Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.nyu/] | رڽوق

Definisi : 1. kumal, berkerumuk (kain, kertas): nanti ~ pula pakaian yg sudah diseterika itu; 2. remuk: pondok buruk itu habis ~ dihempap batang kelapa yg tumbang; merenyukkan mengumalkan, meremuk­kan: bunga itu direnyukkannya; mahu rasanya kepala Si Sudin itu direnyukkannya; kerenyukan perihal atau keadaan renyuk; ronyok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.nyu/] | رڽوق

Definisi : Mn rajuk; merenyuk merajuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.nyu/] | رڽوق

Definisi : Mn rentak, sentak; serenyuk serentakan: tidak semena-mena ribut datang ~; merenyuk 1. = dgn ~ dgn serta-merta berdiri (kerana marah dll); 2. = merenyukkan me­nyentakkan, merentak (merenggut, me­reng­kah) dgn kuat-kuat (cepat-cepat): jangan direnyukkan tali kekang kuda itu; 3. = merenyukkan mengunjukkan (mem­beri­kan) dgn marah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.nyu/] | رڽوق

Definisi : tidak licin (bkn kain, kertas dll); berkerut-kerut; berkerumuk; kumal: Jangan duduk di atas kain yg bergosok itu, nanti kain itu ~. merenyukkan menjadikan berkerut-kerut; mengumal­kan: Dia ~ gambar itu lalu membuangnya ke dlm bakul sampah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
renyuk (adjektif)
Bersinonim dengan kumal, kunyai, lunyai, luti, berkerumuk, ronyok, gumal, kecel, kelemut;,
Kata Terbitan : merenyukkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sinonim yang paling sesuai untuk perkataan 'lusuh'.Renyuk atau kumal.Lain-lain13.08.2008
salam. maksud perkataan KUMAL sekian. Terima kasihKumal ialah renyuk dan kotor (berkenaan pakaian dan lain-lain yang sudah lama dipakai), lusuh, berkerumuk (berkenaan kertas dan lain-lain).Makna24.06.2008
Produk terbaru daripada syarikat itu boleh menghilangkan kulit yang ____________ dan bintik-bintik hitam di muka. Manakah jawapan yang sesuai? Dan Mengapa??? Jawapan: berkerut atau berkedut

Sekiranya dilihat makna kedua-dua kata yang diberikan di bawah ini, "berkerut" lebih tepat untuk digunakan.
 

berkerut : 1. tidak licin atau rata (bkn kulit dll), berkedut, bergelembur (bkn kulit dll): lehernya dan dahinya sudah mulai ~; keningnya kelihatan berkerut-kerut spt orang yg sedang mengingatkan sesuatu; ~ seribu banyak kerut, berkedut-kedut; 2. Mn keriting, ikal: rambut yg berkerut(-kerut);

berkedut: berlipat-lipat (tidak rata atau licin), berkerut (kulit dll), renyuk (kertas dll), beropol-ropol (kain): seorang tua yg putih rambutnya dan sangat ~ kulitnya menghampirinya; dipakainya juga bajunya yg lusuh dan ~ itu;
Lain-lain23.07.2009

Kembali ke atas