| makna meremit dalam bahasa melayu | Remit padanan dalam bahasa Melayu ialah mengirimkan, meringankan, dan menangguhkan. Tidak ada kata remit atau terbitan darinya dalam bahasa Melayu. | Makna | 11.12.2008 |
| perlukan dieja perkataan berikut dengan huruf besar 1) Kerajaan 2)Kerajaan Negeri 3) Bajet 2010 4) Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adakah diterima pakai perkataan "konsumpsi" apakah yang dimaksudkan dengan perkataan diremitkan | Untuk penggunaan secara umum, perkataan kerajaan, kerajaan negeri, cukai barangan dan perkhidmatan ditulis dengan huruf kecil, namun jika merujuk konteks khusus dan sebagai nama khas, perlu ditulis dengan huruf besar. Contohnya Kerajan Malaysia, Kerajaan Negeri Perak dll. Istilah bajet, konsumpsi dan diremitkan (remit) tidak diterima pakai dalam bahasa Melayu. Yang betul bagi padanan perkataan-perkataan tersebut dalam bahasa Melayu ialah belanjawan, penggunaan dan mengirimkan/meringankan/bidang kuasa. | Istilah | 05.05.2010 |