1. Wanita itu menangis teresak-esak kerana kehilangan suaminya yang tersayang. 2. Banyak kanak-kanak kelihatan letih/lesu dalam bulan Ramadan. - ayat ini betul 3. Golongan remaja perempuan perlu berwaspada agar tidak mudah terperdaya oleh lelaki hidung belang. 4. Ibu memasakkan sambal udang untuk abang yang baru pulang dari asrama. 5. Berikut ialah peserta yang berjaya ke peringkat akhir. 6. Sangat sukar sekali untuk kami membuat keputusan itu. 7. Mereka berjalan cepat-cepat ke sekolah kerana hujan renyai-renyai mulai turun. 8. Ken Yee tinggal di rumah banglo yang terletak di hujung kampung itu. 9. Para pelajar disuruh diam semasa ketiadaan guru. 10. Sementara itu kapal belayar juga, makin lama makin laju. 11. Kami menemukan beg pelajar itu di belakang bangunan itu. Untuk menyemak penggunaan perkataan yang sesuai, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak dicari. Untuk memastikan penggunaan kata penguat yang betul seperti dalam soalan ketujuh (7) rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 259. |