Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ringgit I 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Contoh ayat : Atlet Malaysia yang merangkul pingat emas dalam Sukan Olimpik itu meraih wang tunai berjumlah satu juta Ringgit Malaysia. Soalan : Bagaimanakah cara penulisan untuk 'satu juta Ringgit Malaysia'? a. 1 juta ringgit b. 1 Juta Ringgit c. satu juta ringgit d. Satu Juta ringgit c. Ringgit Malaysia satu juta d. Ringgit Malaysia Satu Juta e. RM 1 Juta f. RM 1 juta g. RM 1000,000 mengapa?

Untuk makluman, tidak ada format yang ditetapkan berkenaan cara penulisan angka. Walau bagaimanapun, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka menjadikan buku Gaya Dewan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai panduan. Buku berkenaan menjelaskan sekiranya hendak menyatakan jumlah ringgit yang besar, eja unit bagi jumlah yang lebih daripada RM1 juta, atau turunkan semula nombor dengan menjarakkan setiap kelompok tiga digit terakhir. Namun demikian, jumlah tersebut boleh dieja sepenuhnya mengikut kesesuaian. 1">

Contoh: 1">

1.     RM1 juta1">

2.     RM1 000 000.001">

Ejaan11.03.2020
Salam, saya mahu bertanya sama ada untuk perbandingan melibatkan angka atau jumlah, adakah kita harus gunakan 'dari' atau 'daripada'? 1. Harga minyak akan dinaikkan dari 10 ringgit kepada 12 ringgit. 2. Harga minyak akan dinaikkan daripada 10 ringgit kepada 12 ringgit.Jawapan yang betul ialah Harga minyak akan dinaikkan daripada 10 ringgit kepada 12 ringgit.Tatabahasa28.01.2019
1. dari 1000 atau daripada 1000 2. pada 1000 atau kepada 1000 3. dua ratus lima ringgit sahaja atau ringgit dua ratus lima sahaja 4. empat puluh sen sahaja atau sen empat puluh lima sahaja

 Penggunaan yang betul ialah:

1. daripada 1000

2. pada 1000

3. dua ratus lima ringgit sahaja

4. empat puluh sen sahaja

Tatabahasa04.05.2011
Cara menulis angka dalam sebutan ayat yang betul dalam penulisan cek atau surat berkaitan kewangan. Adakah: 1. RM150.20 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Lima Puluh dan Dua Puluh Sen Sahaja); atau 2. RM150.20 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Lima Puluh dan Sen Dua Puluh Sahaja)? Mohon penjelasan kepada unit Sen samada perlu diletakkan di belakang atau di hadapan selepas perkataan dan.1. RM150.20 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Lima Puluh dan Dua Puluh Sen Sahaja.
Tatabahasa26.06.2014
Salam tuan,adakah penggunaan -nya di bawah ialah ayat yang gramatis? 1. Semuanya …… ringgit. Ayat tersebut biasa saya dengar apabila beli sesuatu. Saya telah semak Tatabahasa Dewan -nya ialah kata pembenda ataupun kata penekan. Saya rasa “semuanya” di sini memberikan penekanan kepada harga sahaja,bukan kata pembenda / kata ganti nama diri ketiga. Adakah anggapan saya betul dan ayat ini gramatis? 2. Suaminya di mana? Ayat tersebut telah saya dengar semasa tonton video. Seorang wanita berkata sedemikian dengan marah apabila ditanya ada suami ke tidak. Dia seorang yang belum ada jodoh. Saya rasa “suaminya” di sini,cuma memberikan penekanan kepada realiti bahawa dia tidak ada suami,bukan kata pembenda / kata ganti nama diri ketiga. Adakah anggapan saya betul dan ayat ini gramatis?

1 Semuanyaringgit.”

Kata ganti nama orang ketiga –nya boleh juga berfungsi sebagai penekan dan pembenda. Dalam ayat di atas, kata ganti nama –nya berfungsi sebagai penekan.

 

2.    2. “Suaminya di mana?”

    Dalam ayat di atas, -nya berfungsi sebagai kata ganti nama orang ketiga.

