Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rice

Peribahasa

212

When all fruit fails, welcome haws

Apabila sesuatu yang kita inginkan tiada atau tidak diperoleh maka kita hruslah menerima apa sahaja yang ada dengan rasa syukur meskipun ia tidak seperti yang dikehendaki.

Tiada rotan, akar pun berguna

During the war, we survived on cassavas or sweet potatoes since our rice fields were bombed by Japanese - when all fruit fails, welcome haws.

Semasa perang, kami makan ubi kayu atau keledek kerana sawah kami dibom oleh Jepun - tiada rotan, akar pun berguna.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah terjemahan bagi 'pulao rice'Terjemahan bagi pulao rice atau dikenali sebagai pilaf rice ialah nasi pilau iaitu makanan daripada beras atau gandum, dididihkan di dalam cecair berperisa, dan biasanya mengandung daging, atau ikan.Makna03.10.2017
Salam sejahtera tuan. Saya ingin bertanya terjemahan untuk 'rice cake' yang betul adalah kek nasi atau kek beras. Terima kasih.Tiada padanan ‘rice cake’ dalam pangkalan data kami. Mohon puan memberikan perincian ‘rice cake’ yang dimaksudkan kerana melalui carian kami di internet terdapat pelbagai rupa, kaedah dan jenis yang dilabelkan dengan ’rice cake’.Istilah13.08.2014
Apakah terjemahan didalam bahasa melayu untuk Rice PuffCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah rice puff ialah bertih beras. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah25.08.2023
1.) apakah perkataan yang betul untuk CHOCOLATE RICE dalam bahasa melayu?Untuk makluman tidak ada istilah khusus untuk chocolate rice dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan istilah bahasa Melayu yang dicadangkan coklat urai.Istilah05.07.2011
Apa terjemahan istilah "to rice" iaitu kata kerja menekan makanan seperti ubi melalui penapis?Untuk makluman tuan/puan, secara umum, istilah 'to rice' tidak lazim digunakan dalam bahasa Inggeris dan padanan dalam bahasa Melayu tidak dapat diberikan kerana tiada konsep dan konteks yang konkrit ditemui dalam kamus antarabangsa. Istilah21.12.2024
Apakah istilah Bahasa Melayu yang dapat digunakan untuk 'brown rice'? "Beras perang" atau "Beras ceruh" atau kedua-duanya boleh diterima?Padanan Istilah Brown Rice dalam bahasa Melayu ialah Beras Perang/Beras Ceruh. Walau bagaimanapun padanan paling tepat ialah Beras Perang.Makna22.01.2019
Apakah penterjemahan yang sesuai untuk tajuk thesis berikut: "Fabrication of carbon-mineral adsorbent from rice husk".Cadangan terjemahan bagi Fabrication of carbon-mineral adsorbent from rice husk ialah "Pembuatan bahan serapan karbon mineral daripada sekam padi"Makna08.11.2022
Tanaman secara SRI (system of Rice Intensification) merupakan satu kaedah untuk meningkatkan penghasilan padi dengan mengubah sistem pengurusan pokok, tanah, air dan permakanan. Kaedah SRI menjadikan tanaman lebih sihat, tanah dan pokok yang lebih produktif dengan menggalakkan pembesaran akar yang lebih besar. Ia juga akan menjaga dan mewujudkan organisma dalam tanah.Berikut merupakan ayat yang telah dipinda.

Tanaman secara SRI (system of Rice Intensification) merupakan satu kaedah untuk meningkatkan penghasilan padi dengan mengubah sistem pengurusan pokok, tanah, air dan pemakanan. Kaedah SRI menjadikan tanaman lebih sihat, tanah dan pokok lebih produktif dengan menggalakkan pembesaran akar yang lebih besar serta menjaga dan mewujudkan organisma dalam tanah.
Tatabahasa14.10.2013
Apakah terjemahan bagi 'diastatic rice flour' dalam Bahasa Malaysia? Tidak ada istilah Bahasa Malaysia untuk 'diastatic'. Bolehkah ia diterjemah sebagai Tepung Beras 'Diastatic'.Istilah bahasa Melayu yang betul ialah tepung beras diastatik.Istilah27.10.2016
Saya ingin membuat semakan penggunaan nama ‘Rice King’ pada Papan Iklan bagi pihak klien, jika betul dan dibenarkan boleh balas kepada email saya bagi urusan kelulusan di Majlis Subang. Terima kasih.

Untuk mendapatkan pengesahan visual pada papan tanda premis, sila daftar akaun melalui laman web dbpsahbahasa.my dan rujuk Panduan Pelanggan atau Video Penggunaan DBP Sah Bahasa yang tertera.

Lain-lain14.08.2023
12

Kembali ke atas