Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ri.buan] | ريبوان

Definisi : 1. (dlm) bilangan ribu: kemajuan Malaysia mungkin mencapai kemuncaknya dlm tahun-tahun dua ~; 2. beribu-ribu: ~ manusia membanjiri taman bunga kerana menyaksikan pertunjukan kebudayaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.buan] | ريبوان

Definisi : 1 bilangan ribu. 2 beberapa banyak ribu; beribu-ribu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ribuan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ribuan orang penonton atau ribuan penonton? Terima kasihFrasa yang tepat ialah ribuan penonton.  Jika "beribu-ribu" perlu ditambah penjodoh bilangan menjadi "beribu-ribu orang penonton.Tatabahasa05.08.2014
Ribuan terima kasih atas jawapan terperinci yang diberi. Sebenarnya soalan ini keluar dalam peperiksaan percubaan UPSR Pulau Pinang pada 8/7/2014. {__________ lagi yang awak tunggu sehingga kerja masih tidak siap dibuat.} Diberi empat jawapan pilihan. Anak saya memilih "apakah", tetapi jawapan yang diberi oleh cikgu sekolah ialah "apatah". (tetapi soalan tiada tanda soal di belakang. kalau kita guna apatah memang salah sebab apatah bermaksud apalagi, tetapi soalan sudah ada perkataan 'lagi') Tujuan saya ialah mengajar yang betul dan tepat kepada generasi muda kita. Apakah cara yang ada untuk saya rujuk kepada Jabatan Pelajaran Pulau Pinang mengenai jawapan kepada soalan ini ? Apakah sumber atau personel yang boleh menolong saya dalam hal ini ?Pada pandangan saya, soalan yang dikemukakan agak mengelirukan. Sekiranya jawapan "apatah", adalah tidak tepat kerana berdasarkan maksud "apatah" dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah "lebih-lebih lagi" atau "apalagi".  Perkataan "apatah" banyak digunakan dalam puisi seperti pantun, syair dan sebaginya. Begitu juga dengan "apakah", iaitu kata tanya yang bermaksud pertanyaan tentang sesuatu perkara yang biasanya ditandai dengan tanda soal (?) di penghujung ayat. Berdasarkan soalan tersebut, "apakah" ialah perkataan yang sesuai, tetapi tiada tanda soal pula di penghujung ayat. Sekian.Tatabahasa15.07.2014
Ribuan terima kasih atas penerangan yang diberi mengenai makna "patik" dan "hamba". Tetapi saya ada sedikit kekeliruan. (1) Bila seorang rakyat biasa yang bercakap dengan raja/sultan, perkataan 'patik' digunakan. Bila pembesar/ temenggung/ bendahara yang bercakap dengan raja/sultan, apakah perkataan digunakan untuk menggelar dirinya sendiri ? (2) Kalau Hang Tuah bercakap dengan Hang Jebat, perkataan "hamba" digunakan untuk menggelar dirinya sendiri, betulkah ?

Kata ganti nama "patik" digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja. Dalam hal ini, golongan yang berjawatan dalam pentadbiran istana tetap rakyat biasa, bukan berketurunan raja maka tetap menggunakan kata ganti diri “patik” apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama "hamba” pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud “saya”. Maka, Hang Tuah dengan Hang Hang Jebat menggunakan kata ganti diri “hamba” apabila bercakap sesama mereka.

Tatabahasa14.07.2014
Minta menjelaskan jawapan yang betul bagi soalan di bawa ini. Jawapan ribuan atau beribu-ribu betul jawapannya? Stadium itu dibanjiri oleh _________ penonton untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak. A. ribuan B. beribu C. beribu-ribu D. beribu-beribu Sekian, terima kasih. Vijay

Saudara,

Kedua-dua perkataan ribuan dan beribu-ribu boleh digunakan.

Tatabahasa26.02.2010
“Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta bengkel.” Inilah ungkapan yang biasa kita gunakan. Mengapakah ada orang berkata ungkapan ini tidak tepat. Adakah kerana ungkapan “terima kasih” tidak boleh dibilang?Ungkapan ini boleh digunakan. "Ribuan terima kasih"  digunakan sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga yang diucapkan kepada peserta bengkel.Tatabahasa25.11.2009
Salam Sejahtera, soalan saya untuk ucapan terima kasih, perkataan jutaan/ ribuan boleh disertakan atau tidak.? Jika tidak, boleh saya mengetahui sebab. Terima kasih.Untuk makluman, tidak ada kesalahan sekiranya meletakkan perkataan jutaan/ribuan di hadapan perkataan terima kasih. Akan tetapi, di DBP pada kebiasaan tidak meletakkan perkataan tersebut kerana perkataan terima kasih sudah memadai dan mampu difahami.Lain-lain08.01.2017
Mana yang tepat ayat berikut: 1. Saya bekerja / berkerja sebagai anggota polis. 2. Lawatan ke Air Terjun Madai / Air terjun madai 3. Kemaskini / kemas kini 4. Justeru itu saya mengucapkan ribuan terima kasih atau justeru, saya mengucapkan ribuan terima kasih.Jawapan yang paling tepat seperti berikut:
1. Saya bekerja sebagai anggota polis
2. Lawatan ke Air Terjun Madai (nama tempat ialah kata nama khas)
3. Ejaan yang betul ialah kemas kini
4. Perkataan yang betul ialah justeru, bukan justeru itu
Tatabahasa04.08.2017
bagi soalan : ____________ penonton membanjiri stadium itu untuk menyaksikan pertandingan bola sepak. Yang manakah jawapan paling tepat: A. ribuan B. beribu-ribu pihak dbp akan memberi keutamaan terhadap jawapan yang mana.Tolong selesaikan keraguan saya.agak mengelirukan.terima kasihKedua-duanya boleh digunakan tetapi yang lebih tepat ialah "ribuan" kerana jika "beribu-ribu" perlu ditambah penjodoh bilangan menjadi "beribu-ribu orang penonton".Tatabahasa23.03.2010
Yang manakah cara yang betul untuk mengakhiri surat rasmi kerajaan : Di atas segala kerjasama tuan berikan di dalam hal ini adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih atau Segala kerjasama tuan berikan di dalam hal ini adalah amat dihargai dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Ungkapan yang lazim digunakan ialah "Atas segala kerjasama yang tuan berikan di dalam hal ini, saya/kami dahului dengan ucapan terima kasih".Tatabahasa20.06.2011
“sementelahan itu”betul tak? ribuan terima kasihPerkataan "Sementelahan" bermaksud: lebih-lebih lagi, tambahan pula atau apalagi.  Tidak perlu ditambah dengan perkataan "itu".Istilah20.06.2016
12345678910...

Kembali ke atas