Apakah terjemahan bagi transnational crime yang sesuai? Jenayah rentas sempadan, jenayah transnasional, jenayah rentas negara? | Dalam sumber rujukan kami, transnational diterjemahkan kepada rentas negeri/negara. Walau bagaimanapun dalam konteks tertentu rentas sempadan juga boleh digunakan. Oleh itu, terjemahan jenayah rentas negara atau jenayah rentas sempadan boleh digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.12.2017 |
Adakah kosa kata "pan" sudah menjadi kosa kata bahasa Melayu? Contohnya Lebuh Raya Pan Borneo. Di Singapura misalnya, Pan Island Expressway (PIE) diterjemahkan sebagai Lebuh Raya Rentas Pulau (PIE). Adakah sepatutnya Lebuh Raya Pan Borneo diterjemahkan sebagai Lebuh Raya Rentas Borneo? | Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, perkataan pan ialah awalan asing yang membawa maksud seluruh atau segenap dan juga alat untuk menggoreng. Perkataan pan telah diterima pakai dalam bahasa Melayu seperti dalam pan-Afrika dan pan-Asia. Jika mengikut padanan maksud ayat, Lebuh Raya Pan Borneo diterjemahkan sebagai Lebuh Raya Seluruh Borneo. Walau bagaimanpun, perkataan tersebut telah didaftarkan/ digazetkan. | Istilah | 29.03.2018 |
Bolehkah saya terjemahkan "Scripless Securities Depository System (SSDS)" kepada "Sistem Depositori Sekuriti Tanpa Dokumen" atau "Sistem Depositori Sekuriti Elektronik"? Penggunaan: Debt securities held in RENTAS are within a sub-system called Scripless Securities Depository System (SSDS). | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi Scripless Securities Depository System (SSDS) ialah Sistem Depositori Sekuriti Tanpa Skrip | Makna | 02.05.2020 |
1. Perkataan "wara" ialah kata nama atau kata sifat atau sebagainya? 2. Perkataan Inggeris "translingual" bermaksud diterima oleh kebanyakan bahasa contohnya "cm" . Adakah "translingual" dalam Melayu ialah "rentas bahasa" atau lain? | 1. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, wara sama maksud dengan wara-wara, pemberitahuan , pengumuman dan pengisytiharan. Berdasarkan maksud tersebut, war-war merupakan kata nama. 2. Tidak ada maklumat tetang translingual dalam data kami. Melalui carian kami di internet, translingual boleh membawa beberapa maksud antaranya, wujud dalam pelbagai bahasa atau mempunyai makna yang sama dalam banyak bahasa. | Tatabahasa | 09.06.2014 |
Apakah ada perbezaan di antara MERENTAS dan MERENTASI? | Kata dasar untuk perkataan tersebut ialah RENTAS yang membawa maksud lintang; garis(an) ~ garis(an) yg melintang; keratan ~ keratan yg melintang; merentas 1. meretas, membuka, memutuskan: kena balung ayam kenantan habis direntas taji ayam orang sebelah; 2. melalui atau menempuh (sesuatu kawasan), memintas, melintasi, menjalani: jalan raya yg ~ negeri itu sangat banyak; kita ~ padang yg penuh dgn lalang; berlari ~ desa; 3. merintis; ~ jalan a) merintis (membuka) jalan; b) memintas jalan; 4. ki mencakup atau merangkumi: bahasa Melayu kini mampu ~ semua bidang ilmu; rentasan garisan dll yg merentas: nilaian n dapat diperoleh dr ~ graf pd paksi melintang dan ~ graf pd paksi tegak; salah satu cara yg mudah sekali utk menggambarkan kontur ialah dgn melukis ~; perentas (Mat) garisan lurus yg memotong dua atau lebih garisan lurus; ® retas. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan dengan kata dasar. Proses ini menghasilkan perkataan yang disebut kata terbitan. Imbuhan dibahagikan kepada empat jenis berdasarkan kedudukan imbuhan itu dalam perkataan. Empat jenis imbuhan ialah awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Perkataan MERENTAS dan MERENTASI ialah kata kerja terbitan yang mengalami proses pengimbuhan awalan dan apitan. Contoh: - Awalan kata kerja me- (me+rentas)
- Apitan kata kerja me-...-i (me+rentas+i)
Perkataan merentas dan merentasi membawa maksud yang sama, contoh penggunaannya: - Jejambat yang merentas/merentasi jalan kereta api itu penuh sesak.
- Dia merentas/merentasi padang yang penuh dengan lalang.
| Tatabahasa | 07.02.2019 |
ada istilah2 yang tidak dapat diperolehi. Saya mencari istilah utk frasa "cross cutting issues" | Untuk makluman, istilah "cross cutting issues" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah isu lintas sektor atau isu rentas sektor. | Istilah | 12.11.2013 |
Rasanya sudah lama saya tidak mengunjungi laman ini. Salam Ramadan tuan. Pertanyaan saya - jika pusat beli-belah (bukan pusat membeli-belah), bagaimana pula dengan 'aktiviti merentas desa', 'gas memasak', 'aktiviti berlari setempat', aktiviti 'menulis karangan', (sekadar beberapa contoh). Tidakkah apa yang saya catatkan itu membawa maksud sama dengan 'pusat membeli-belah'? Mohon penjelasan tuan. Sekian, terima kasih. | Lazimnya dalam penamaan kita menggunakan bentuk kata nama seperti Pusat Beli-belah. Berdasarkan contoh yang tuan berikan frasa yang betul ialah aktiviti rentas desa dan aktiviti lari setempat. Walau bagaimanapun terdapat beberapa frasa penamaan yang tidak mengikut rumus tersebut kerana telah mantap penggunaannya dalam masyarakat seperti termasuklah pertandingan melukis dan pertandingan mengarang esei. Hal ini dianggap sebagai kekecualian dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 03.08.2012 |
Assalamualaikum, Mohon panduan untuk membantu kami menterjemahkan istilah kewangan berikut ke Bahasa Melayu: - Global Custodian - Cross Border Non Affiliated – Top Rated in Emerging Markets Saya terlebih dahulu memanjangkan ucapan terima kasih atas bantuan yang diberikan oleh pihak DBP. | Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk istilah kewangan yang dikemukakan. Istilah yang terdapat dalam pangkalan data kami adalah seperti yang berikut: 1. global - sejagat/global, custodian - penjaga/penyimpan Cadangan terjemahan: penjaga sejagat/penjaga global 2. cross - rentas/silang, border - sempadan, non - tidak/bukan, affiliated - tergabung Sila berikan konsep istilah ini sekiranya memerlukan cadangan daripada pihak kami. 3. emerging - memuncul/bangkit, market - pasaran Cadangan terjemahan: tempat tertinggi dalam pasaran memuncul/tahap tertinggi dalam pasaran yang baru muncul | Istilah | 19.03.2013 |