Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. performance, persembahan: her ~ of the song was loudly applauded, persembahan lagunya mendapat tepukan gemuruh; 2. translation, terjemahan: a ~ of the poem into English, terjemahan puisi itu ke dlm bahasa Inggeris; 3. coat of plaster, lepa. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rendering


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah istilah bahasa melayu 'rendering' yang sesuai untuk digunakan dalam ayat berikut: "Menghasilkan animasi 3D akhir melalui proses rendering animasi"Salam sejahtera,

Tuan,

Tiada padanan dalam bahasa Melayu untuk perkataan "rendering"  dalam proses animasi. Tetapi dalam bidang kesenian terdapat istilah finished rendering- kemasan siap. Jadi, kami mencadangkan padanan dalam bahasa Melayu kemasan - rendering jika berkaitan dengan proses yang dinyatakan.

Sekian, terima kasih.
Istilah22.10.2018
Apakah istilah "Attending Physician" dalam Bahasa Melayu? "In the United States and Canada, an attending physician (also known as an attending, rendering doc, or staff physician) is a physician (M.D. or D.O.) who has completed residency and practices medicine in a clinic or hospital, in the specialty learned during residency.[1] An attending physician typically supervises[2] fellows, residents, medical students, and other practitioners. Attending physicians may also maintain professorships at an affiliated medical school."Terjemahan bagi physician ialah doktor, pelatih perubatan atau pakar perubatan. Cadangan terjemahan bagi Attending Physician ialah "Pakar Perubatan Bertugas"Makna21.03.2022
Salam. Apakah terjemahan tepat bagi istilah "shader" dalam konteks grafik komputer? Takrifan bahasa Inggerisnya adalah seperti berikut: "A set of software instructions used to calculate rendering effects on graphics hardware." Maklumat lanjut boleh diperoleh di sini: https://en.wikipedia.org/wiki/Shader . Terima kasih.Kami mencadangkan "shader" diterjemahkan sebagai "penggelap grafik". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah22.07.2022
Salam sejahtera tuan/puan, Apakah padanan yang sesuai bagi istilah process order dalam konteks industri pembuatan? Sedikit penjelasan berkaitan process order bersumberkan wikipedia: Process orders are used for the production of materials or for rendering of services in a specific quantity on a specific date. They enable the planning of resources, control of process order management, and specify the rules for account assignment and order settlement. Sekian, terima kasih.Dalam data rujukan kami, tiada padanan khusus bahasa Melayu bagi perkataan process order. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan arahan proses bagi padanan bahasa Melayu perkataan tersebut.Penyemakan dan penterjemahan03.08.2017
Assalamualaikum, apakah maksud "gameplay" dan "render" dalam bahasa Melayu? Perkataan-perkataan ini berkaitan permainan video. Bagi perkataan "gameplay", ayatnya seperti "Minecraft gameplay" ataupun "gameplay" bagi sesuatu permainan video. "Minecraft" ialah sebuah permainan video. Bagi perkataan "render" pula, boleh dikaitkan dengan frasa "render distance" ataupun jarak permainan itu di'render' atau kelihatan. Sama juga dengan frasa "3D rendering". Harap huraian saya cukup jelas. Sekian, terima kasih. Saya ingin menterjemahkan sebuah permainan video kepada bahasa Melayu dan saya menggunakan laman web ini sebagai rujukan utama tetapi saya tidak menemui maksud "gameplay" dan "render". Harap tuan/puan boleh membantu.Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi "gameplay" ialah ciri-ciri permainan berdasarkan konteks penggunaan tuan.
 
Bagi perkataan "render", terdapat pelbagai istilah bahasa Melayu yang boleh dipadankan mengikut kesesuaian. Sila rujuk carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) berkaitan perkataan "render"
 http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=render&d=69812&#LIHATSINI 
Istilah10.10.2019

Kembali ke atas