Apakah maksud rencana? Apakah teknik penulisan rencana? Apakah jenis-jenis rencana? | Rencana bermaksud 1. cerita, karangan,kisah. 2. catatan mengenai perbincangan dalam mesyuarat dll.,laporan, minit.3. rangka sesuatu yang dikerjakan4. acara, agenda,jadual,program. Penulisan rencana dibahagikan kepada dua peringkat,peringkat prapenulisan dan peringkat penulisan. Peringkat prapenulisan melibatkan penentuan tajuk,pengumpulan maklumat dan memproses maklumat. Dalam pengumpulan maklumat beberapa teknik digunakan,iaitu Teknik Kategori Aristotle,,Teknik Pemetaan Fikiran, Teknik Rajah Idea dan Teknik Rangka Piramid. Jenis-jenis rencana pula ialah rencana penerangan, berita, profil, penyiasatan, pengalaman peribadi,pendapat, perbahasan,kritikan dan umum. Saudara boleh merujuk beberapa buku tentang perkara ini yang boleh diperoleh di kedai-kedai buku utama. | Makna | 01.04.2008 |
Apakah yang dimaksudkan oleh rencana? Adakah ia sama seperti esei ataupun karangan panjang? apakah ciri-ciri yang ada dalam sebuah rencana? | Rencana bermaksud 1. cerita, karangan,kisah. 2. catatan mengenai perbincangan dalam mesyuarat dll.,laporan, minit. 3. rangka sesuatu yang dikerjakan. 4. acara, agenda, jadual, program. Penulisan rencana dibahagikan kepada dua peringkat,peringkat prapenulisan dan peringkat penulisan. Peringkat prapenulisan melibatkan penentuan tajuk,pengumpulan maklumat dan memproses maklumat. Dalam pengumpulan maklumat beberapa teknik digunakan,iaitu Teknik Kategori Aristotle,,Teknik Pemetaan Fikiran, Teknik Rajah Idea dan Teknik Rangka Piramid. Jenis-jenis rencana pula ialah rencana penerangan, berita, profil, penyiasatan, pengalaman peribadi,pendapat, perbahasan,kritikan dan umum. Saudara boleh merujuk beberapa buku tentang perkara ini yang boleh diperoleh di kedai-kedai buku utama. | Lain-lain | 20.08.2009 |
i dan kan bagaimana digunakan dan bila sesuail untuk digunakan | Akhiran -kan digunakan wujud atau digunakan dua jenis ayat tertentu sahaja, iaitu 1. dalam ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan orang kedua (Rencana-rencana itu saya bukukan), dan 2. dalam ayat suruhan (Belikan saya sepasang kasut). Seperti akhiran -kan akhiran -i juga wujud atau digunakan dalam dua bentuk ayat, iaitu 1. dalam ayat pasif bagi orang pertama dan kedua (Perangainya yang baik itu akan kami contohi), dan 2. dalam ayat suruhan (Contohilah teladan yang baik itu). Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, muka surat 183 hingga 190. | Tatabahasa | 21.02.2009 |
Sekiranya tajuk rencana adalah dalam bahasa Inggeris, bagaimanakah cara penulisannya? Adalah perlu diletak tanda pembuka dan penutup kata? Contoh ayat adalah seperti berikut: 1. Penyiar TV Arts & Entertainment menyiarkan filem rencana berkenaan kegiatan John bertajuk, Headhunters of the Amazon. 2. Italian Cosmopoliton menerbitkan artikel yang panjang lebar tentang bengkel-bengkelnya di Eropah yang bertajuk Shapeshifting. | Menurut buku Gaya Dewan, tajuk rencana dalam bahasa Inggeris perlu ditulis dengan huruf condong. | Ejaan | 04.10.2011 |
1) apakah sumbangan filem mukhsin terhadap perkembangan bahasa melayu 2)adakah filem mukhsin berjaya menganagkat martabat bahasa atau sebaliknya? | Sehingga kini, belum ada penulis yang menyumbang atau menulis artikel atau rencana mengenai sumbangan filem Muksin terhadap perkembangan bahasa Melayu dan impaks filem ini terhadap bahasa Melayu. Kami mengalu-alukan sumbangan sdr sekiranya sdr berminat untuk menulis rencana tentang perkara ini dan menghantar tulisan sdr kepada Editor Majalah Dewan Bahasa atau Editor Dewan Budaya untuk dipertimbangkan penerbitannya. | Lain-lain | 27.12.2007 |
