Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rés.pons] | ريسڤون‌‌س

Definisi : (réspons) sambutan, reaksi, jawaban: tentu sekali kami mengharapkan ~ drpd pembaca. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rés.pons] | ريسڤون‌‌س

Definisi : /réspons/ sesuatu (perbuatan, kata-kata dsb) yg dilakukan atau disampaikan sbg tindak balas terhadap sesuatu perbuatan, keadaan dsb: Kami sangat mengharapkan ~ drpd para pendengar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata respons


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mengapakah tidak ada respons bagi soalan yang saya kemukakan?Sila kemukakan semula soalan. Pihak kami memohon maaf atas masalah yang timbul.Lain-lain11.03.2010
Ejaan tepat untuk Cabang Tiga. Ianya merupakan nama Mukim yg di dalamnya terdiri drp beberapa kampung. Pohon respons sama ada ia di eja dgn Cabang Tiga atau Chabang Tiga.Mengikut sistem ejaan rumi bahasa Melayu, ejaan yang betul ialah "cabang", walau bagaimanapun penamaan (tempat dan sebagainya) yang telah diwartakan sebelum tahun 1972 terkecuali daripada pedoman ejaan tersebut. Oleh itu, kami cadangkan suadara merujuk hal ini kepada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan dengan penamaan tersebut. Ejaan19.08.2011
selamat sejahtera.. saya ingin mengajukan soalan berkenaan kesusasteraan hikayat. mengapakah pihak DBP idak banyak menjalankan kajian mengenai unsur hindu dalam hikayat-hikayat yang lahir pada zaman transisi? respons amat diharapkan.terima kasihUntuk makluman saudari, pihak DBP telah melakukan pelbagai kajian tentang tentang perkembangan kesusasteraan tradisional termasuk sastera hikayat. Untuk mengetahui lebih lanjut, saudari sila rujuk salah satu buku yang diterbitkan oleh DBP, iaitu Kesusasteraan Melayu Tradisional, 2006.Lain-lain01.08.2008
Saya ingin mendapatkan nama yang sesuai untuk menggantikan nama Bilik Jamuan VIP, Bilik Makan Guru, Bilik Gerakan dan Bilik Wawasan. Bilik Gerakan dan Bilik Wawasan di sekolah saya digunakan untuk mengadakan mesyuarat. Jika ada nama yang seerti atau klasik saya berharap mendapat respons daripada DBP.Terima kasih.Cadangan kami bagi bilik jamuan atau bilik makan guru, boleh digunakan bilik rehat sahaja atau sudut selera. Bagi bilik gerakan dan bilik wawasan boleh digunakan bilik kegiatan, bilik sumbang saran, bilik perbincangan, atau bilik gagasan. Bilik gerakan dan bilik wawasan juga boleh dinamakan sempena nama tokoh terkenal dalam organisasi saudara.Lain-lain08.01.2009
Berkaitan Pendaftaran Korpus DBP Tuan/Puan, Seperti pertanyaan dulu,saya masih manghadapi masalah pendaftaran Korpus DBP. Saya telah cuba menggunakan firefox dan explorer. Oleh sebab saya berada di Beijing sekarang, saya juga minta ahli keluarga di Malaysia untuk membuat pendaftaran tetapi permintaan juga ditolak. Oleh itu, dengan pertanyaan ini juga ada lampiran fail yang menunjukkan info yang saya isi dalam ruang-ruang pendaftaran. Sya berharap agar pihak berkuasa dapat beri tunjuk ajar. Sekian, Terima kasih.Saya respons kepada pertanyaan terdahulu tentang Korpus Sastera. Untuk makluman saudara medan Korpus Sastera telah disediakan, walau bagaimanapun masih dalam peringkat pembinaan bahan. Setelah selesai dibina Korpus Sastera boleh diakses oleh orang ramai. Saya sendiri telah cuba mendaftar sebagai penyelidik dan masalah yang sama saya hadapi seperti saudara. Hal ini akan saya kemukakan kepada pengetahuan pihak pentadbir sistem. Sepatutnya penyelidik boleh mendaftar dan menggunakan pangkalan data korpus tersebut.Lain-lain24.03.2011

Kembali ke atas