Pertandingan renang atau pertandingan berenang? Terima kasih. | Pertandingan renang. Kerana kata 'renang' itu sendiri merupakan kata kerja dan tidak perlu dibubuh imbuhan. | Tatabahasa | 13.12.2012 |
Tuan, yang manakah sebenarnya betul? 1)Pelbagai jenis sayur-sayuran atau pelbagai jenis sayur? 2)Kanak-kanak itu berenang-renang di kolam renang atau kanak-kanak itu berenang di kolam renang? Terima kasih | 1. pelbagai jenis sayur 2. Kedua-dua ayat adalah betul. Berenang-renang bermaksud berenang ke sana sini. Berenang bermaksud melakukan perbuatan berenang. | Tatabahasa | 20.04.2011 |
Manakah rangkai kata yang betul , pertandingan berenang atau pertandingan renang ? Bolehkah membuat penerangan ? Terima kasih | Pertandingan renang. Kerana kata 'renang' itu sendiri merupakan kata kerja dan tidak perlu dibubuh imbuhan. Sebaliknya sekiranya kata itu merujuk kepada benda, contoh: panah - Pertandingan memanah. Sekiranya imbuhan tidak dibubuh kata atau frasa tersebut akan merujuk kepada benda (panah) tersebut. | Lain-lain | 21.04.2009 |
Ahmad dan kawannya sedang bertanding renang di dalam laut. Adakah ayat ini betul? bertanding renang boleh diterima? di laut atau di dalam laut? | Ayat yang sesuai ialah Ahmad dan kawannya sedang berlumba renang di laut. (Kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, iaitu tempat berenang; manakala di dalam adalah betul apabila merujuk perbuatan menyelam yang dilakukan di dalam laut) | Lain-lain | 30.08.2015 |
a)Adik berenang di kolam renang. b)Adik berenang di dalam kolam renang. Adakah kedua-dua ayat ini betul? Adakah Ibu Kavita ialah Kata nama khas hidup manusia? Terima kasih. | 1. Adik berenang di dalam kolam renang. 2. Ibu Kavita merupakan kata nama khas hidup. | Tatabahasa | 14.01.2013 |
Salam, Saya ingin bertanya padanan bahasa Melayu yang paling sesuai untuk ungkapan bahasa Inggeris berikut, "Open Water Race". Untuk makluman, ungkapan tersebut merujuk pertandingan renang yang diadakan di tempat selain kolam renang. Contohnya laut, tasik, sungai dll. Mengikut PRPM, open water swimming competition diterjemahkan sebagai pertandingan renang sejadi. Adakah perkara ini betul, kerana saya musykil akan kesahihannya. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, terdapat istilah "open water swimming competition" dalam bidang Sukan dan padanan bahasa Melayu untuk istilah ini ialah pertandingan renang sejadi. Huraian untuk istilah ini ialah: Kejohanan renang yang diadakan di luar kolam renang seperti laut, sungai, selat, tasik dan sebagainya. Oleh itu, istilah tersebut boleh digunakan. | Istilah | 24.09.2013 |
apakah ayat yang sesuai untuk " Kolam Renang yang mempunyai saiz panjang berukuran olimpik' tapi ayat ini terlalu panjang dan saya tak nak buang perkatan olimpik? kolam renang ni hanya saiz panjang sama mcm olimpik tpi lebar nye tak sama | Ayat yang betul ialah “Kolam renang yang panjangnya berukuran Olimpik”. | Tatabahasa | 22.02.2022 |
Bolehkah saya tahu apakah perbezaan antara perkataan renang dan berenang? Adakah kedua-dua perkataan ini membawa makna yang sama? Contohnya; belajar renang dan belajar berenang. Adalah kedua-dua frasa ini membawa makna yang sama? Terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan Perdana, frasa “renang” bermaksud 1. berkaitan dengan berenang. 2. acara (sukan dan lain-lain), perlumbaan berenang, manakala “berenang” pula ialah menggerakkan badan ketika menyelam atau ketika mengapung di dalam air dengan menggunakan tangan, kaki atau ridip. Sehubungan dengan itu, frasa yang betul ialah “belajar berenang”. | Makna | 12.08.2024 |
Assalamualaikum. Mohon pencerahan untuk peribahasa bentuk pepatah, iaitu berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian atau berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Bentuk yang manakah lebih tepat penggunaannya. Terima kasih | Penggunaan yang tepat: Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian. | Lain-lain | 05.04.2017 |
Selamat pagi. Saya ingin meminta bantuan daripada pihak dbp untuk menjelaskan persoalan saya di bawah. Peratusan pelajar yang menyertai aktiviti renang / aktiviti berenang di sekolah adalah sebanyak 30 peratus. Yang manakah betul? Aktiviti renang atau aktiviti berenang? Aktiviti bermain bola keranjang atau aktiviti bola keranjang? Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah Peratusan pelajar yang menyertai aktiviti renang/aktiviti bermain bola keranjang di sekolah sebanyak 30 peratus. Kata 'renang' itu sendiri merupakan kata kerja dan tidak perlu dibubuh imbuhan. | Tatabahasa | 25.07.2017 |