Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rentas
Kata Terbitan : merentasi,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Rasanya sudah lama saya tidak mengunjungi laman ini. Salam Ramadan tuan. Pertanyaan saya - jika pusat beli-belah (bukan pusat membeli-belah), bagaimana pula dengan 'aktiviti merentas desa', 'gas memasak', 'aktiviti berlari setempat', aktiviti 'menulis karangan', (sekadar beberapa contoh). Tidakkah apa yang saya catatkan itu membawa maksud sama dengan 'pusat membeli-belah'? Mohon penjelasan tuan. Sekian, terima kasih.Lazimnya dalam penamaan kita menggunakan bentuk kata nama seperti Pusat Beli-belah. Berdasarkan contoh yang tuan berikan frasa yang betul ialah aktiviti rentas desa danĀ aktiviti lari setempat. Walau bagaimanapun terdapat beberapa frasa penamaan yang tidak mengikut rumus tersebut kerana telah mantap penggunaannya dalam masyarakat seperti termasuklah pertandingan melukis dan pertandingan mengarang esei. Hal ini dianggap sebagai kekecualian dalam bahasa Melayu.Tatabahasa03.08.2012

Kembali ke atas