Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata render


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, apakah maksud "gameplay" dan "render" dalam bahasa Melayu? Perkataan-perkataan ini berkaitan permainan video. Bagi perkataan "gameplay", ayatnya seperti "Minecraft gameplay" ataupun "gameplay" bagi sesuatu permainan video. "Minecraft" ialah sebuah permainan video. Bagi perkataan "render" pula, boleh dikaitkan dengan frasa "render distance" ataupun jarak permainan itu di'render' atau kelihatan. Sama juga dengan frasa "3D rendering". Harap huraian saya cukup jelas. Sekian, terima kasih. Saya ingin menterjemahkan sebuah permainan video kepada bahasa Melayu dan saya menggunakan laman web ini sebagai rujukan utama tetapi saya tidak menemui maksud "gameplay" dan "render". Harap tuan/puan boleh membantu.Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi "gameplay" ialah ciri-ciri permainan berdasarkan konteks penggunaan tuan.
 
Bagi perkataan "render", terdapat pelbagai istilah bahasa Melayu yang boleh dipadankan mengikut kesesuaian. Sila rujuk carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) berkaitan perkataan "render"
 render&d=69812&#LIHATSINI">http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=render&d=69812&#LIHATSINI 
Istilah10.10.2019
Assalamualaikum, Apa maksud istilah "gameplay" dan "render" dalam bahasa melayu? Perkataan ni berkaitan dengan permainan video.Kedua-dua istilah "gameplay" dan "render" agak umum dan mungkin berbeza mengikut konteks dan penggunaan ayat. Mohon tuan untuk memberikan contoh ayat yang lengkap (dalam konteks permainan video) agar pihak kami dapat mengenal pasti makna yang tepat bagi kedua-dua istilah tersebut. Istilah09.10.2019
Saya mencari maksud perkataan 'incapacitation' yang terdapat dalam bidang Criminology. Saya sedang membuat tesis dalam bidang berkaitan. Agak sukar mencari perkataan terjemahan dalam bahasa Melayu yang berbentuk satu perkataan sahaja. Contoh ayat dalam English ialah: "The concept of incapacitation is simple: a person cannot commit crimes while he is in prison—at least crimes against people outside of prison." Contoh lain: "Incapacitation theory holds that punishment should protect the community from the offender, either by confining her physically, or otherwise disabling her from committing future crimes." Sekian, terima kasih.

Berikut adalah makna yang terdapat dalam simpanan kami yang mungkin boleh dijadikan pnduan

  • vt 1. render incapable or unfit, disable, menyebabkan [sso] tdk berupaya: ill health ~d him for work, keuzuran menyebabkan dia tdk berupaya utk bekerja; 2. disqualify in law, menghilangkan kelayakan, menyebabkan [sso] tdk layak;
  • 'incapacitated' - adj tdk berupaya.
  •  

    Lain-lain02.12.2008

    Kembali ke atas