Pihak kami ingin menyemak ejaan / perkataan bagi tujuan pengiklanan di kain rentang serta ingin mendapat surat kelulusan dari pihak DBP untuk kami sertakan sekali dengan permohonan permit kain rentang. Disertakan adalah kain rentang yang kami reka. | Penggunaan bahasa dalam iklan ini adalah betul. Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 09.11.2016 |
Saya bercadang untuk membuat kain rentang untuk kedai yang saya akan buka tidak lama lagi. Tetapi, saya perlu pengesahan dari pihak DBP terhadap 'design' kain rentang tersebut sebelum ia boleh dicetak. Diharap pihak DBP dapat memberi maklum balas pengesahan terhadap penggunaan bahasa pada kain rentang tersebut. Gambar 'design' kain rentang ada pada fail yang saya lampirkan besama dengan soalan ini. Terima kasih. | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun pelanggan, dan klik daftar iklan untuk mendaftarkan dan menyertakan lampiran iklan tuan. Iklan papan premis seperti ini dikenakan bayaran sebanyak RM10 dan bayaran boleh dibuat secara dalam talian (online). | Lain-lain | 02.10.2017 |
PENGESAHAN KAIN RENTANG | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 12.05.2015 |
Saya adalah seorang eksekutif jualan Telekom Malaysia (TM). Saya bercadang memasang kain rentang (Banner) dalam bahasa Inggeris. Soalan saya, Perlukah kain rentang saya ini mendapat kelulusan DBP terlebih dahulu sebelum mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan. Mohon komen segera kerana banner ini perlu dipasang pada 20/3/2014. Terima kasih. | Untuk makluman, DBP tidak boleh mengesahkan kain rentang dalam bahasa Inggeris. Sila terjemah dahulu kepada bahasa Melayu dan hantar kepada DBP untuk pengesahan. Sila hantar melalui domain Khidmat Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama, sila daftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 18.03.2014 |
apakah makna "renti rentang"dan "lidan" dalam bahasa melayu lama?. contoh uratku lipat "lidan".. contoh "renti rentang" bawa hantar kasih sayang.. | Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada dapatan bagi carian kata renti tentang dan lidan. Kami akan berusaha untuk mendapatkan maklumat yang berkenaan dan akan di-e-mel kepada tuan. | Makna | 15.01.2011 |
Mereka memasang akan kain rentang di kiri dan di kanan bahu jalan. Adakah ayat ini gramatis? | Ayat yang gramatis: Mereka memasang kain rentang di kiri dan kanan bahu jalan. | Tatabahasa | 28.10.2018 |
Saya ingin memohon lesen iklan (kain rentang/gegantung) di Majlis Perbandaran Sepang. Pihak Majlis mahu surat sokongan dari pihak DBP yang menyatakan ayat di kain rentang/gegantung tersebut mengikut piawaian dari DBP saya harap pihak tuan dapat membantu saya. (surat melalui email juga diterima) | Untuk makluman tuan, DBP tidak mengeluarkan surat sokongan untuk pemasangan iklan. DBP menyediakan portal khas untuk semakan dan pengesahan penggunaan bahasa dalam iklan. Sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (boleh diakses melalui carian di Google). | Lain-lain | 09.12.2015 |
Salam, kami ingin memohon pihak tuan untuk menyemak penggunaan bahasa kain rentang (banner) supaya kami dapat memohon lesen untuk menggantung kain rentang tersebut di majlis bandaraya/perbandaran di negeri Johor. Sekian, Terima Kasih. | Sila ke domain "Khidmat Pengesahan Bahasa" untuk sijil kelulusan iklan. | Lain-lain | 21.06.2013 |
Salam, kami ingin memohon pihak tuan untuk menyemak penggunaan bahasa kain rentang (banner) supaya kami dapat memohon lesen untuk menggantung kain rentang tersebut di majlis bandaraya/perbandaran di negeri Johor. Sekian, Terima Kasih. | Sila ke domain "Khidmat Pengesahan Bahasa" untuk sijil kelulusan iklan. | Lain-lain | 21.06.2013 |
Adakah ayat berikut betul? 1. Dua orang murid lelaki menggantungkan kain rentang yang tertulis " Majlis Anugerah Kecemerlangan " pada dinding pentas. | Ayat ini salah, yang betul ialah 1. Dua orang murid lelaki menggantungkan kain rentang yang tertulis "Majlis Anugerah Kecemerlangan" di dinding pentas. | Tatabahasa | 13.08.2014 |