Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata reverse


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kami ingin meminta bantuan daripada tuan menterjemahkan perkataan-perkataan yang berikut ke Bahasa Malaysia: Reshoring/Reshore Onshoring/Reshore Backshoring/Backshore Backsourcing/Backsource Inshoring/Inshore Onshoring De-internationalzation Home-shoring/Homeshore Repatriate production/Repatriate manufacturing Reverse globalization/Reverse Globalisation Reverse Relocation Sekian, Terima Kasih Chong Boon KaiUntuk makluman semua istilah yang dikemukakan tidak ada dalam pangkalan data DBP. Sekiranya tuan memerlukan cadangan padanan bahasa Melayu, sila berikan konsep atau maksud istilah tersebut. Walau bagaimanapun, kami berikan istilah yang terdapat dalam pangkalan data DBP  seperti yang berikut:

1. reshoring - penempatan kembali/menempatkan kembali
2. onshore - dalam pesisir
3. backshore - pesisir belakang
4. inshore - tepi pantai/tepi pesisir
5. repatriate - hantar pulang/hantar balik
6. manufacturing - pengilangan/pembuatan
7. reverse - songsang/balikan
8. globalization - globalisasi/kesejagatan
9. relocataion - penempatan semula
Istilah13.04.2016
Apakah istilah dalam Bahasa Malaysia bagi perkataan "Reverse Vending Machine"Terjemahan yang sesuai bagi Reverse Vending Machine ialah Mesin Layan Diri BalikanMakna23.06.2020
Assalamualaikum. Mohon khidmat tuan untuk istilah berikut: "Reverse Parking" Terima kasih. Wassalam.Untuk makluman belum ada istilah khusus untuk "reverse parking". Walau bagaimanapun, cadangan kami ialah letak kereta undur atau letak kereta secara mengundur.Istilah04.09.2012
Jawapan tuan bagi "reverse parking" diertikan sebagai "letak kereta undur" atau "letak kereta secara mengundur" dirujuk. 1. Adakah sesuai saya ertikan sebagai "letak kenderaan undur"? 2. Apa perbedaan antara perkataan "kenderaan" dengan "kendaraan"?Sekiranya merujuk kepada pelbagai jenis kenderaan, tuan boleh menggunakan "letak kenderaan undur." Untuk makluman, perkataan "kendaraan" tidak terdapat dalam bahasa Melayu dan tidak boleh diigunakan.Istilah06.09.2012
Salam, apakah istilah yang sesuai dalam Bahasa Melayu untuk reverse logistics. Sekian, terima kasihPadanan dalam bahasa Melayu yang sesuai ialah logistik songsang.Istilah20.12.2019
Kami bercadang untuk menyediakan papan tanda meletak kenderaan secara mengundur (reverse parking) di kawasan tempat kerja. Minta nasihat adakah "LETAK KENDERAAN SECARA MENGUNDUR" sesuai digunakan?SILA LETAK KENDERAAN SECARA MENGUNDURTatabahasa26.01.2017
proses osmosis berbalikTiada soalan yang dikemukakan. Walau bagaimanpun jika merujuk istilah osmosis berbalik ialah padanan reverse osmosis dalam bahasa Melayu.Istilah23.05.2012
Salam 1Bahasa, 1. Ayat: a. Dalam perlawanan bola sepak... b. Pada perlawanan hoki itu... c. Di kejohanan Euro... d. Pada kejohanan Euro... Yang manakah yang tepat? 2. Sila letakkan kenderaan anda dalam keadaan "Reverse Parking". Dalam bahasa Melayu, terjemahannya, bagaimana? Terima kasih.1. Frasa satu dan dua betul dan penggunaan salah salah satu daripada ftrasa bergantung pada konteks ayat yang digunakan.
2. Yang betul ialah "reverse gear" terjemahannya ialah gear undur.
Tatabahasa06.07.2012
I. BAHASA MELAYU BAGI 'REVERSED PARKING'' II. HAD LAJU 30KMJ ATAU HALAJU 30KMJ ??i. Untuk makluman belum ada istilah khusus untuk "reverse parking". Walau bagaimanapun, cadangan kami ialah letak kereta undur atau letak kereta secara mengundur.

ii. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud Halaju dan had laju ialah dua perkataan yang berbeza, had laju bermaksud kelajuan maksimum yang dibolehkan, manakala halaju ialah kelajuan atau kecepatan, dan bukan juga hal laju. Maka yang betul ialah Had Laju 30 KM/J
Makna10.04.2017
Salam Sejahtera, Saya ingin menyemak istilah daripada bidang reka bentuk grafik khususnya dalam penggunaan logo. Apakah terjemahan ke Bahasa Melayu yang sesuai bagi istilah berikut? 1) Inverted logo 2) Knockout logo 3) Outlined logo 4) Reverse logo Saya sering nampak perkataan-perkataan ini dalam manual identiti korporat, yang mana mereka selalunya menggunakan peminjaman/dwibahasa. Jadi saya ingin tahu jika ada terjemahan sepenuhnya bagi istilah di atas. Terima kasihBerikut merupakan cadangan padanan perkataan bahasa Melayu untuk perkataan yang dinyatakan:



1. inverted logo: logo songsang



2. knockout logo: logo pemisah



3. outlined logo: logo kerangka



4. reversed logo: logo terbalik







Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep penggunaan dalam sesuatu bidang. Untuk mendapatkan padanan perkataan, sila buat carian melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) prpm.dbp.gov.my.
Istilah22.09.2022
12

Kembali ke atas