Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ringkas (adjektif)
Bersinonim dengan pendek, singkat, padat, tidak panjang;,
Kata Terbitan : meringkaskan, ringkasan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
manakah yang betul bagi tajuk sesebuah karangan ringkas 1. Bercuti Di Kampung / Bercuti DikampungFrasa /ejaan yang betul ialah Bercuti di Kampung.Tatabahasa24.02.2010
Tolong jelaskan secara ringkas tentang 1. Ayat gramatis 2. Ayat majmuk 3. Ayat Aktif 4. Ayat pasif 5. Ejaan yang betul, powerpoint, power point atau Power point. Terima kasih.1. Ayat gramatis ialah ayat yang dibina mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa.
2. Ayat majmuk ialah ayat besar yang terdiri daripada dua ayat kecil atau lebih.
3. Ayat Aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.
4. Ayat pasif  ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.
5. Ejaan yang betul ialah powerpoint atau tuan boleh juga menggunakan slaid persembahan.
Tatabahasa29.11.2013
Minta jelaskan secara ringkas beza penggunaan 1. ialah 2. adalah 3. merupakan Terima kasih.
Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah"  menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh penggunaan "ialah" i. Anak ialah anugerah Allah ii. Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan. Contoh penggunaan "adalah" i. Kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta. ii. Kerja pembaikan lif dijangka siap adalah pada minggu hadapan. (untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, hal.250).
Lain-lain11.01.2011
1. Life & Style 2. Experience a new life.And a new style Boleh tolong terjemahkan dalam bahasa Melayu dlam perkataan yang ringkas1. gaya dan kehidupan 2.alami hidup/ kehidupan baru 3.gaya baru/ terkiniTatabahasa26.11.2007
Boleh terangkan kepada saya tentang penggunaan tanda seru (!) dari segi tatabahasa. Adakah tanda seru ini boleh membawa maksud seseorang itu marah atau rasa kurang jika digunakan di dalam konteks ayat yang dihantar melalui sistem pesanan ringkas. Contoh 1): Oh, anda sungguh cantik!- adakah ayat ini merupakan ayat penyata dan dalam nada memuji? Contoh 2): tidak boleh satu rumah kerana bukan muhrim! - adakah ayat ini ayat penyata dan menunjukkan penyampai itu sedang marah? Diharap pihak Tuan/Puan dapat membantu. Sekian, terima kasihTanda seru digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan yang berupa seruan,perintah atau yang mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat. Contoh : Amboi, cantiknya pakaian dalam almari cermin itu! Wah, besarnya kereta awak!

Tatabahasa25.02.2014
Mana ayat yang betul? 1. Ganesh makan roti tetapi adiknya makan biskut. ATAU Ganesh makan roti dan adiknya makan biskut. 2. Kek pandan itu murah dan sedap. ATAU Kek pandan itu murah tetapi sedap. 3. Masakan ibu Rizal ringkas dan berkhasiat. ATAU Masakan ibu Rizal ringkas tetapi berkhasiat. Terimakasih.Kata hubung “dan” didapati mengimplikasikan maksud kesinambungan atau pertalian, menggabungkan dua item yang setara, serentak, maksud sebagai tambahan, perlakuan berurutan, penjelasan lanjut, menambahkan sifat atau sesuatu suasana, dua atau lebih suasana yang berlaku serentak dan sebab akibat. Sementara, kata hubung “tetapi”, mengimplikasikan maksud pertentangan, memberikan penjelasan lanjut, petunjuk kesinambungan untuk meneruskan perbualan atau pertanyaan, penafian, keadaan atau tujuan yang tidak tercapai, dan pembetulan.

Oleh hal yang demikian, ayat 1,2 dan 3 lebih sesuai menggunakan kata hubung "dan".

Terima kasih.
Tatabahasa22.05.2017
Boleh saya dapatkan Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Bahasa Melayu terkini?. Atau mana-mana dokumen yang berkaintan sebagai rujukan. Saya ada dokumen yang saya dapati hasil carian di internet, tetapi ianya dari tahun 2008. Terima kasihSalam sejahtera,

Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) 

Berdasarkan soalan di atas, pegawai di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP ada membuat beberapa carian menggunakan sistem pustaka DBP, iaitu: pustakav2.dbp.gov.my dan dikongsikan hasil carian tersebut untuk makluman pihak tuan selanjutnya.

