Selam, Saya ingan tahu maksud beza "ringan tulang" dengan "ringan tangan". Terima kasih | Simpulan Bahasa yang betul ialah ringan tulang yang bermaksud rajin bekerja. | Tatabahasa | 14.08.2018 |
Mereka semua sangat ringan tulang. Saya ingin bertanya adakah betul penggunaan semua selepas perkataan mereka? Adakah dibolehkan? | Frasa kami semua, kita semua, mereka semua, kalian semua boleh digunakan kerana semua di sini menunjukkan keseluruhan, bukan bilangan walaupun perkataan kami, kita, mereka sudah menunjukkan unsur jamak. | Tatabahasa | 18.05.2020 |
1. Segi tiga, ringan tulang, anak pungut, bilik mandi adakah tergolong dalam jenis kata majmuk bebas? 2. Air hujan , pita suara, batu kapur, garis pusat..yang mana satukah jenis kata majmuk istilah khusus? 3. Pukul curi, merah jambu, biru laut, buah hati . Antara berikut yang manakah jenis kata majmuk kiasan? | 1. Segi tiga dan bilik mandi. 2. Pita suara, batu kapur dan garis pusat. 3. Buah hati dan pukul curi. | Tatabahasa | 17.10.2013 |
Tolong berikan beberapa peribahasa yang ada kaitan sikap rajin dan jujur | Antara peribahasa yang menggambarkan sikap rajin ialah "Ringan tulang berat perut" yang bermaksud yang rajin bekerja banyak mendapat rezeki manakala "Rajin bekerja mudah belanja" bermaksud orang yang rajin bekerja tentulah hidupnya senang. Peibahasa yang menggambarkan sikap jujur pula ialah "Lurus sebagai sumpitan" yang bermaksud lurus hati benar. Maklumat lanjut boleh didapati melalui Kamus Istimewa Peribahasa Melayu secara dalam talian melalui laman http://www.karyanet.com.my . | Lain-lain | 01.10.2006 |
adakah ayat berikut salah? Terdapat beberapa nilai murni dalam petikan antaranya baik hati seperti menolong guru menyusun buku. | Ayat yang gramatis ialah "Terdapat beberapa nilai murni dalam petikan antaranya termasuklah baik hati dan ringan tulang". - berikan nilai-nilai murni sahaja, tidak perlu contoh (menolong guru menyusun buku ialah contoh) | Tatabahasa | 04.08.2011 |
Apakah jawapan bagi solaan berikut? 1.Upacara diraja itu dimulakan sebaik-baik sahaja Laksamana Hang Tuah..........punggung. A.menurunkan B.melabuhkan C.menjatuhkan D.meletakkan 2.Oleh sebab Cik Rogayah...........,dia mempunyai kenalan yang banyak. A.ringan mulut B.ringan tangan C.ringan tulang D.ringan kepala | 1. Upacara diraja itu dimulakan sebaik-baik sahaja Laksamana Hang Tuah melabuhkan punggung. 2. Oleh sebab Cik Rogayah ringan mulut, dia mempunyai kenalan yang banyak. | Tatabahasa | 07.12.2010 |