"Electrocute" diterjemahkan sebagai terkena kejutan atau renjatan elektrik. Bagaimana hendak menterjemah "Electrocute" dalam satu perkataan? Sebagai penterjemah rancangan televisyen ia terlalu panjang untuk diterjemah di kaca tv sebab huruf yang boleh dipaparkan adalah terhad. Contoh ayat ialah : She electrocuted her son to death. | Bagi konteks ayat yang diberikan, padanan dalam bahasa Melayu ialah seperti yang berikut: electrocute - renjatan elektrik Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 15.06.2021 |
Penggunaan kata ganda penuh "kanak-kanak" dalam ayat berikut betul atau tidak? ~Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dimasukkan ke hospital kelmarin kerana terkena renjatan elektrik. Terima kasih. | Penggunaan perkataan kanak-kanak dalam ayat adalah betul. | Tatabahasa | 05.05.2013 |