1. http://pustakav2.dbp.gov.my/?jc=a&kata=khidmat+pesanan+ringkas&submit=&optJenis=1&optMedan=judul&optBahan=semua
2. http://pustakav2.dbp.gov.my/?jc=a&kata=sms&submit=&optJenis=1&optMedan=judul&optBahan=semua&myTable_length=10

kami berharap agar maklumat tersebut dapat membantu pihak tuan.

Sekian.  
Lain-lain06.06.2021
Soalan 1: Yang manakah betul? "Dengan 3 langkah mudah" "Dalam 3 langkah mudah" Dengan atau Dalam, manakah yang lebih tepat? Soalan 2: Untuk aturan adjektif dalam BM, adakah terdapat susunan yang perlu diikut? contohnya adjektif berkaitan rupa, saiz, warna, pendapat, dan seterusnya? tolong berikan penerangan ringkas.1. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud "dengan" ialah "kata yg digunakan untuk menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan" manakala "dalam" pula bermaksud yg "berkaitan dengan atau terbatas pada lingkungan sesuatu". Maka ayat yang lebih sesuai ialah "dengan tiga langkah mudah".


2. Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Kata adjektif dibahagikan kepada sembilan jenis, iaitu:


i. Kata adjektif sifatan atau keadaan : baik, curiga, cerdik, lemah


ii. Kata adjektif warna : merah, putih, ungu, kelabu


iii. Kata adjektif ukuran : panjang, kecil, besar, tebal


iv. Kata adjektif bentuk : bulat, leper, lurus, kempis


v. Kata adjektif waktu : awal, cepat, segera, lampau


vi. Kata adjektif jarak : jauh, dekat, hampir, rapat


vii. Kata adjektif cara : laju, gopoh, jelas, perlahan


viii. Kata adjektif perasaan : rindu,benci, suka, marah


ix. Kata adjektif pancaindera : sedap, manis, payau, masin, kelat


Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP,2014), halaman 225.

Tatabahasa19.03.2024
1) kata ganti nama diri ringkas "ku" boleh digunakan di awal dan akhir perkataan. Contoh: Kubaca Ibuku Soalan saya: Bolehkah perkataan tuan aku menjadi tuanku dalam ayat?Tidakkah penggunaannya mengelirukan kita?Seperti kita ketahui tuanku ialah gelaran untuk raja.Tuanku bermaksud tuan yg mulia (dalam percakapan dengan raja), oleh itu kita tidak menggunakan tuanku untuk yang selain daripada raja dan boleh digantikan dengan majikanku, pegawaiku dan sebagainya.Tatabahasa20.12.2008
1.Boleh tak pihak tuan nyatakan serba ringkas tentang sumbangan DBP dalam pembinaan Bahasa melayu. 2. saya masih keliru dengan penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia.Adakah di sekolah sekarang dirujuk sebagai subjek Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia? Terima kasih di atas penjelasan ini.Sumbangan DBP dalam pembinaan bahasa Melayu telah bermula  selepas penubuhannya pada tahun 1956. DBP telah membina kosa kata untuk kamus dan istilah dalam pelbagai bidang, membuat penyelidikan bahasa Melayu, membuat perancangan bahasa seperti sistem ejaan dan tatabahasa, sebutan baku, dan menerbitkan buku dalam pelbagai  bidang ilmu bagi menyebarluaskan bahasa Melayu. Sila rujuk laman web DBP dan Pusat Dokumentasi Melayu DBP untuk mendapatkan  maklumat lanjut. Bagi maksud penggunaan bahasa Melayu dan bahasa malaysia, selagi dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia,  bahasa Melayu masih menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, maka penggunaan bahasa Melayu masih kekal. Namun, bagi maksud komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping bahasa Melayu.Lain-lain20.05.2008
12345678

Kembali ke atas