Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.mu/] | رموق

Definisi : = ~-redam hancur (pecah) menjadi kecil-kecil, hancur luluh (larut), hancur berkecai-kecai: gelas itu dihempaskannya ke lantai, ~; kereta itu ~ di bahagian tepinya; ~ hati (perasaan) hancur luluh rasa hati, sedih sekali; meremukkan, meremuk-redamkan meng­­­­­­­­­­­­­­hancurkan, merosakkan: tekanan udara yg ~ dinding tin itu; berita sedih itu ~ hatinya; keremukan perihal atau keadaan remuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.mu/] | رموق

Definisi : , = ~-redam hancur menjadi kecil-kecil; hancur luluh; hancur berkecai. meremukkan, meremuk-redamkan menjadikan remuk; menghancurkan; merosakkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
remuk (adjektif)
Bersinonim dengan hancur, luluh, berkecai, bersepai, pecah-pecah, renyuk, ripuk, relai, rapun;,
Kata Terbitan : remuk-redam, meremukkan, meremuk-redamkan,

Puisi
 

Kalau hendak main keriku,
     Kaca remuk dalam puan;
Kalau tidak jadi di situ,
     Hati remuk kerana tuan.


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, apakah perbezaan penggunaan tiga titik "..." dengan empat titik "...." seperti dalam ayat di bawah ini? "Remuk hatinya apabila..." dengan "Remuk hatinya apabila ...."?. Bilakah kita perlu menggunakan tiga titik dengan empat titik tersebut?. Terima kasih.

Tiga titik dikenali sebagai elipsis, iaitu yang menunjukkan pengguguran bahagian teks, khususnya petikan, sama ada di bahagian awal, bahagian tengah, atau bahagian akhir sesuatu ayat atau teks, contohnya:

a) . . . bahawa kita menemui perbezaan asas antara semangat kapitalis dengan prakapitalis.

b) Bahasa Melayu menghadapi masa depan yang amat cerah . . . menghasilkan murid-murid yang mendapat pendidikan seluruhnya dalam bahasa Melayu.

3c) . . . dan memberinya rezeki dengan tidak disangka-sangkanya  . . .

Selain itu, elipsis menunjukkan sesuatu yang bersambung, contohnya: 1,2,3, . . .

Hal ini bermakna tiada empat titik, yang ada ialah elipsis iaitu tiga titik.

 

Lain-lain01.12.2011
Rumah banglo ____akibat kejadian tanah runtuh. Berdasarkan soalan...kalau saya letakkan perkataan "remuk", adakah ia sesuai bagi ayat tersebut?Sekian,terima kasih.Remuk bermaksud hancur menjadi kecil-kecil atau hancur berkecai lazimnya digunakan bagi barang barangan kecil dan sederhana seperti gelas dan kereta. Perkataan remuk tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa22.03.2012
tuan 1. ada pihak yang menganggap bahawa hukuman yang dijatuhkan kepadanya tidak setimpal dengan kesalahannya. (kepadanya adalah salah..adakah ini betu? 2. bahagian hadapan rumah itu remuk apabila dirempuh oleh bas. ( tuan, bolehkah remuk digunakan ? kalau tak bboleh, apakah kosa kata yang sesuai dignakan?) 3. Majlis sebulat-bulat suara membuat keputusan untuk membantah cadangan kerajaan itu.( sebulat-bulat adalah salah..tuan, mengapa?) 4. mereka kurang senang dengan peraturan baharu yang diputuskan oleh pihak berkuasa tempatan. ( diputuskan adalah salah, tuan...mengapa?) 5. sasterawan itu tidak hadir ke majlis pemberian anugerah itu kerana dia sakit. ( tuan, pemberian adalah salah..mengapa?) 6. tuan.. terima kasih bersungguh-sungguh atas bantuan tuan kepada saya.

1. Ada pihak yang menganggap bahawa hukuman yang dijatuhkan tidak setimpal dengan kesalahannya. - ayat yang lengkap ialah ... dijatuhkan oleh hakim ... (ayat pasif kepada ... hakim menjatuhkan ...

2. Bahagian hadapan rumah itu roboh/rosak teruk/musnah apabila dirempuh oleh bas. - remuk bermaksud hancur berkecai seperti kaca 

3. Majlis sebulat suara membuat keputusan untuk membantah cadangan kerajaan itu. - bulat-bulat bermaksud berbentuk bulat  

4. Mereka kurang senang dengan peraturan baharu yang diputuskan oleh pihak berkuasa tempatan. - peraturan yang ditetapkan (bukan diputuskan) 

5. Sasterawan itu tidak hadir ke majlis penganugerahan itu kerana dia sakit. - penganugerahan bermaksud penyampaian atau pemberian anugerah, manakala pemberian bermaksud penyampaian hadiah (bukan anugerah)

Tatabahasa11.04.2011
bila berikan saya makna menuntun, serba salah, berkecai,Menuntun ialah menolong orang lain berjalan dengan memegang tangannya, memimpin atau menghela (basikal, kerbau,dll), mengheret. Serba salah ialah salah dalam segala hal atau keadaan yang tidak menentu aaaaaatau sukar membuat keputusan. Berkecai ialah pecah kecil-kecil, hancur, remuk, bersepai atau koyak menjadi kepingan yang kecil-kecil.Makna27.02.2008

Kembali ke atas