~ to hear that they will be getting a new teacher, murid-murid kelas itu gembira kerana akan mendapat guru baru. Berdasarkan huraian di atas, happy mempunyai beberapa maksud, manakala delighted bermaksud gembira sahaja. | Makna | 07.09.2012 |