apakah maksud perkataan rempit yang terkini? adakah maksud-maksud rempit seperti yang dinyatakan pada http://rempitunited.my/info/definisi-rempit.html kesemuanya berdasarkan kamus dewan? terima kasih. | Dalam pangkalan data kami, rempit dilabelkan sebagai dialek Perak yang bermaksud menyebat dengan rotan dan lain-lain. Walau bagaimanpun tidak ada maklumat yang berkaitan dengan definisi lain yang diberikan oleh laman web tersebut. | Istilah | 02.05.2012 |
Penggunaan istilah 'samseng jalanan' yang rasmi? Istilah ini merujuk kepada golongan mana dan adakah 'mat rempit' termasuk dalam istilah ini atau istilah ini sememangnya dirujuk kepada 'mat rempit'? | Istilah samseng jalanan digunakan bagi menggantikan istilah mat rempit yang diberikan kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram. | Istilah | 22.03.2010 |
apakah definisi rempit? | Dalam Kamus Dewan edisi ke-4 merempit membawa maksud menyebat dgn rotan. | Tatabahasa | 11.09.2007 |
sy ingin tahu..maksud istilah 'mat rempit ' dan sipa yg mengutarakannya.. | Mat rempit atau lumba haram merujuk orang yang terlibat dalam kegiatan berlumba motosikal yang tidak dibenarkan dan di tempat laluan awam. Untuk maklumat perinci sila rujuk makalah yang berkaitan, terima kasih. | Istilah | 27.07.2009 |
1.Adakah penggunaan istilah rempit,bohsia,bohjan boleh digunakan dalam penulisan. 2.Adakah penggunaan penanda wacana JUSTERU boleh digunakan bagi mengantikan OLEH ITU?Merujuk Kamus dewan justeru bermaksud PADAHALsila jelask | 1. Boleh digunakan sebab telah diterima umum. 2. Boleh digunakan mengikut konteks | Lain-lain | 06.11.2006 |