Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.pli.ka] | ريڤليکا

Definisi : (réplika) 1. model sesuatu objek, spt bangunan, jentera, catan, dll, yg hampir atau betul-betul menyerupai objek yg asli: ~ sebuah meriam zaman kesultanan Melaka akan dipamerkan di Muzium Melaka; 2. seseorang atau sesuatu yg sifat-sifatnya hampir-hampir menyamai sifat-sifat seseorang atau sesuatu yg lain: malangnya media di dunia Islam adalah semata-mata ~ media Barat; mereplikakan membuat atau meniru se­suatu objek (spt bangunan dsb) dlm bentuk replika: kerja ~ Menara Berkembar Kuala Lumpur juga memerlukan kreativiti pem­buatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.pli.ka] | ريڤليکا

Definisi : /réplika/ model sesuatu objek, spt bangunan, jentera, yg hampir atau betul-betul menyerupai objek yg asli: ~ menara itu diberikan sbg buah tangan kpd para pengunjung. mereplikakan membuat sesuatu objek, spt bangunan, jentera dlm bentuk replika: Kerja ~ bangunan itu memerlukan daya kreatif pembuatnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata replika


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Minta penjelasan perkataan model dan replika dari sudut kesesuaian ayat. Adakah sebuah kereta kecil itu meyerupai yang sebenar itu dipanggil model atau replika. tk.Model bermaksud barang tiruan yang sama bentuk dan rupanya seperti yang asal tetapi lebih kecil, manakala replika bermaksud model sesuatu objek yang hampir atau betul-betul menyerupai objek yang asli. Berdasarkan makna tersebut frasa yang betul ialah model kereta.Makna20.03.2012

Kembali ke atas