PENYEMAKAN respiratory irritation, nausea, abdominal pain, central nervous system(CNS) depression, slow or garbled speech, slow body movements, numbness of extremities, dulling of awareness kerengsaan pernafasan, muar, sakit perut, kemurungan sistem saraf pusat (CNS), pertuturan lambat dan keliru , pergerakan badan yang perlahan, kebas kaki, kesedaran yang lembap Tolong menyemak pentejemahan daripada english kepada bahasa malaysia seperti di atas. Terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah kerengsaan pernafasan, mual, sakit abdomen, kemurungan sistem saraf pusat (CNS), pertuturan lambat dan keliru, pergerakan badan yang perlahan, kekebasan kaki dan tangan, dan kurang kesedaran. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.04.2018 |
"Young Malaysian children with lower respiratory tract infections show low incidence of chlamydial infection." Soalan saya: Apakah terjemahan yang sesuai untuk 'lower respiratory tract infections'? Terima kasih. | Infeksi saluran nafas bawah. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.06.2014 |
Apa terjemahan untuk "Respirology"? Terima kasih. | Adakah tuan maksudkan "Respiratory"? Sekiranya ya, terjemahan bagi perkataan tersebut ialah "Respirasi" atau "Pernafasan". | Penyemakan dan penterjemahan | 30.06.2017 |
Saya ingin pengesahan cara menulis acronim untuk translasi. Misalnya, jika saya translate sindrom pernafasan timur tengah (MERS-CoV, middle east respiratory syndrome)...perlukah saya menulis begini dalam dokumen dimana saya tulis translasi dahulu kemudiannya acronim dan huraian asalnya. Ini sebab acronim MERS-CoV tidak ada dalam bahasa Melayu. Bolehkah saya cipta acronim atsu abreviation sendiri? | Cara penulisan akronim bagi nama virus perlu ditulis penuh dalam istilah bahasa Melayu dan diikuti dengan akronim, iaitu Virus Korona Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-CoV) | Tatabahasa | 05.10.2020 |