Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vi dijual runcit: these refrigerators ~ at $640 each, peti-peti sejuk ini dijual runcit dgn harga $640 sebuah; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n jualan runcit; (attrib) runcit: shops for the ~ of textile, kedai jualan runcit tekstil; the ~ price, harga runcit; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adv secara runcit: a store that does not sell ~, kedai yg tdk menjual secara runcit; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt 1. sell (goods) by retail, menjual [sst] secara runcit: he intended to ~ the goods, dia bercadang hendak menjual barang-barang itu secara runcit; 2. relate (story, event, etc) menyampaikan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata retail


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Terjemahan yang dicadangkan ialah oleh DBP untuk "Retail and Enterprise Distribution" ialah "Pusat Pengedaran Produk Perusahaan Kecil dan Sederhana". Saya ingin mendapatkan kepastian atas penterjemahan kata 'retail'. "Retail' yang dimaksudkan, merujuk kepada "consumer retail". Saya telah menjumpai beberapa laman sesawang yang menggunakan "perbankan pengguna" untuk "retail banking". Antara contoh, Wikipedia (https://ms.wikipedia.org/wiki/CIMB) dan Allianz Bank (http://www.affinbank.com.my/Consumer-Banking.aspx?lang=ms-MY)? Adakah tepat jika "Retail and Enterprise Distribution' diterjemahkan ke "Pusat Pengedaran Produk Kewangan Pengguna dan Perniagaan"? Pusat ini tidak setakat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana. Ia juga mengedar produk konsumer Kepastian dan maklumbalas amat dihargai.Terjemahan yang diberikan ialah cadangan sahaja. Sekiranya tidak tepat, puan boleh mengubahnya mengikut konsep dan konteks penggunaan.Penyemakan dan penterjemahan09.01.2017
retail retailingruncit peruncitanIstilah05.06.2007
Retail bankingPerbankan RuncitLain-lain06.06.2007
Mohon jasa baik tuan/puan untuk menterjemahkan penyataan ini "Retail and Services". Terima kasihUntuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "retail and services". Istilah bahasa Melayu untuk "retail" ialah runcit atau jualan runcit. Istilah bahsa Melayu untuk "services" ialah perkhidmatan. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah jualan runcit dan perkhidmatan.Istilah18.04.2013
Menterjemah Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu: -"Large Commercial" -"Retail Commercial"Dalam data kamai, tiada padanan khusus bagi perkataan large commercial dan retail commercial dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, cadangan kami  bahasa Melayu bagi perkataan large commercial ialah perniagaan/perdagangan berskala besar dan retail commercial pula dipadankan sebagai perniagaan/perdagangan runcit.Penyemakan dan penterjemahan14.06.2016
Terjemahan bagi tujuan pengiklanan dalam bahasa Malaysia bagi: 1) Retail Pack 2) Industrial PackTerjemahan untuk Retail Pack ialah Pek Runcit manakala Industrial Pack ialah Pek Perusahaan.Istilah22.05.2014
Will need assistance on translating the term "Retail and Enterprise Distribution" into BM. May i suggest for it to be translated to "Pengedaran Pengguna dan Perusahaan" or "Pengedaran Solusi Kewangan Pengguna dan Perusahaan". It essentially is a centre that provides consumers with retail consumer and SME products/ services.Terjemahan yang dicadangkan ialah Pusat Pengedaran Produk Perusahaan Kecil dan SederhanaPenyemakan dan penterjemahan06.01.2017
Selamat pagi, saya mohon penjelasan apakah betul jika saya menterjemah "community events" sebagai "aktiviti beramaian" dan "empower underprivileged youth through retail training" sebagai "mewibawakan belia terabai melalui latihan jual-menjual"? Sekian, terima kasih.Community events boleh diterjemahkan kepada acara komuniti. Perkataan empower underprivileged youth through retail training boleh diterjemahkan kepada Memperkasakan belia yang kurang bernasib baik melalui latihan peruncitan.Makna17.06.2019
Dalam Inggeris kedai saya disebut Beer Retail Shop. Boleh saya guna Kedai Menjual Bir atau Kedai Runcit Bir atau Kedai minuman bir? Minta nasihat, terima kasih.Salam sejahtera saudara Ken,

Cadangan kami ialah 'Kedai Bir', 'Menjual Bir' atau 'Kedai Minuman Bir'
Ejaan08.10.2012
Saya ingin mendapatkan terjemahan yang sesuai bagi ayat berikut: A key aspiration of retail banking in the last financial year was to build new customer value segment proposition for small business. Apakah terjemahan yang paling sesuai untuk value segment proposition?Untuk makluman tuan kami tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak hasil terjemahan tuan, maka tuan hendaklah menterjemahkannya terlebih dahulu dan kemukakan kepada kami salinan terjemahan untuk kami bantu menyemak penggunaan bahasa Melayu dalam teks tersebut.Penyemakan dan penterjemahan26.07.2015
12

Kembali ke atas