Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ridip;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud MERIDIP BADAI, dan boleh kah ia digunakan sebagai tajuk penceritaan tentang perit maung beberapa orang menghadapi kehidupan yang mencabar?Tidak ada maklumat tentang kata meridip dalam pangkalan data kami. Kata ridip bermaksud sirip di belakang ikan dan tidak tepat dari segi semantiknya untuk ditambah imbuhan me-... dan digabungkan dengan perkataan badai yang bermaksud taufan.Tatabahasa22.07.2011
Bolehkah saya tahu apakah perbezaan antara perkataan renang dan berenang? Adakah kedua-dua perkataan ini membawa makna yang sama? Contohnya; belajar renang dan belajar berenang. Adalah kedua-dua frasa ini membawa makna yang sama? Terima kasih.

 Merujuk Kamus Dewan Perdana, frasa “renang” bermaksud 1. berkaitan dengan berenang. 2. acara
(sukan dan lain-lain), perlumbaan berenang, manakala “berenang” pula ialah  menggerakkan badan ketika menyelam atau ketika mengapung di dalam air dengan menggunakan tangan, kaki atau ridip. Sehubungan dengan itu, frasa yang betul ialah “belajar berenang”.

 

Makna12.08.2024

Kembali ke atas