| Salam sejahtera. Apakah terjemahan untuk "Nursery Rhyme"? Sajak nurseri? Rima nurseri? Lagu kanak-kanak? Saya sudah semak laman prpm dan mendapati bahawa terjemahan "Rhyme" ialah "rima". Akan tetapi nampaknya macam perkataan "rima nurseri" belum pernah digunakan (hasil google searh = 0). Apakah nasihat Tuan/Puan? Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "nursery rhyme" ialah lagu kanak-kanak atau puisi kanak-kanak bergantung pada kesesuaian mengikut konsep. | Makna | 23.11.2021 |
| Salam DBP, saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan gabungan seperti: Mer-Duit-Ka. Konteks: saya ingin menganjurkan kempen sempena Merdeka dan its involved with money/duit/cashback related, jadi saya ingin nak gabung utk ada rhyme in the word. Adakah dibenarkan utk guna Mer-Duit-Ka? (Merdeka + Duit). Mohon bantu, terima kasih. :) | Penggunaan perkataan gabungan seperti: Mer-Duit-Ka ialah bentuk kata yang tidak sempurna dan tidak mengikut rumus pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Bahasa percakapan tidak digunakan dalam paparan awam seperti iklan kerana iklan ialah urusan rasmi dan iklan juga mendidik masyarakat menggunakan bahasa yang betul. Cadangan kami, gabungkan perkataan yang lengkap dan membawa maksud yang baik seperti “Duit Hari Merdeka”. | Tatabahasa | 30.07.2025 |