| Salam. Apakah padanan BM yang sesuai bagi istilah "right to portrait", "portrait rights" atau "portraiture right" seperti yang dimaksudkan dalam pautan berikut: https://www.lawinsider.com/dictionary/portrait-rights Terima kasih. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah right to portrait ialah hak untuk memotret, istilah portrait rights ialah hak potret dan istilah portraiture right ialah hak pemotretan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 03.08.2023 |
| Salam sejahtera, Apakah terjemahan serta maksud bagi ‘the left’ dan ‘the right’ dalam politik? Contoh ayat: In political matters, people talk of ‘the left’ and the ‘the right’. Terima kasih. | Terjemahan yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanpun untuk membantu saudara menterjemah, disenaraikan dapatan daripada sumber kami yang boleh membantu saudara untuk menterjemah frasa yang tersebut. Kamus Inggeris - Melayu Dewan, menterjemahkan perkataan left dan right kepada kiri dan kanan. Dalam Kamus Dewan, perkataan kiri boleh membawa beberapa makna termasuklah kiasan kepada perkara yang kurang baik dan cenderung ke arah fahaman komunis atau sosialis. Manakala kanan boleh juga membawa maksud yang mengikut atau berdasarkan aliran politik yang sederhana. | Tatabahasa | 25.04.2013 |
| Apakah terjemahan dalam bahasa Melayu yang betul bagi terma "right to fair trial" dan "right to fair hearing" dalam bidang undang-undang? Adakah perkataan "fair" diterjemah sebagai "adil" atau "saksama"? | Sila berikan cadangan terjemahan frasa Undang-Undang tersebut dalam bahasa Melayu dan kemukakan huraian lengkap yang menerangkan konsep frasa tersebut bagi memudahkan pihak kami memberikan cadangan terjemahan yang bersesuaian. | Istilah | 07.03.2024 |
| apakah terjemahan bahasa melayu bagi terma 'first right of refusal'? | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi terma 'first right of refusal' ialah Hak KeutamaanTerdahulu (Bidang Perniagaan). Namun begitu, cadangan tersebut bergantung kepada konsep dan penggunaannya. | Istilah | 20.10.2020 |
| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya ingin minta cadangan terjemahan untuk frasa "Whire Makes Right" dalam bahasa Melayu. Adakah sesuai jika saya menterjemahkannya kepada "Orang Kulit Putih Memperbaik Keadaan"? Menurut Wikipedia, definisi "White Makes Right" ialah: "the belief that the white race is inherently superior to other races and that white people should have control over people of other races." | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa white makes right ialah orang putih yang menguasai. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.12.2023 |
| Tuan, bagaimanakah perkataan "berkongsi" dan "mengongsi" digunakan dalam ayat? Apakah perbezaan antara "berkongsi" dengan "mengongsi"? Adakah "mengongsi" sama maksud dengan "berkongsi"? | | Makna | 11.12.2014 |
| Assalamualaikum, Jika left-handed adalah kidal dalam bahasa Melayuu. Apakah right-handed (yang satu perkataan sahaja)? Ambidextrous pula dwicakat. Cakat itu apa? | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud right-handed ialah tangan kanan. Manakala maksud Ambidextrous merujuk bidang pendididkan ialah dwicakat manakala bidang perubatan ialah ambidekstrus yang bermaksud berkebolehan menggunakan kedua-dua tangan dengan sama baiknya. | Istilah | 05.02.2017 |
| Mohon terjemah istilah berikut :- 1. In its own right 2. Wealth 3. In Kind 4. Adjusted | wealth - kekayaan; in kind - dalam bentuk benda/barang; adjusted- disesuaikan; diselaraskan. Ungkapan in its own right membawa maksud pun. Sila rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan, halaman 1352. | Lain-lain | 06.03.2008 |
| Saya ingin menterjemahkan "right to health" ke bahasa. Yang manakah merupakan terjemahan yang betul? A. Hak Kesihatan B. Hak kepada kesihatan c. Hak Untuk Kesihatan d. Hak pada kesihatan. Terima kasih. | Kami mencadangkan "right to health" diterjemahkan sebagai "hak kesihatan", bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya. | Istilah | 15.02.2021 |
| Sekiranya ada petikan dalam ayat dengan tanda petik "..." , adakah huruf pertama perlu huruf besar atau tidak? Contoh; Cara Nine (2008) menyatakan sebagai, " as natural right capable..." ATAU " As natural right capable..." | Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, huruf pertama selepas tanda petik dieja dengan huruf kecil jika ayat yang dipetik berada di tengah ayat dan huruf besar sekiranya berada pada awal ayat atau nama khas. | Tatabahasa | 14.01.2024 |