Saya berminat untuk menulis buku dan rencana ilmiah. Soalan: 1.Adakah format penulisan sesebuah buku itu standard? 2.Jika saya sudah ada draf manuskripnya adakah ia perlu disemak oleh sesiapa?Jika ya siapakah yang akan menyemaknya? 3.Siapakah yang boleh menerbitkan buku yang saya hasilkan?Adakah saya perlu memilih syarikat penerbitan sendiri?Adakah DBP ada menawarkan kepada individu untuk menerbitkan sesebuah buku?Jika ya apakah syarat dan kelayakkannya? 4.Bagaimana dengan hak cipta?Adakah permohonan hak cipta dibuat oleh syarikat yang menerbitkan sesebuah buku itu? 5.Bagaimana bayaran royalti dibuat dan berapakah peratus pembahagiannya? | 1. Ya, dan bergantung pada jenis buku. 2. Perlu disemak. Sesiapa pun boleh menyemaknya, termasuk penulis sendiri. 3. Penerbit yang sesuai dan mahukan manuskrip itu. Ya, penulis perlu menentukan sendiri penerbitnya. DBP membuat tawaran kepada penulis yang pakar dalam bidang ilmu masing-masing untuk menulis dan jika manuskrip itu sesuai, akan diterbitkan. 4. Hak cipta dipegang oleh penulis. Bayaran royalti dibuat selepas buku terbit. Peratus pembahagiannya (kadar royalti) mengikut jenis buku yang diterbitkan. | Lain-lain | 04.11.2007 |
Pergolakan di Indonesia belakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah untuk mengikutinya A sejak belakang ini bergerak sangat laju B belakangan ini bergerak amat cepat C sejak belakangan ini berjalan dengan pantas D belakangan ini berjalan sangat cepat munsyi, apakah jawaban yang sesuai. TQ Ada di antara mereka yang inginkan kekayaan dengan cara cepat, mudah terpedaya oleh tipu helahnya. munsyi, adakah inginkan betul dalam ayat ini? TQ | 1. Jawapan yang betul ialah: D belakangan ini berjalan sangat cepat 2. Perkataan "inginkan" adalah salah dalam ayat yang diberikan. Kata kerja yang menerima akhiran -kan tanpa awalan wujud dalam dua jenis ayat sahaja, iaitu; i. dalam ayat pasif bagi kata ganti diri nama orang pertama dan orang kedua, contohnya: Rencana-rencana itu saya bukukan. Rumah itu kami dirikan bersama-sama. ii. dalam ayat suruhan, contohnya: Tolong padamkan lampu itu. Harap matikan enjin kereta anda.
| Tatabahasa | 25.03.2012 |
apakah perkataan seerti degan perkataan ziarah? 'mata besi yang tajam untuk melukai atau meusuk diri',perkataan yang dimaksudka sebegitu adakah 'jarum'? 'perbahasa dengan rencana atautulisan dalam akhbar',apakah perkataan yang sesuai dengan maksud sebegitu? | Ziarah sama erti dengan lawatan, kunjungan. Jarum bermaksud 1. keluli halus yang tajam hujungnya dan pangkalnya berlubang(tempat memasukkan benang) untuk menjahit. 2. benda tajam dan panjang yang menyerupai jarum jahit (untuk mencucuk, menyuntik, menunjuk waktu pada jam). Makalah bermaksud rencana atau artikel tentang sesuatu perkara, biasanya yang disiarkan dalam majalah, surat khabar, dll. | Lain-lain | 20.03.2008 |
Apakah maksud 'imlak'? | Imlak: Ar 1. perbuatan menyebut perkataan (ayat dll) supaya ditulis oleh orang lain; 2. sesuatu yg dikatakan atau dibaca supaya ditulis oleh orang lain, rencana; | Makna | 25.06.2009 |
Saya ingin meghantar karya, bagaimana caranya? | Assalamualaikum wbk. Ada dua cara untuk menghantar karya sastera iaitu: 1. Karya berupa sajak/puisi, cerpen, rencana, drama, esei dan kritikan bolehlah dihantar ke alamat: Ketua Bahagian Majalah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 KualaLumpur. 2. Karya berupa buku sastera (antologi/kumpulan puisi, cerpen, novel, drama, esei dan kritikan) bolehlah dihantar ke alamat: Ketua Bahagian Buku Sastera, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. Sekian dimaklumkan. Terima kasih dan wassalam. | Lain-lain | 02.08.2010 |