Pohon pencerahan: apakah istilah 'vulnerability' dari aspek perubahan iklim? adakah mudahterancaman atau kerentanan? dan juga istilah 'resilience' dari aspek perubahan iklim. | Tiada perkataan vulnerability dan resilience dalam istilah yang berkaitan dengan perubahan iklim seperti bidang alam sekitar, geografi atau lain-lain yang berkaitan. Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan tuan/puan, kami mencadangkan vulnerability ialah kerentanan, manakala padanan untuk resilience ialah daya tahan atau daya bingkas iaitu keupayaan bergerak cepat atau pantas. | Istilah | 28.04.2021 |
Saya mewakili Pertubuhan Sokongan Kesihatan Mental Madani. Kami ingin melakukan pindaan nama pertubuhan. Di dalam bahasa inggeris adalah Malaysia Resilience Mental Association, bila diterjemahkan ke bahasa melayu ia jadi Persatuan Ketahanan Mental Malaysia. Persoalan kami, bolehkah kami menggunakan perkatan Resilen begini? Persatuan Resilien Mental Malaysia. | Kata resilen bukan padanan yang sesuai untuk Resilience. Kami mencadangkan padanan Persatuan Ketahanan Mental Malaysia bagi Malaysia Resilience Mental Association. | Lain-lain | 28.07.2024 |
Assalamualaikum. Boleh saya tahu perkataan dalam bahasa melayu yang tepat merujuk kepada perkataan bahasa inggeris "resilience". Sekian terima kasih. | Untuk makluman, istilah resilien atau resiliens digunakan dalam bidang Perubatan. Kami mencadangkan puan menggunakan istilah daya tahan atau ketahanan diri untuk resilience. | Istilah | 24.02.2019 |
Mohon bantuan untuk terjemahan bahasa melayu yang sesuai dan bermakna bagi perkataan accelerating land restoration, drought resilience & desertification progress sebagai tema hari alam sekitar sedunia 2024 | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Lain-lain | 10.01.2024 |
Salam, saya ingin mengetahui adakah istilah daya tahan boleh digunakan dalam penyelidikan ilmiah sebagai terjemahan kepada perkataan (resilience). Apakah beza atau persamaan antara daya tahan dan resilien? Semoga dapat membantu. Terima kasih. | Untuk makluman, istilah resilien atau resiliens digunakan dalam bidang Perubatan. Kami mencadangkan puan menggunakan istilah daya tahan atau ketahanan untuk resilience. | Istilah | 27.05.2013 |
Apakah terjemahan sesuai untuk istilah "cognitive reserve"? Contoh ayat: Cognitive reserve is the mind's resistance to damage of the brain. The mind's resilience is evaluated behaviorally, whereas the neuropathological damage is evaluated histologically, although damage may be estimated using blood-based markers and imaging methods. Pautan: https://en.wikipedia.org/wiki/Cognitive_reserve | Salam sejahtera, Pihak kami mencadangkan istilah untuk perkataan Cognitive reserve ialah Rizab Kognitif. Sekian, terima kasih. Layari www.prpm.dbp.gov.my untuk mengetahui lebih lanjut penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul. | Istilah | 26.05.2020 |
Salam sejahtera. Saya adalah pelajar PhD UPM. Kajian saya ialah mengenai Resiliens (daya tahan) guru-guru novis (baharu). Soalan saya : i. Adakah saya boleh guna perkataan Resiliens atau resilien sebagai ganti perkataan daya tahan kerana dalam kajian-kajian luar negara, istilah resilience /resilient lebih sinonim. ii. bolehkah juga saya guna perkataan novis bagi menggantikan baharu. mohon pencerahan dari pihak tuan. terima kasih | Untuk makluman, istilah resilien atau resiliens digunakan dalam bidang Perubatan. Sementara istilah novis terdapat dalam bidang Teknologi Maklumat. Oleh itu, kami mencadangkan puan menggunakan istilah daya tahan atau ketahanan untuk resilience dan baharu untuk novice kerana istilah tersebut lebih mudah difahami dan menepati konsep yang dikemukakan. | Istilah | 06.09.2011 |
Adakah perkataan "daya bingkas" merupakan bahasa Melayu standard dan diterima pakai oleh DBP? Saya diberitahu "daya bingkas" membawa maksud nilai atau sifat murni untuk "reslience" dalam bahasa Inggeris. | Perkataan "daya bingkas" tiada dalam maklumat data kami. Walau bagaimanapun, secara umumnya perkataan daya bermaksud kekuatan, tenaga, keupayaan, kemampuan manakala bingkas pula bermaksud bergerak cepat atau pantas. Sama seperti padanan untuk "resilience" ialah kebingkasan atau daya tahan. Padanan yang tepat bagi perkataan "daya bingkas" ialah keupayaan bergerak cepat atau pantas. | Makna | 12.08.2020 |
Salam sejahtera marini, Soalan : Saya sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD dalam bidang psikologi di USM. Minta pengesahan sama ada penggunaan istilah RESILIENSI AKADEMIK boleh digunakan untuk menggambarkan DAYA TAHAN pelajar dalam bidang akademik walaupun dalam keadaan yang tertekan. Sekian, terima kasih. Jawapan : Untuk makluman, istilah resilien atau resiliens digunakan dalam bidang Perubatan. Kami mencadangkan puan menggunakan istilah daya tahan atau ketahanan untuk resilience. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. MERUJUK KEPADA SOALAN DAN JAWAPAN DI ATAS, SEKIRANYA SAYA MENGGUNAKAN ISTILAH KETAHANAN DIRI, ADAKAH MASIH MEMBERI MAKSUD KETAHANAN? SEKIAN TERIMA KASIH. | Istilah "Ketahanan Diri" boleh digunakan dan masih sesuai dengan konteks yang diberikan. | Istilah | 16.02.2014 |
Tuan/Puan, Saya ingin meminta nasihat mengenai perkataan di bawah, satu atau dua perkataan? -Maklum balas -Memudahcara -Mengenal pasti -Merekabentuk (design) -Mengambil kira -Diubahsuai Di samping itu, saya juga ingin meminta nasihata mengenai penterjemahan perkataan di bawah: - vulnerable group - response to - minimum standard - Appropriately intervenes to address social and community inequality - social work intervention - accountable - accountability - to practice - to promote social justice - to engage in human service - the concern of the community - disabling environment - grief process - insight and understanding of own value - social networking - resilience - human worth - culture, gender, race, class, ethnic, religion, disability, age and life style differences between self and others Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih. | Ejaan yang betul ialah: 1. maklum balas 2. memudah cara 3. mengenal pasti 4. mereka bentuk 5. mengambil kira 6. diubah suai Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. vulnerable group - kumpulan lemah/kumpulan rentan 2. response to - gerak balas terhadap/sambutan terhadap 3. minimum standard - standard minimum 4.. social work intervention - intervensi kerja sosial 5. accountable - bertanggungjawab 6. accountability - kebertanggungjawaban 7. to practice - mengamalkan 8. to promote social justice – mempromosi keadilan sosial 9. the concern of the community – menjadi perhatian masyarakat 10. social networking - rangkaian sosial Untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu bagi perkataan yang lain, sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan pilih padanan yang bersesuaian dengan konteks. | Ejaan | 11.09.2013 |