Pak Dollah ( memanggang / membakar / mendiang / menyalai ) beberapa ratus cucuk sate di pasar malam untuk mencari rezeki. Jawapan yang mana betul? | Salam sejahtera, Membakar bermaksud memanaskan atau memanggang sesuatu di atas api supaya masak, memanggang bermaksud memasak sesuatu di atas bara api dan sebagainya. Berdasarkan makna tersebut "membakar sate" dan "memanggang sate", kedua-duanya adalah betul tetapi lazimnya kita menggunakan frasa membakar sate. | Tatabahasa | 16.11.2012 |
soalan. makna peribahasa berikut. 1. ada air ada ikan. 2. ada rotan ada duri. 3. bagai air titik ke batu | 1. Barang di mana kita tinggal ada juga rezeki(setiap negeri ada adat resamnya sendiri).2. Ada kesenangan tentu ada kesusahannya.3. Amat sukar hendak memasukkan pengajaran yang baik kepada orang jahat dan degil. | Makna | 05.04.2008 |
Tolong berikan beberapa peribahasa yang ada kaitan sikap rajin dan jujur | Antara peribahasa yang menggambarkan sikap rajin ialah "Ringan tulang berat perut" yang bermaksud yang rajin bekerja banyak mendapat rezeki manakala "Rajin bekerja mudah belanja" bermaksud orang yang rajin bekerja tentulah hidupnya senang. Peibahasa yang menggambarkan sikap jujur pula ialah "Lurus sebagai sumpitan" yang bermaksud lurus hati benar. Maklumat lanjut boleh didapati melalui Kamus Istimewa Peribahasa Melayu secara dalam talian melalui laman http://www.karyanet.com.my . | Lain-lain | 01.10.2006 |
Apakah nama bagi orang yang kerjanya memandu kanak-kanak menjalani aktiviti? Seperti bercerita, bermain, bernyanyi dan sebagainya. Mereka bukan guru tadika tetapi mengadakan aktiviti ini pada hujung minggu yang terbuka kepada seisi keluarga. Ini cara mencari rezeki mereka. Yang lagi satu, orang yang kerjanya bercerita kepada kanak-kanak seperti "Kakak Pepatung" yang agak popular. | Tidak ada nama gelaran khusus untuk yang melakukan aktiviti sedemikian. Berdasarkan pengamatan kami lazimnya penggiat aktiviti seni/sastera/budaya seumpama ini sering menggelarkan diri mereka ibu atau mama atau gelaran ibu/mama digandingkan dengan nama mereka seperti Ibu Anis dan Mama Filzah. | Tatabahasa | 20.09.2012 |
Salam sejahtera, Apakah peribahasa yang dapat memerihalkan maksud sesuatu yang mendatangkan kebaikan dan keburukan secara serentak? Terima kasih. | Peribahasa mengandungi maksud yang tertentu dan lazimnya satu peribahasa mengungkapkan suatu pengertian, seperti Jangan menggerak ular tidur (maksudnya bahaya jangan dicari) dan Jatuh di atas tilam (maksudnya beruntung kerana mendapat rezeki). Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, karya Abdullah Hussain. | Tatabahasa | 13.04.2011 |
boleh ke penanda wacana seperti Lebih-lebih lagi dan Dengan ini digunakan di hadapan ayat? boleh tak Marcapada dan sementelahan digunakan sebagai penanda wacana ? bukankah kata2 tersebut ialah bahasa melayu klasik? boleh ke digunakan lagi? | Lebih-lebih lagi digunakan dalam ayat bukan di hadapan ayat seperti dalam penggunaan berikut: Mereka yang mempunyai sifat kegembiraan ini selalu murah rezeki, lebih-lebih mereka yang peramah dan berbudi bahasa. Dengan ini boleh digunakan di hadapan ayat seperti dalam penggunaan berikut: Dengan ini dimaklumkan bahawa ... . Kata marcapad dan sementalahan masih digunakan dalam penulisan. | Tatabahasa | 16.07.2008 |
Tuan, apakah perbezaan penggunaan tiga titik "..." dengan empat titik "...." seperti dalam ayat di bawah ini? "Remuk hatinya apabila..." dengan "Remuk hatinya apabila ...."?. Bilakah kita perlu menggunakan tiga titik dengan empat titik tersebut?. Terima kasih. | Tiga titik dikenali sebagai elipsis, iaitu yang menunjukkan pengguguran bahagian teks, khususnya petikan, sama ada di bahagian awal, bahagian tengah, atau bahagian akhir sesuatu ayat atau teks, contohnya: a) . . . bahawa kita menemui perbezaan asas antara semangat kapitalis dengan prakapitalis. b) Bahasa Melayu menghadapi masa depan yang amat cerah . . . menghasilkan murid-murid yang mendapat pendidikan seluruhnya dalam bahasa Melayu. 3c) . . . dan memberinya rezeki dengan tidak disangka-sangkanya . . . Selain itu, elipsis menunjukkan sesuatu yang bersambung, contohnya: 1,2,3, . . . Hal ini bermakna tiada empat titik, yang ada ialah elipsis iaitu tiga titik. | Lain-lain | 01.12.2011 |
Berdasarkan penjelasan tuan (ADA di depan kata kerja) Adakah ini bermakna ayat ADA di bawah tidak sesuai? 1(a) Dia ADA pergi ke sekolah pagi tadi. 1(b) Dia TELAH pergi ke sekolah pagi tadi. 2(a) Saya ADA menerima surat daripadanya. 2(b) Saya TELAH menerima surat daripadanya. 3(a) Dia ADA menyemak senarai hitam. 3(b) Dia TELAH menyemak senarai hitam. 4(a) Surat pelantikan ADA difailkan. 4(b) Surat pelantikan TELAG difailkan. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Empat, terdapat beberapa makna ada, iaitu; 1. boleh didapati (ditemui, dilihat, dsb), bukan khayalan atau rekaan, wujud: ada orang yg mempercayai hantu itu ~ dan ada pula yg mengatakan ianya khayalan manusia; tidak ~ lagi binatang raksasa sekarang; 2. boleh diperoleh (didapati, dijumpai, dsb) di sesuatu tempat: gula dan kopi ~ di dlm almari itu; dia tidak ~ di rumahnya sewaktu kami sampai; 3. telah sedia, telah terkumpul dsb (utk diberi perhatian dsb): ~ banyak surat yg perlu ditandatangani; ~ kerja penting yg belum diurus lagi; 4. mempunyai: Razi ~ banyak barang mainan; tidak ~ cita-cita; 5. (masih) hidup, belum meninggal dunia: ibunya masih ~ tetapi ayahnya sudah meninggal; dia sudah tak ~ dia sudah meninggal dunia; 6. benar-benar, sungguh-sungguh, sesungguhnya (digunakan utk menguatkan kata kerja selepasnya): dia ~ pergi ke sekolah petang tadi; saya ~ menerima surat daripadanya; 7. hadir (digunakan sbg menjawab panggilan guru dll sewaktu memastikan kedatangan murid dll); 8. apakah (digunakan utk melembutkan pertanyaan): ~ encik melihat adik saya? ~ gula, ~ semut prb kalau orang kaya banyaklah kawannya; ~ air, ~ (adalah) ikan = ~ padang, ~ belalang = ~ batang, ~ cendawan tumbuh prb di mana pun kita duduk, ada rezeki; Penggunaan perkataan ada dalam ayat yang dinyatakan boleh digunakan. | Tatabahasa | 16.08.2013 |