  

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 103 dan 296.

Tatabahasa23.04.2024
1.jam tanga itu berharga 200.00 ringgit 2.jam tangan itu berharga Rm200.mana satu betul?

Ayat yang betul ialah:

1. Jam tanga itu berharga 200 ringgit

2. Jam tangan itu berharga RM200.00

Tatabahasa12.05.2011
Salam, bolehkah nilai harga 70 sen ditulis begini? 1. Kuih-kuih yang dijual di gerai itu berharga tujuh puluh sen seketul. Atau, adakah perlu ditulis tanpa menggugurkan perkataan 'Ringgit Malaysia'? 2, Kuih-kuih yang dijual di gerai itu berharga RM0.70 seketul. Apakah alasannya? Terima kasih.

Mengikut buku Gaya Dewan, DBP menetapkan untuk menyatakan jumlah ringgit dan sen, gunakan lambang ringgit Malaysia (RM) dan eja perkataan sen. Cara penulisan yang betul adalah seperti yang berikut:

(i)          Kuih-kuih yang dijual di gerai itu berharga 70 sen; atau

(ii)           Kuih-kuih yang dijual di gerai itu berharga RM0.70.

Tatabahasa21.05.2014
1. Adakah benar kata bilangan tentu tidak boleh diletakkan bersama-sama kata bilangan pecahan? Harap dapat jelaskan konsep yang harus diguna pakai. Yang manakah betul: 'Perjalanan itu mengambil masa satu suku/setengah jam' atau 'Perjalanan itu mengambil masa satu jam suku/setengah.' ? Mengapa? Yang manakah betul: 'Ali berjoging empat setengah kilometer setiap hari.' atau 'Ali berjoging empat kilometer setengah setiap hari.'? Mengapa? Yang manakah betul: 'Harga buku itu tiga setengah ringgit.' atau 'Harga buku itu tiga ringgit setengah.? Mengapa? Yang manakah betul: 'Sila bubuh dua setengah sudu garam ke dalam sup itu.' atau 'Sila bubuh dua sudu setengah garam ke dalam sup itu.'? Mengapa? Yang manakah betul: 'Ali minum dua satu pertiga gelas air tadi.' atau 'Ali minum dua dan satu pertiga gelas air tadi.'? Mengapa?Frasa yang betul ialah:
1. Perjalanan itu mengambil masa satu suku/setengah jam. 
2. Ali berjoging empat setengah kilometer setiap hari.
3. Harga buku itu tiga setengah ringgit
4. Sila bubuh dua setengah sudu garam ke dalam sup itu.
5. Ali minum dua dan satu pertiga gelas air tadi.
Rumus yang diikuti ialah nombor bacaan (1, 1/2 dan sebagainya) baru diikuti dengan unit kiraan (jam, kilometre dan sebagainya).
Tatabahasa28.03.2014
Selamat petang. Nak tanya, ayat berikut betulkah? 1. Milik siapa epal semua itu? 2. Epal semua ini berharga lapan ringgit. Perkataan yang ditegaskan ialah semua ini/ semua itu. Adakah penggunaanya betul? Terima kasih.

1. Ayat yang betul ialah "Milik siap semua epal itu?"1">

2. Ayat yang betul ialah "Semua epal ini berharga lapan ringgit."1">

Tatabahasa12.07.2019
Adakah ayat-ayat berikut betul penggunaan kata bilangan? 1. Ibu membeli satu kilogram setengah buah langsat. 2. Kakak menggunakan satu meter setengah kain untuk membuat blaus. 3. Ali membayar dua ringgit setengah kepada penjaja itu. 4. Perjalanan itu mengambil masa selama tiga jam setengah untuk sampai ke destinasi.

Jawapan yang betul ialah:

1. Ibu membeli satu setengah kilogram buah langsat.

2. Kakak menggunakan satu setengah meter kain untuk membuat blaus.

3. Ali membayar dua ringgit lima puluh sen kepada penjaja itu.

4. Perjalanan itu mengambil masa selama tiga setengah jam untuk sampai ke destinasi.

Lain-lain11.01.2024
123

Kembali ke atas